Apakah katil baby terbaik untuk anda beli pada tahun ini?
Mencari katil baby yang selesa dan selamat adalah antara keutamaan utama bagi ibu bapa baru. Katil bayi bukan sekadar tempat tidur, tetapi juga ruang yang menyokong tumbesaran si manja dengan baik.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 16 katil baby terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan.
Baca juga:
- 23 Nappy Cream Terbaik Untuk Ruam Bayi (Punggung, Muka & Leher)
- 10 Mesin Rambut Elektrik Bayi Untuk Trim Di Rumah
- 8 Baby Car Seat Terbaik & Murah (Newborn – 4 Tahun)
RaaB Family Glücklich Baby Cot
Spesikasi Produk:
- Berat Produk: 14 kg
- Berat Sokongan: 24 kg
- Saiz Produk: 106 x 70 x 98.5cm
Katil baby serbaguna ni memang best untuk ibu bapa moden. Boleh tukar jadi katil buai, katil sisi ibu atau katil tidur biasa ikut keperluan.
Tilamnya daripada lateks semula jadi, sangat selesa dan menyokong pertumbuhan tulang belakang baby. Roda senyap 360° pula memudahkan pergerakan tanpa calarkan lantai rumah.
Tambahan pula, ada ruang simpanan yang luas di bawah katil baby boleh letak mainan, buku atau keperluan baby. Reka bentuk selamat tanpa bucu tajam dan senang dipasang tanpa guna alat khas. Memang jimat masa dan
Angelcot Baby Cot Solid Meranti Wood
Spesikasi Produk:
- Berat Produk: 18 kg
- Berat Sokongan: 40 kg
- Saiz Produk: 100 x 61 x 120cm
Kalau anda suka katil baby yang nampak klasik dan tahan lama, Angelcot memang pilihan tepat.
Dibuat daripada kayu Meranti padu yang berkualiti tinggi, lengkap dengan pelapik tepi anti-gigit dan salutan bebas toksik.
Terdapat 3 tahap ketinggian boleh laras, serta roda dengan brek untuk keselamatan. Finishing yang kemas dan ikut standard keselamatan antarabangsa. Memang berbaloi untuk pelaburan jangka panjang.
Crolla Ally New Version – Foldable Bedside Baby Playpen
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: 20 kg
- Saiz Produk: 110 x 76 x 78cm
Sesuai untuk baby baru lahir hingga 3 tahun, katil baby ini lengkap dengan pintu gelongsor untuk mudahkan menyusu atau tukar lampin.
Reka bentuknya mudah dipasang dan dilipat, sangat praktikal untuk ibu bapa yang kerap travel.
Kain pengudaraan yang selesa, tilam boleh cabut untuk dibersihkan, dan rangka yang kukuh buat baby tidur lena. Ada roda mudah alih dan saiz lipatannya sangat kompak.
Coos Baby Cot Bed
Spesikasi Produk:
- Berat Produk: 8.5 kg
- Berat Sokongan: 50 kg
- Saiz Produk: 100 x 62 x 78cm
Coos Baby Cot hadir dengan pelbagai fungsi menarik termasuk 6 tahap pelarasan, buai automatik dan sudut condong 5° yang ideal untuk menyusu.
Dilengkapi roda senyap 360° dan sistem kunci untuk keselamatan. Rangka aluminium tebal tapi ringan, mudah dialihkan.
Kelambu boleh cabut, kain boleh basuh, dan reka bentuk mesh sesuai untuk pengudaraan. Sesuai untuk penggunaan dalam dan luar rumah.
Little One Baby Cot Portable
Spesikasi Produk:
- Saiz Produk: 110 x 76 x 77cm
Katil baby mudah alih dengan pelbagai kemudahan ada roda dengan brek, dua lapisan (untuk newborn), tilam lipat, poket sisi, penukar lampin dan kelambu.
Reka bentuknya ringkas tapi selesa dan luas. Boleh dilipat dan disimpan dalam beg khas, sangat sesuai untuk ibu bapa yang sering bergerak.
Nexgo Dreamia Baby Cot
Spesikasi Produk:
- Berat Produk: 8 kg
- Berat Sokongan: 9 kg
- Saiz Produk: 98 x 56 x 90cm
Multifungsi dan sangat fleksibel! Boleh dijadikan katil sisi, katil buai atau tempat tidur condong (recline) bagus untuk baby yang ada kolik atau reflux.
Dilengkapi roda boleh gerak ke depan, belakang dan sisi, tray simpanan, dan boleh dilipat untuk travel. Rekaan rangka yang kukuh dan kain pengudaraan memberi keselesaan berganda.
Quinton Dream2Gether Co-Sleeping Crib Baby
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: 9 kg
- Saiz Produk: 96 x 50 x 84cm
Gabungan gaya klasik dan moden, katil baby ini ada fungsi laras tinggi, tilam buluh yang selesa, serta reka bentuk anti-refluks untuk baby yang ada masalah penghadaman.
Roda dengan kunci, kelambu boleh cabut, palang boleh ditanggalkan untuk dijadikan katil toddler. Juga ada ruang simpanan besar dan mainan comel bantu perkembangan bayi.
Comfy Baby® Leon Travel Cot
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: 15 kg
- Saiz Produk: 76 x 110 x 76cm
Katil baby travel serba guna ada meja tukar lampin boleh lipat, ruang simpanan, roda berputar, dan tempat main baby. Reka bentuk mesh membolehkan pengudaraan bagus.
Senang sangat nak pasang dan lipat tanpa alat tambahan. Sesuai untuk baby hingga 15kg dan lengkap dengan beg travel.
Chilux Peace Natural 6 Mode Multifunctional Baby Cot
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: 50 kg
- Saiz Produk: 98 x 67 x 163 cm
Katil baby ni direka ikut peringkat usia baby. Reka bentuk yang tinggi selamat untuk elak baby panjat keluar. Mudah dibuka dan disimpan bila tak guna.
Warna-warni dan ada aksesori mainan untuk bantu rangsang minda dan motor baby. Sesuai sangat untuk ibu bapa yang nak anak main dalam ruang selamat.
MAMAKIDDIES Snoozel Baby Cot Bed
Spesikasi Produk:
- Berat Produk: 10 kg
- Berat Sokongan: 15 kg (0 – 36 bulan)
- Saiz Produk: 77 x 27 x 24 cm
Ada tiga fungsi utama iaitu cradle, travel cot dan crib. Tinggi boleh laras, boleh lipat dan dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk tidur bersebelahan ibu kerana boleh lekat terus ke katil ibu.
Katil baby ini sangat praktikal untuk ibu yang nak pantau baby waktu malam tanpa bangun dari katil.
MAMAKIDDIES Baby Cot 2 Level Portable Bed
Spesikasi Produk:
- Saiz Produk: 95 x 60 x 80 cm
- Berat Produk: 8 kg
- Berat Sokongan: Sehingga 15 kg
Dilengkapi pintu sisi, bassinet boleh cabut, meja tukar lampin dan roda dengan brek. Ada poket simpanan, papan lembut dan mesh sisi untuk pengawasan.
Lipatannya kompak dan datang dengan beg khas. Katil baby ini sangat mudah alih dan sesuai untuk kegunaan harian atau travel.
Hauck Play N Relax 4-in-1 Premium Travel Cot
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: Sehingga 15 kg
- Saiz Produk: 129 x 79 x 78 cm
- Berat Produk: 9.8 kg
Penuh dengan aksesori dari tukar lampin, tempat tidur, playpen hingga travel cot. Boleh dilipat dengan butang tekan dan dialih dengan roda.
Ada pintu sisi untuk anak masuk keluar sendiri. Reka bentuk stabil dan mudah disimpan. Katil baby ini sangat ideal untuk kegunaan harian di rumah atau masa bercuti..
Sweet Cherry Co-Sleeper Foldable Toddler Bedside Crib
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: Sehingga 15 kg
- Saiz Produk: 50 x 63 x 70 cm
- Berat Produk: 10.3 kg
Katil sisi yang sangat praktikal. Ada zip boleh buka, tingkat boleh laras, dan boleh sambung terus ke katil ibu bapa.
Reka bentuk mesh untuk pengudaraan, ada roda dengan brek, dan boleh dilipat untuk disimpan atau dibawa travel. Katil baby ini sangat sesuai untuk bilik kecil atau apartment.
