Untuk menjalankan sesebuah penyelidikan, pengkaji perlulah terlebih dahulu melakukan kajian literatur dengan menilai kajian-kajian terdahulu berkaitan kajian yang ingin dilakukan.
Tujuannya adalah untuk menilai atau menyorot setiap kajian yang sebelum ini dilakukan bagi menilai kekuatan atau kelompongan yang boleh diisi untuk kajian akan datang.
Maksud Kajian Literatur
Kajian Literatur ialah penulisan mengenai maklumat dan analisis yang diperoleh dari sumber sekunder seperti buku, surat khabar, majalah dan sumber lain yang sesuai.
Maklumat dan analisis menerusi sumber sekunder ini lazimnya berkaitan dengan tema atau isu-isu yang tertentu.
Tujuan utama penulisan ini ditulis adalah untuk menilai pandangan penulis tersebut dalam aspek teoritis dan metodologi yang digunakan.
Selain itu, ia juga digunakan untuk menilai kelebihan dan kekurangan kajian tersebut untuk diisi kelompongannya dalam kajian yang akan dilakukan pada masa akan datang.
Jenis Kajian Literatur
Terdapat 2 jenis kajian literatur iaitu:
- Tradisi atau naratif: Ia lebih tertumpu kepada analisis secara naratif atau deskriptif mengenai hujah-hujah utama dan perdebatan yang dibangkitkan di dalam penulisan tersebut.
- Sistematik: Jenis ini tertumpu kepada penulis membentangkan maklumat sesebuah kajian dengan memberikan penilaian sama ada kajian tersebut mempunyai kelebihan atau kekurangan. Kemudiannya, penulis mencadangkan bahawa ianya dapat diatasi jika penyelidikan baru dijalankan.
Panjang Kajian Literatur
Panjang kajian atau jumlah perkataan tidak ada peraturan yang ditetapkan mengenai hal atau perkara ini.
Ianya semua bergantung kepada cara penulisan dan analisis yang dibuat dan juga bergantung kepada butir-butir khusus yang diperlukan untuk menyediakan kajian komprehensif bagi penyelidikan.
Maklumat Kajian Literatur
Maklumat yang perlu ada dalam penulisan kajian ini adalah seperti berikut:
- Objektif
- Tahun kajian
- Dimana kajian tersebut dijalankan
- Bilangan responden/subjek kajian yang terlibat
- Intervensi kajian yang digunakan
- Kesan/hasil kajian tersebut
Panduan Penulisan
Pengkaji yang ingin membuat penulisan ini boleh merujuk kepada panduan penulisan seperti berikut:
- Mencari buku, jurnal atau kertas kerja yang sesuai atau maklumat yang berkaitan dengan topik yang diminati. Ianya merupakan proses yang tidak pernah berakhir, namun mungkin lebih baik bahawa para penulis menetapkan batas untuk mencari maklumat agar tidak terlalu banyak maklumat untuk diproses pada satu-satu masa.
- Mengenal pasti data atau kajian yang paling sesuai yang akan meningkatkan tumpuan kajian. Ia bagi memastikan pengkaji membuat keputusan yang rasional dengan mengambil kira tujuan utamanya.
- Mengambil nota di setiap bahan rujukan. Ini bagi memastikan maklumat yang lebih tepat dan paling sesuai dapat diperoleh oleh penulis.
- Kajian/tinjauan adalah untuk merumuskan, menilai dan menilai maklumat dari segi kualiti dan nilai serta kesesuaiannya untuk tujuan penulis. Penulis perlu memastikan objektif penyelidikan dapat dicapai melalui penulisan tersebut.
- Setiap maklumat yang ditulis menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami umum.
Contoh Kajian Literatur
Contoh kajian ini dijalankan adalah seperti dalam file di bawah:
Info Lanjut
Untuk info lebih lanjut mengenai penulisan kajian ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=EN_VX3YDAG0.
Baca juga: Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi?