Kata Tugas: Jenis, Contoh Ayat, Latihan & Nota

kata tugas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Salah satu pembelajaran di dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang penting bagi murid adalah Kata Tugas.

Oleh itu, murid mestilah mengetahui maksud, ciri, dan contoh ayat sebagai panduan kepada kata ini.

Maksud Kata Tugas

Kata Tugas merupakan kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis.

Kata ini hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa atau di belakang perkataan.

Ini untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan dan tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat ayat.

Ciri Kata Tugas

Ciri kata ini adalah seperti berikut:

  • Kata tugas tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti bagi frasa, tidak seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
  • Hampir semua kata tugas tidak mengalami perubahan bentuk dan hanya sesetengahnya yang boleh mengalami proses morfologi.
  • Kata ini merupakan kelas kata yang tertutup.
  • Kata ini memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam frasa atau ayat kerana ianya tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal.

Jenis Kata Tugas

Terdapat 4 jenis kata ini iaitu:

  • Kata Penyambung Ayat
  • Kata Praklausa
  • Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa
  • Kata Pascafrasa

1- Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat lazimnya digunakan untuk menghubungkan perkataan atau dipanggil sebagai kata hubung.

Kata hubung merupakan perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal.

Kedua-dua ayat tersebut dihasilkan daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

Antara contoh ayat kata ini adalah seperti berikut:

  • Adik membuka almari lalu mengambil seluarnya.
  • Emak mendengar radio sambil menjahit baju.

2- Kata Praklausa

Digunakan pada awal klausa atau ayat untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, perintah, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.

Di dalam kata praklausa, ada 5 jenis kata iaitu:

  • Kata Seru
  • Kata Tanya
  • Kata Perintah
  • Kata Pembenar
  • Kata Pangkal Ayat

Maksud dan contoh ayat ini adalah seperti berikut:

JenisMaksudContoh Ayat
Kata SeruKata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.Amboi, rajinnya!
Cis, engkau penipu!
Aduh, sakitnya kakiku!
Kata TanyaKata yang digunakan oleh seseorang untuk menanyakan sesuatu atau perkara yang lain.Siapakah nama ibu kamu?
Bilakah awak akan ke Seremban?
Kata Perintah Kata yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan.Tolong kembalikan majalah saya.
Jangan memijak rumput.
Kata PembenarKata yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.Ya, saya akan datang esok.
Betul, begitulah caranya memotong buah.
Kata Pangkal AyatKata yang hadir di pangkal ayat sebagai penghubung dalam ayatHatta, istana itu pun siaplah.
Syahadan baginda pun berangkatlah ke Riau.

3- Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa

Kata ini merujuk kepada dua jenis kata yang digunakan untuk memberikan makna tambahan atau mengubah fungsi kata dalam ayat.

Terdapat 9 jenis kata prafrasa dan kata pascafrasa iaitu:

  • Kata Bantu
  • Kata Penguat
  • Kata Penegas
  • Kata Nafi
  • Kata Pemeri
  • Kata Sendi Nama
  • Kata Arah
  • Kata Bilangan
  • Kata Adverbra

Maksud dan contoh ayat ini adalah seperti berikut:

JenisMaksudContoh Ayat
Kata BantuKata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.– Mereka sedang menonton televisyen.
– Abu mula tidak sihat sejak minggu lalu.
Kata PenguatKata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif atau frasa adjektif dalam ayat.– Surat khabar yang agak tebal itu dibaca oleh adik.
– Baju kurung yang di pakai oleh Syikin cantik betul.
Kata PenegasKata ini yang juga disebut partikel ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.– Siapakah guru Bahasa Matematik kamu?
– Itulah baju baharu yang saya beli tadi.
Kata NafiKata yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.– Dia bukan guru di sekolah ini.
Jangan buang sampah-sarap di taman sekolah.
Kata PemeriKata yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat.– Rumah ini ialah rumah datuk saya.
– Saya adalah anak tunggal.
Kata Sendi NamaKata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat.– Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur.
– Ayah akan ke luar negara minggu hadapan.
Kata Arah Kata yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.– Kedai makan berada di antara rumah masjid dan balai polis.
– Bola itu di bawah meja makan.
Kata BilanganKata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama seperti orang, bintang, benda dan perkara.– Pak Amir mempunyai sepuluh ekor lembu.
Berapakah harga buku ini?
Kata AdverbraKata yang menjelaskan kata kerja, kata sifat, kata nama, dan frasa dari segi cara, waktu, dan tempat– Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu.
– Pertandingan itu akan berlangsung esok.

4- Kata Pascafrasa

Kata pascafrasa merupakan kata yang hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu.

Terdapat 2 jenis kata pascafrasa iaitu:

  • Kata Penekan
  • Kata Pembenda

Maksud dan contoh ayat ini adalah seperti berikut:

JenisMaksudContoh Ayat
Kata PenekanKata yang bergabung dengan partikelnya dan digunakan untuk memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.Hebatnya persembahan nyanyian itu.
Sesungguhnya beliau amat pintar.
Kata Pembenda Kata yang bukan kata nama apabila bergabung dengan partikel -nya berubah menjadi kata nama.Luasnya tanaman itu di kampung.
– Haris berkali-kali membetulkan duduknya.

Nota Ringkas

Nota ringkas berkenaan pembelajaran ini boleh dirujuk melalui file di bawah:

Contoh Latihan

Latihan berkenaan kata ini adalah seperti berikut:

Baca juga: Suku Kata Tertutup: Nota, Contoh Ayat & Latihan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut