28 Kawasan Larangan Merokok 2025 – Berkuat Kuasa 1 Januari 2025

tempat larangan merokok
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI: Berkuat kuasa 1 Januari 2025, sebanyak 28 kawasan larangan merokok 2025 telah diwartakan sebagai zon larangan merokok. Antaranya termasuk premis dobi dan bangunan tempat kerja yang kini dimasukkan dalam senarai kawasan larangan berkaitan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lalu.

Kawasan larangan merokok lain meliputi hospital, klinik, lif atau tandas awam, restoran, kedai berpenyaman udara, lapangan terbang, premis kerajaan, institusi pendidikan, dan pelbagai lokasi lain.

Mana-mana individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan-kawasan ini boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM5,000.

Pengenalan Akta 852

Akta 852 ialah undang-undang bagi perkara yang melibatkan dengan kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok.

Akta ini memberi tumpuan kepada perlindungan kepada golongan orang belum dewasa (OBD) daripada bahaya penggunaan produk merokok terutama rokok elektronik/ vape.

Tujuannya untuk memelihara kesihatan awam dan melahirkan suatu generasi baharu yang bebas daripada pengaruh apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.

Sebelum ini, penggubalan akta ini dibuat kerana kawalan produk merokok hanyalah sebagai sebuah peraturan-peraturan yang berada di bawah Akta Makanan 1983.

kawasan larangan merokok 2025

Penguatkuasaan Akta 852

Akta ini akan dikuatkuasakan dalam dua fasa iaitu:

  • Penguatkuasaan segera
  • Penguatkuasaan berasaskan pendidikan

Penguatkuasaan segera, yang bermula pada 1 Oktober menyasarkan penjualan produk merokok dalam bentuk permainan yang menarik minat kanak-kanak dan remaja, bertujuan untuk mengehadkan ketersediaan mereka, terutama kepada golongan bawah umur.

Penguatkuasaan pendidikan pula akan dilaksanakan bagi tempoh enam sehingga 12 bulan daripada tarikh kuatkuasa bagi aspek-aspek pendaftaran produk merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025.

kawasan larangan merokok 2025
Kredit: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
kawasan larangan merokok 2025
Kredit: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit: FB Media Selangor

Hukuman Merokok Ditempat Larangan Merokok

Mana-mana individu yang gagal mematuhi perkara ini dan didapati merokok di kawasan lawaran merokok bakal berdepan dengan kompaun sehingga RM5,000.

Senarai 28 Kawasan Larangan Merokok 2025

Sebelum ini, hanya bangunan tempat kerja yang mempunyai pendingin hawa digazetkan di dalam senarai tempat larangan merokok, namun selaras dengan pelaksanaan Akta 852, premis tempat kerja sama ada terbuka atau mempunyai penyaman udara turut terikat dengan Akta 852.

Penambahan senarai tempat larangan merokok ini melibatkan kedai dobi dan bangunan tempat kerja di kedua-dua sektor kerajaan dan swasta yang kini diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Langkah ini bagi memastikan tempat-tempat berikut adalah selamat daripada aktiviti merokok yang akan melindungi orang ramai terutamanya wanita dan anak-anak kecil.

Berikut merupakan senarai 28 kawasan larangan merokok 2025 di Malaysia:

  1. Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino
  2. Kawasan hospital atau klinik
  3. Lif atau tandas awam
  4. Tempat makan
  5. Kedai berhawa dingin
  6. Bangunan dobi
  7. Bangunan hentian pengangkutan awam
  8. Kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan
  9. Kawasan premis kerajaan
  10. Bangunan Parlimen Malaysia
  11. Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  12. Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
  13. Kawasan taman asuhan kanak-kanak
  14. Kaunter perkhidmatan awam
  15. Kompleks membeli-belah
  16. Kawasan stesen minyak
  17. Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
  18. Kawasan kompleks sukan
  19. Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  20. Kawasan perpustakaan
  21. Kafe internet
  22. Kawasan tempat latihan khidmat negara
  23. Bangunan tempat kerja
  24. Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka
  25. Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
  26. Di dalam bas sekolah
  27. Di dalam kenderaan awam
  28. Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi, dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri

Maklumat Lanjut

Info lanjut mengenai tempat larangan merokok dan Akta 852, sila layari laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my

Baca juga: Akta 852: Perincian Akta Kawalan Produk Merokok 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut