Untuk karangan bertajuk “Persediaan Alam Kerjaya,” berikut adalah isi penting dan contoh karangan.
Murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan tersebut sebagai persediaan menghadapi peperiksaan penulisan.
Isi Penting Karangan Persediaan Alam Kerjaya
1. Melengkapkan Diri dengan Kemahiran Insaniah
- Kemahiran insaniah meliputi kemahiran komunikasi, mempunyai pemikiran kritis, dan kemahiran menyelesaikan masalah.
- Aspek ini amat dititikberatkan oleh pihak majikan dalam memilih calon pekerja mereka.
- Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mahir dalam berkomunikasi, sudah tentu dia tidak akan menghadapi masalah sewaktu proses temu duga tawaran pekerjaan yang diadakan oleh mana-mana pihak.
2. Mempunyai Daya Saing yang Tinggi
- Seseorang yang bakal menempuh alam kerjaya juga perlu mempunyai daya saing yang tinggi.
- Pemuda-pemudi hari ini bakal berhadapan dengan dunia yang kian mencabar.
- Contohnya, remaja yang mempunyai daya saing yang tinggi ialah golongan yang mempunyai sifat tidak berputus asa dan gigih berusaha mencapai kejayaan.
- Apabila sifat ini mampu dikekalkan dalam apa jua situasi, peluang untuk mencapai kejayaan akan sentiasa ada.
3. Mempunyai Kelayakan Akademik yang Tinggi
- Peluang untuk seseorang mendapat kerjaya yang sesuai akan Iebih luas.
- Sebagai contoh, golongan yang mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan, bukan sekadar mempunyai peluang untuk menjadi seorang jurutera, malahan berpeluang berkhidmat dalam sektor awam, menjadi pensyarah, kontraktor kelas tinggi dan menceburi perniagaan dalam bidang tersebut.
- Apabila berjaya mendapat peluang tersebut, sudah tentu akan menjanjikan pendapatan yang selesa bagi meneruskan kehidupan.
4. Membuat Persediaan Mental
- Apabila melangkah kearah alam kerjaya, perlu menjadi seorang yang lebih berdikari.
- Terpaksa belajar untuk menjalankan kehidupan sendiri, menguruskan kewangan dan juga menguruskan diri.
- Cabaran dalam pekerjaan juga lebih mencabar daripada cabaran sebagai seorang pelajar.
- Walaubagaimanapun, semua masalah ini dapat diselesaikan jika kita mempunya permikiran yang bersedia dalam menghadapi segala cabaran.
- Misalnya, seseorang mestilah mampu menghadapi stres di tempat bekerja atau di rumah tanpa mempengaruhi prestasinya dalam menjalankan tugasnya.
Contoh Karangan Persediaan Alam Kerjaya
i) PENDAHULUAN
Sebaik sahaja mendapat keputusan SPM, golongan remaja di negara kita akan meneruskan kehidupan di luar persekolahan. Bagi yang mendapat keputusan baik, mereka akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang. Mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan atau faktor desakan hidup akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan. Terdapat beberapa persediaan yang perlu dipertimbangkan dalam memilih kerjaya yang diminati.
ii) ISI 1: MELENGKAPKAN DIRI DENGAN KEMAHIRAN INSANIAH
Persediaan penting dalam menghadapi alam kerjaya adalah dengan melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah meliputi kemahiran komunikasi, mempunyai pemikiran kritis, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Aspek ini amat dititikberatkan oleh pihak majikan dalam memilih calon pekerja mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mahir dalam berkomunikasi, sudah tentu dia tidak akan menghadapi masalah sewaktu proses temu duga tawaran pekerjaan yang diadakan oleh mana-mana pihak. Tegasnya, kemahiran insaniah merupakan perkara yang paling utama perlu dikuasai oleh golongan remaja dalam memilih kerjaya yang diminati.
iii) ISI 2: MEMPUNYAI DAYA SAING YANG TINGGI
Seseorang yang bakal menempuh alam kerjaya juga perlu mempunyai daya saing yang tinggi. Ini kerana pemuda-pemudi hari ini bakal berhadapan dengan dunia yang kian mencabar. Contohnya, remaja yang mempunyai daya saing yang tinggi ialah golongan yang mempunyai sifat tidak berputus asa dan gigih berusaha mencapai kejayaan. Apabila sifat ini mampu dikekalkan dalam apa jua situasi, peluang untuk mencapai kejayaan akan sentiasa ada. Jelaslah bahawa seseorang perlu mempunyai daya saing yang tinggi dalam memilih kerjaya yang diminati agar tidak terlepas mendapat peluang keemasan.
iv) ISI 3: MEMPUNYAI KELAYAKAN AKADEMIK YANG TINGGI
Untuk menghadapi alam kerjaya, seseorang juga perlu mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Dengan kelayakan ini, peluang untuk seseorang mendapat kerjaya yang sesuai akan Iebih luas. Sebagai contoh, golongan yang mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan, bukan sekadar mempunyai peluang untuk menjadi seorang jurutera, malahan berpeluang berkhidmat dalam sektor awam, menjadi pensyarah, kontraktor kelas tinggi dan menceburi perniagaan dalam bidang tersebut. Apabila berjaya mendapat peluang tersebut, sudah tentu akan menjanjikan pendapatan yang selesa bagi meneruskan kehidupan. Ini ternyata bahawa dengan kelayakan akademik yang tinggi, mampu membuka peluang yang Iebih luas kepada seseorang untuk menceburi kerjaya yang diminati.
v) ISI 4: MEMBUAT PERSEDIAAN MENTAL
Selain itu, seseorang yang ingin memasuki alam kerjaya juga perlu membuat melakukan persiapan mental. Apabila kita melangkah kearah alam kerjaya, kita perlu menjadi seorang yang lebih berdikari. Kita juga terpaksa belajar untuk menjalankan kehidupan sendiri, menguruskan kewangan dan juga menguruskan diri. Cabaran dalam pekerjaan juga lebih mencabar daripada cabaran sebagai seorang pelajar. Walaubagaimanapun, semua masalah ini dapat diselesaikan jika kita mempunya permikiran yang bersedia dalam menghadapi segala cabaran. Misalnya, seseorang mestilah mampu menghadapi stres di tempat bekerja atau di rumah tanpa mempengaruhi prestasinya dalam menjalankan tugasnya.
vi) PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat banyak persediaan yang peru dilakukan sebelum memasuki alam kerjaya. Alam kerjaya sememangnya lebih mencabar yang menuntut seseorang untuk melakukan pelbagai persediaan. Walau bagaimanapun, kita perlulah menghadapi dengan berani kerana cabaran-cabaran inilah yang bakal menjadikan kita seorang manusia yang lebih kuat dan kental. Ini bagi memastikan kita menjadi pekerja ideal pada masa hadapan dengan memiliki kemahiran dan kelayakan yang bersesuaian dengan bidang tugas yang dipilih.