Joie Commuter Change Travel Cot
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: Sehingga 15 kg
- Saiz Produk: 106 x 70.5 x 80cm
- Berat Produk: 11 kg
Katil baby travel yang lengkap dengan bassinet dan unit tukar lampin. Rangka kukuh, kain mesh pada semua sisi dan base tinggi untuk elak angin sejuk.
Boleh lipat dengan satu tekan dan simpan dalam beg travel. Sangat praktikal dan selamat.
Joie Allura 120 Travel Cot
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: Sehingga 15 kg
- Saiz Produk: 128 x 66 x 78 cm
- Berat Produk: 10.84 kg
Simple tapi bergaya. Tilam boleh cabut, rangka kukuh, mesh pada semua sisi dan ada zip tepi. Roda terbina dalam untuk mudah alih.
Lipatan kompak dan datang dengan beg khas. Katil baby ini sesuai untuk rumah atau semasa bercuti.
Samu Giken Baby Cot Multifunction Foldable
Spesikasi Produk:
- Berat Sokongan: 25 kg
- Saiz Produk: 13 × 59 × 100 cm
- Berat Produk: 9.2 kg
Katil baby ni boleh buai, ringan dan kompak. Reka bentuk mesh bantu pengudaraan, ada kelambu boleh cabut, dan roda senyap.
Boleh digunakan di rumah, bilik atau semasa outing. Jimat ruang dan senang alih, memang terbaik untuk gaya hidup aktif.
FAQ Katil Bayi Terbaik
Beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan termasuk:
Keselamatan: Pastikan katil bayi mematuhi piawaian keselamatan yang diiktiraf, seperti jarak antara bar tidak terlalu luas untuk mengelakkan kepala bayi tersepit.
Kualiti Bahan: Pilih katil bayi yang diperbuat daripada bahan yang selamat dan tidak toksik. Elakkan bahan yang mudah pecah atau mengandungi bahan kimia berbahaya.
Kebolehsuaian: Sesetengah katil bayi boleh dilaraskan mengikut ketinggian yang berbeza atau ditukar kepada katil kanak-kanak apabila bayi membesar.
Kapasiti Berat: Pastikan katil bayi sesuai untuk berat dan usia bayi anda.
Kebolehpindahan: Jika anda perlu memindahkan katil bayi ke bilik yang berbeza, pertimbangkan katil yang mempunyai roda atau ringan.
Kos: Tentukan bajet anda dan pilih katil bayi yang menawarkan ciri terbaik dalam lingkungan bajet tersebut.
Katil Kayu: Biasanya lebih tahan lama dan estetik. Ia memberikan suasana yang lebih tradisional atau klasik di bilik bayi. Bahan kayu pepejal cenderung lebih berat dan stabil.
Katil Logam: Lebih ringan dan mudah dipindahkan. Reka bentuk logam boleh kelihatan lebih moden. Logam berkualiti tinggi yang digunakan dalam katil biasanya tahan karat dan kukuh.
Ukuran katil bayi standard adalah sekitar 130 cm x 70 cm, tetapi ada katil bayi yang lebih kecil atau lebih besar bergantung kepada keperluan anda. Pastikan ukuran katil sesuai dengan bilik dan membolehkan bayi anda tidur dengan selesa tanpa terlalu banyak ruang yang berlebihan.
Katil bayi lipat adalah pilihan yang baik jika anda sering bergerak atau memerlukan katil yang boleh dipindahkan dari satu bilik ke bilik yang lain. Katil ini biasanya ringan dan mudah disimpan.
Katil Mudah Alih dengan roda sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin memantau bayi dari bilik yang berbeza. Pastikan roda tersebut mempunyai kunci keselamatan untuk mengelakkan katil bergerak dengan sendirinya.
Ya, katil bayi yang boleh ditukar menjadi katil kanak-kanak sering kali lebih berbaloi kerana anda boleh menggunakannya untuk jangka masa yang lebih lama, dari bayi hingga kanak-kanak kecil. Walaupun harga awal mungkin lebih tinggi, anda dapat menjimatkan wang dalam jangka masa panjang kerana tidak perlu membeli katil baharu.
Biasanya, katil bayi digunakan sehingga bayi berumur sekitar 2 hingga 3 tahun atau sehingga bayi mula cuba memanjat keluar dari katil. Sesetengah katil bayi yang boleh dilaraskan atau ditukar boleh digunakan sehingga umur 5 tahun.