Kadar Zakat Fitrah Pahang 2023
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sultan dan raja pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah memperkenankan kadar zakat fitrah negeri Pahang bagi tahun 1444 Hijriyyah bersamaan 2023 Miladiyyah adalah dengan kadar RM 7.00 merujuk kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.
Beliau berkata seramai 934 orang amil zakat fitrah telah ditauliahkan untuk melaksanakan urusan kutipan zakat fitrah di dalam Negeri Pahang dan MUIP juga menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian (internet) melalui capaian ezakat.muip.gov.my.
Tambahnya lagi, sesiapa yang didapati memungut zakat fitrah tanpa tauliah daripada MUIP boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 3,000.00 atau penjara tidak lebih daripada 2 Tahun atau kedua-duanya sekali mengikit Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.
Berikut dikongsikan kadar bayaran zakat fitrah di Pahang bagi tahun 2023 dan cara membuat bayaran online.
Kadar Zakat Fitrah Pahang 2023
Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain dalam satu sesi sidang media pada hari ini telah mengumumkan kadar minimum zakat fitrah yang wajib dibayar oleh setiap rakyat Pahang ialah RM 7.00 dan digalakkan yang menggunakan beras wangi atau yang seumpama dan setara sebanyak RM14.00. Juga digalakkan bagi pengguna beras basmati atau seumpama dan setara sebanyak RM21.00.
RM7 seorang – Beras Super Special Tempatan 5% atau lain-lain yang setara dengannya.
RM14 seorang – Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Ponni, Beras Wangi atau lain-lain yang setara dengannya.
RM21 seorang – Beras Merah, Beras Jepun, Beras Basmathi atau lain-lain yang setara dengannya.
Tempoh Bayaran
WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
- Yang pertama adalah HARUS iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
- Waktu WAJIB pula ialah pada malam satu Syawal.
- Afdal / Sunat membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
- Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri hukumnya adalah MAKRUH.
- Melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal hukumnya adalah HARAM.
Cara Bayaran Online
Tunaikan zakat fitrah secara online di sini
https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/
Selamat menjalani ibadah puasa!