Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 1/2025 (Terengganu) merupakan satu inisiatif penting dalam mencungkil dan menggilap bakat sukan dalam kalangan pelajar di seluruh negara.
Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada atlet muda untuk bersaing secara sihat, malah menjadi platform awal bagi mengenal pasti potensi ke peringkat yang lebih tinggi, termasuk temasya Olimpik.
Dalam artikel ini, kami kongsikan senarai acara yang dipertandingkan, jadual lengkap serta peraturan penting yang perlu diketahui oleh semua peserta dan pihak terlibat.
Siaran Media Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan 2025 Siri 1
Pengenalan Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan
Karnival ini termasuk dalam Perancangan Program Bakat & Pelapis yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara.
Karnival ini dicadangkan untuk diadakan 4 kali setahun di negeri yang terpilih. Setiap sukan bakat dan pelapis wajib diadakan 1 kali dalam mana-mana karnival.
Senarai Acara yang Dipertandingkan
Antara acara yang dipertandingkan dalam Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 01/2025 Terengganu yang berlangsung dari 16 hingga 20 Julai 2025 termasuklah acara:
- Lawn Bowls
- Berbasikal
- Memanah
- Taekwondo
- Ping Pong
Kesemua acara ini melibatkan penyertaan atlet-atlet muda berbakat dari seluruh negara sebagai usaha mencungkil potensi ke arah pembangunan sukan berprestasi tinggi.
Jadual Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan
Senarai Laluan Jalan Raya yang Terlibat (Berbasikal)
NOTIS MAKLUMAN:
Perhatian kepada semua pengguna jalanraya 17 hingga 20 julai 2025 akan berlangsung Kejohanan Lumba Basikal di Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, Terengganu bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Jalanraya masih lagi boleh dilalui seperti biasa tetapi mohon memberi kerjasama dan berhati-hati semasa kejohanan ini berlangsung.
TERIMA KASIH
Peraturan Pertandingan Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan
PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN : TAEKWANDO
PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN : MEMANAH
Maklumat Lanjut Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman web rasmi Majlis Sukan Negara di pautan https://www.nsc.gov.my/.
Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Majlis Sukan Negeri-negeri yang terlibat.
Ayuh warga sukan ke negeri Terengganu untuk sama-sama meriahkan karnival ini!
Baca juga: