KASIH ASNAF BACK TO SCHOOL 2022 – BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP
Makluman bagi para penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda kini boleh membuat semakan dan menebus kelengkapan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost sempena MAIWP Kasih Asnaf Back To School.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang MAIWP Kasih Asnaf Back To School.
Apakah Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School?
MAIWP Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.
Berbeza dengan tahun 2022, proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi bantuan ini dibuat menerusi aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.
Jangan ketinggalan untuk membuat semakan bagi melayakkan anda membuat penebusan kelengkapan peralatan persekolahan anak anda dengan aplikasi Boost.
Langkah Menebus Kelengkapan Sekolah Kasih Asnaf Back To School 2022
Sila ikuti langkah berikut untuk menebus kelengkapan sekolah anak bagi program ini dengan aplikasi Boost.
- Sila layari laman web dengan mengimbas kod QR dalam poster di atas atau terus ke pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/
- Klik pada Semakan Status Bantuan.
- Masukkan nombor kad pengenalan murid
- Sila pastikan Nama, Kategori dan Nombor Telefon E-Wallet adalah betul dan terkini
- Status e-Wallet Boost anda akan dipaparkan.
- Jika nombor telefon tidak berdaftar, sila daftarkan nombor telefon terlebih dahulu untuk menebus bantuan ini.
Pastikan Nombor Telefon yang didaftarkan di BOOST adalah sama dalam semakan bantuan.
Rujuk gambar di bawah untuk membuat pengesahan identiti.
https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022-muat-turun-aplikasi-boost/
Video Panduan Pendaftaran
Rujuk Manual Pendaftaran Boost dalam video di bawah:
*Hanya bagi penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP
Baca juga:
- Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank
- Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online (CCID PDRM)
Maklumat Lanjut & Bantuan
Sekiranya anda tidak berjaya untuk mengesahkan akaun dalam masa 24 jam, sila cuba sekali lagi.
Jika anda memerlukan bantuan, sila e-mel ke [email protected]
Untuk info lanjut, sila rujuk laman web MAIWP di pautan berikut: