Karnival Kokurikulum (KOKUM): Bentuk Program & Pengisian

Salah satu program yang menarik dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khusus kepada murid dalam menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum adalah Karnival Kokurikulum (KOKUM).

Karnival ini dilaksanakan dengan menawarkan pelbagai program dan aktiviti kepada murid sepanjang penganjurannya.

Mengenai Karnival Kokurikulum (KOKUM)

Karnival Kokurikulum (KOKUM) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Karnival ini sebagai satu usaha untuk memupuk jati diri murid supaya memahami tentang pengurusan kepimpinan dalam kokurikulum secara beretika.

Karnival ini juga dianjurkan adalah merupakan pelengkap aktiviti kokurikulum dan menjadi satu acara tahunan yang diadakan di setiap sekolah.

Ia adalah selari dalam usaha memantapkan lagi minda pelajar dengan ilmu yang tidak diperolehi secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah.

Selain itu, ia juga merupakan satu usaha untuk membangkitkan semangat murid supaya sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di samping membentuk sahsiah diri dan menjadi ahli organisasi yang sentiasa bekerjasama dan bersatu padu.

Bentuk Program

Bentuk program ini adalah berbentuk karnival yang mengandungi pelbagai aktiviti yang disediakan kepada murid.

Selain itu, program ini juga menyediakan pelbagai reruai pameran daripada seluruh negara yang dikendalikan oleh murid.

Terdapat juga pertandingan yang dianjurkan khusus kepada para murid yang menyertai karnival ini.

Pengisian Karnival Kokurikulum (KOKUM)

Antara pengisian karnival ini adalah seperti berikut:

  • Aktiviti murid
  • Pameran
  • Pocket show
  • Pertandingan video
  • Program pendidikan mata wang bersama muzium dan galeri seni Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Taklimat Jelajah Celik Kewangan

Penganjuran KOKUM 2024

Untuk makluman, KOKUM 2024 telah dilaksanakan di Inti International University, Nilai, Negeri Sembilan pada 6 hingga 9 Mei 2024.

Dengan tema iaitu “Kokurikulum Penggerak Teras Madani,” karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

Menurut beliau, KOKUM merupakan antara usaha kementerian, bagi memastikan kemenjadian murid dan pembangunan pelajar seiring dengan pencapaian akademik, badan beruniform serta beberapa potensi lain.

Beliau menyatakan penglibatan pelajar dalam menerokai bidang lain berkaitan inovasi dan kreativiti, penting bagi memfokuskan kemenjadian murid.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembangunan-pelajar-perlu-dinilai-secara-holistik-469581

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: