JOM SEMAK BERAPA KADAR ZAKAT FITRAH DI PULAU PINANG TAHUN INI (1445H/2024M)
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hukum & Syarat Zakat Fitrah
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar Zakat Fitrah 2024 Di Pulau Pinang
Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.
Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7, RM14 dan RM21 bagi tahun 1445M/2024M.
Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1445H/2024 bagi negeri Pulau Pinang mengikut kadar beras yang dimakan.
RM7.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras Super Special Tempatan (5% / 10%)
– Beras tempatan (Standard / Premium)
– Beras hancur
– Beras merah
– atau setara
RM14.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras wangi
– Beras pulut
– Beras rebus
– Beras Import
– atau setara
RM21.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras basmati
– Beras Ponny
– Beras Jepun / Calrose
– atau setara (Beras berkualiti tinggi)
Cara Bayaran Zakat Fitrah Pulau Pinang 2024
Anda boleh membuat bayaran zakat secara ONLINE melalui – ZAKATPENANG2U.COM
Selamat menunaikan ibadah puasa 1445H/2024M!