Kebaikan Rumah Terbuka: Isi Penting & Contoh Karangan

kebaikan rumah terbuka
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk karangan berkaitan kebaikan rumah terbuka, berikut ialah isi penting dan contoh karangan berkaitan tajuk ini.

Para murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan ini.

Pengenalan

Apa itu rumah terbuka?

Rumah terbuka atau ‘open house’ adalah salah satu amalan yang unik di negara kita, di mana ia sering diadakan ketika waktu perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.

Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di hari perayaan seperti ini sudah menjadi adat bagi kita.

Selain dianjurkan di rumah sendiri, konsep rumah terbuka ini juga turut diadakan di tempat kerja, jabatan dan agensi kerajaan.

Isi Penting Kebaikan Rumah Terbuka

1. Mengeratkan Perpaduan Antara Kaum

  • Semua ahli masyarakat bebas untuk menyertai rumah terbuka tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan etnik.
  • Aktiviti rumah terbuka ini juga dapat mengumpulkan semua golongan dalam satu acara di mana kita dapat mengenali antara satu sama lain dan bersama-sama bergembira menyambut perayaan yang dirai.
  • Semua masyarakat perlu sentiasa bermuafakat dalam agar visi dan misi negara dapat dilaksanakan.

2. Medium untuk Mengenali dan Memahami Budaya Kaum di Malaysia

  • Dapat lihat pelbagai jenis juadah dan budaya yang diamalkan dalam perayaan kaum tersebut.
  • Contoh, penganut Hindu yang meraikan Deepavali akan menghiasi rumah mereka dengan sebuah “Kolam”‘ yang diperbuat daripada tepung beras yang tidak diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga lain.
  • Pemahaman sesuatu budaya itu penting kerana membolehkan rakyat memahami budaya yang pelbagai dalam negara kita.

3. Menjadi Produk Pelancongan Unggul

  • Keunikan dan keindahan amalan rumah terbuka wajar dikongsikan dan dipaparkan ke mata dunia.
  • Para pelancong asing perlulah diperkenalkan budaya dan keunikan adat setiap kaum dan etnik di negara kita.
  • Membolehkan mereka mencuba juadah perayaan yang disambut serta meraikan keharmonian masyarakat kita.

4. Menikmati Pelbagai Jenis Juadah

  • Rumah terbuka merupakan peluang emas untuk merasai hidangan perayaan yang disambut mengikut kaum masing-masing.
  • Penganjuran rumah terbuka dijalankan saban tahun bagi menjamu juadah perayaan.
  • Contohnya, makanan seperti rendang dan ketupat ketika Hari Raya Aidilfitri, buah limau dan yee sang pada perayaan Tahun Baru Cina, dan muruku pada perayaan Depaavali dihidangkan ketika rumah terbuka.

Contoh Karangan Kebaikan Rumah Terbuka

i) PENDAHULUAN

Penganjuran rumah terbuka telah menjadi amalan terutamanya di Malaysia. Rumah terbuka merupakan acara untuk menyambut hari perayaan bagi semua lapisan masyarakat. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan perayaan, Malaysia sudah sinonim dengan aktiviti rumah terbuka. Penganjuran rumah terbuka melibatkan di Malaysia adalah melibatkan perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Deepavali. Aktiviti yang diadakan tidak terhad kepada jamuan makan semata-mata tetapi juga disemarakkan dengan aktiviti kunjung mengunjung. Keseronokan dan kebaikan yang diperoleh semua golongan menjadikan amalan rumah terbuka tidak pernah lapuk dek hujan, tidak Iekang dek panas.

ii) ISI 1: MENGERATKAN PERPADUAN ANTARA KAUM

Antara kebaikan amalan rumah terbuka adalah ia membantu mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan sesama masyarakat. Ini kerana semua ahli masyarakat bebas untuk menyertai rumah terbuka tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan etnik. Aktiviti rumah terbuka ini juga dapat mengumpulkan semua golongan dalam satu acara di mana kita dapat mengenali antara satu sama lain dan bersama-sama bergembira menyambut perayaan yang dirai. Semua masyarakat perlu sentiasa bermuafakat dalam agar visi dan misi negara dapat dilaksanakan seterusnya menjadikan negara kita berdaya saing.

iii) ISI 2: MEDIUM UNTUK MENGENALI DAN MEMAHAMI BUDAYA KAUM DI MALAYSIA

Selain itu, amalan rumah terbuka merupakan satu medium untuk kita mengenali dan memahami budaya kaum-kaum di dalam Malaysia. Apabila kita menghadiri rumah terbuka, kita dapat lihat pelbagai jenis juadah dan budaya yang diamalkan dalam perayaan kaum tersebut. Sebagai contoh, penganut Hindu yang meraikan Deepavali akan menghiasi rumah mereka dengan sebuah “Kolam”‘ yang diperbuat daripada tepung beras yang tidak diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga lain. Ini kerana agama Hindu percaya bahawa Tuhan atau Atman wujud di dalam setiap ciptaan Tuhan di dunia ini. Pemahaman sesuatu budaya itu penting kerana membolehkan rakyat memahami budaya yang pelbagai dalam negara kita.

iv) ISI 3: MENJADI PRODUK PELANCONGAN UNGGUL

Amalan rumah terbuka juga mampu menjadi produk pelancongan negara yang unggul. Ini kerana keunikan dan keindahan amalan rumah terbuka wajar dikongsikan dan dipaparkan ke mata dunia. Selain menikmati keindahan alam semula jadi di Malaysia, para pelancong asing perlulah diperkenalkan budaya dan keunikan adat setiap kaum dan etnik di negara kita. Penyertaan pelancong asing dalam rumah terbuka juga membolehkan mereka mencuba juadah perayaan yang disambut serta meraikan keharmonian masyarakat kita.

v) ISI 4: MENIKMATI PELBAGAI JENIS JUADAH

Di samping itu amalan rumah terbuka membolehkan kita untuk menikmati pelbagai jenis juadah dari pelbagai kaum. Rumah terbuka merupakan peluang emas bagi kita untuk merasai hidangan perayaan yang disambut mengikut kaum masing-masing. Daripada kampung hingga ke peringkat negeri malah kebangsaan, penganjuran rumah terbuka dijalankan saban tahun bagi menjamu juadah perayaan. Contohnya, makanan seperti rendang dan ketupat ketika Hari Raya Aidilfitri, buah limau dan yee sang pada perayaan Tahun Baru Cina, dan muruku pada perayaan Depaavali dihidangkan ketika rumah terbuka. Inilah peluang kepada masyarakat untuk melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang berbeza. Ini menyebabkan tradisi pelabagai bangsa terus kukuh dan harmoni.

vi) PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang kita akan peroleh sekiranya menganjurkan amalan rumah terbuka ini. Tidak hairanlah amalan ini kekal segar dalam masyarakat kita kerana ia adalah punca ataupun akar yang menyokong kesepaduan rakyat kita yang berbilang kaum. Semua pihak terutamanya kerajaan hendaklah sentiasa peka dalam menambah baik dan mengekalkan amalan rumah terbuka di setiap perayaan yang disambut oleh rakyat di Malaysia.

Baca juga: Latihan Koleksi Pentaksiran UASA Bahasa Melayu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut