Kata Majmuk: Jenis, Contoh Ayat, Contoh Latihan, Nota Ringkas

kata majmuk
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam bahasa Melayu, kata majmuk merupakan satu unsur penting dalam pembentukan perkataan dan struktur ayat.

Ianya terbentuk apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan untuk membentuk satu makna baharu yang khusus.

Kefahaman tentang unsur penting Bahasa Melayu ini amat penting terutamanya dalam penulisan karangan dan pemahaman teks.

Walaupun kita sudah diajarkan ketika sekolah rendah, ramai antara kita rakyat Malaysia yang betul-betul mahir penggunaan unsur penting dalam Bahasa Melayu ini.

Apa Itu Kata Majmuk?

Nota Ringkas kata Majmuk

Kata majmuk ialah gabungan dua kata dasar atau lebih yang menghasilkan satu makna baharu yang mantap.

Walaupun terdiri daripada dua atau lebih perkataan yang berasingan, gabungan ini berfungsi sebagai satu unit tatabahasa.

Contohnya, “kereta” dan “api” digabungkan menjadi “kereta api” yang membawa maksud kenderaan yang bergerak di atas landasan.

Penting untuk diingat bahawa kata majmuk umumnya dieja secara terpisah, kecuali beberapa pengecualian yang telah mantap ejaannya.

Berbeza dengan ayat biasa, ianya tidak boleh ditukar susunan atau diselangi oleh perkataan lain kerana ia akan menjejaskan makna asal.

Contohnya:

  • Kereta api → bukan kereta biasa, tetapi sejenis kenderaan yang berjalan di atas landasan.
  • Kipas angin → gabungan “kipas” dan “angin”, bermaksud alat yang menghasilkan tiupan angin.

Sila tonton video di bawah untuk penerangan ringkas mengenai topik ini:

Jenis & Contoh

Kredit: Pandai.org

Sumber: FB Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam bahasa Melayu, unsur ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan cara pembentukannya dan makna yang terhasil. Antara jenis utama termasuklah:

1. Kata Majmuk Mantap (Telah Disatukan)

    Meskipun asalnya adalah kata majmuk yang dieja terpisah, sebilangan kecil telah diwartakan untuk dieja bercantum disebabkan penggunaannya yang sangat kerap dan dianggap telah mantap.

    Contohnya: antarabangsa, sukarela, tanggungjawab, bumiputera, pesuruhjaya. Penting untuk membezakan jenis ini kerana ejaannya berbeza daripada kata majmuk umum.

    2. Kata Majmuk Umum (Bebas)

    Ini adalah jenis yang paling lazim. Pembentukannya melibatkan gabungan dua atau lebih kata dasar yang mengekalkan ejaan terpisah. Walaupun dieja terpisah, gabungan ini membentuk satu konsep atau entiti.

    Contohnya: gambar rajah, kerja rumah, reka bentuk, setiausaha, kereta api.

    3. Kata Majmuk Istilah Khusus

    Jenis ini merujuk kepada gabungan kata yang membentuk istilah teknikal atau khusus dalam bidang tertentu. Maknanya sangat spesifik dan lazimnya tidak boleh dipecah-pecahkan.

    Contohnya: garis pusat (matematik), telefon bimbit (teknologi), lut sinar (sains).

    4. Kata Majmuk Kiasan (Peribahasa/Simpulan Bahasa)

    Kata majmuk jenis ini mempunyai makna idiomatik, iaitu maknanya tidak boleh difahami secara literal daripada perkataan-perkataan yang digabungkan. Ia sering digunakan untuk menyampaikan makna yang tersirat atau sindiran.

    Contohnya: kaki bangku, buah tangan, mulut murai, berat tulang.

    Artikel berkaitan: Bapa Borek Anak Rintik: Maksud & Contoh Peribahasa

    Contoh Latihan

    contoh kata majmuk

    Latihan 1: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

    1. Amin membeli sebuah __________ baharu untuk bilik tidurnya.
    2. Adik suka melihat __________ ketika sambutan Hari Kebangsaan.
    3. Ayah bekerja sebagai __________ di pejabat kerajaan.
    4. Kami bertolak ke Melaka menaiki __________.
    5. Puan Zainab ialah seorang __________ yang sangat berdedikasi.

    Latihan 2: Padankan kata majmuk dengan maksudnya.

    A. Kaki ayam
    B. Mulut tempayan
    C. Hati batu
    D. Kipas angin
    E. Tangan kanan

    1. Tidak tahu menyimpan rahsia
    2. Tidak memakai kasut
    3. Keras kepala atau degil
    4. Pembantu paling dipercayai
    5. Alat menghasilkan angin

    Jawapan Latihan:

    Latihan 1:

    1. kipas angin
    2. bunga api
    3. setiausaha
    4. kereta api
    5. guru besar

    Latihan 2:
    A-2, B-1, C-3, D-5, E-4

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut