Kad Prihatin Siswa : Cara Pengaktifan, Faedah & Kelebihan

kad prihatin siswa
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.

Untuk makluman semua pelajar diwajibkan memberi maklum balas pada borang persetujuan yang terdapat dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) berkenaan Kad Prihatin Siswa ini.

Apa Itu Kad Prihatin Siswa (KPS)?

KPS merupakan cetusan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK); ini adalah inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa menerusi aplikasi e-Wallet yang turut diperkenalkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pemegang kad tersebut.

kad prihatin siswa bukan sahaja berfungsi sebagai kad identiti pelajar, malahan juga berfungsi sebagai kad debit untuk memudahkan pelajar membuat bayaran tanpa tunai di kampus. Encik Izzat juga berkata bahawa bayaran wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dihubungkan dengan kad ini.

“Kad ini fungsinya bukan sekadar kad matrik pelajar sahaja tetapi ia juga mempunyai fungsi lain iaitu sebagai kad debit. Kad ini juga akan dihubungkan secara terus kepada PTPTN.”

Kad Prihatin Siswa (KPS) ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama universiti awam (UA) seluruh negara dengan kerjasama RHB Bank Berhad yang bertujuan untuk menyelaraskan pinjaman mahupun bantuan kewangan serta mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan juga kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kad Prihatin Siswa yang juga merupakan Kad Matrik pelajar sedia ada telah dinaiktaraf dengan gabungan Kad Debit Islamic RHB Bank yang memberikan banyak kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi penggunaan bayaran tanpa tunai di dalam kampus.

Kelebihan Kad Prihatin Siswa

Anda boleh mengaktifkan kad debit-i RHB MySiswa & Akaun Simpanan-i Pro RHB and di cawangan RHB berdekatan dengan segera untuk menikmati promosi ekslusif dan menerima wang PTPTN sekiranya anda adalah penerima PTPTN.

Antara kelebihan lain kad ini adalah:

  • Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
  • Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
  • Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
  • Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.

Anda juga berpeluang mendapatkan pelbagai promosi daripada rangkaian eWallet Boost, FavePay, McDonalds dan Starbucks.

kad prihatin siswa
kad prihatin siswa

Faedah

i. Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif KPS.

ii. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar universiti bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.

iii. Akaun Simpanan-i Pro RHB akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar universiti. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.

iv. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di universiti.

Cara Mengaktifkan Kad Prihatin Siswa (KPS)

Berikut dikongsikan cara membuat pengaktifan KPS mengikut universiti masing-masing.

UiTM

PERHATIAN UNTUK PELAJAR UiTM YANG BELUM MEMBUAT PENGAKTIFAN KAD

Aktifkan Kad Debit-i RHB MySiswa & Akaun Simpanan-i Pro RHB anda di cawangan RHB berdekatan DENGAN SEGERA untuk menikmati promosi eksklusif dan menerima wang PTPTN sekiranya anda adalah penerima PTPTN.

A. Pelajar Baharu UiTM 

  1. Kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu UiTM mulai Julai 2023 dan kemasukan seterusnya, semua pelajar baharu UiTM perlu membuka akaun Simpanan I-Pro RHB terlebih dahulu di mana-mana cawangan bank RHB sebelum hadir ke kampus UiTM untuk membuat pendaftaran sebagai pelajar baharu UiTM. 

     Klik tatacara pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris).

  1. Cetakan kad Prihatin Siswa hanya dapat dilaksanakan oleh pihak UiTM sekiranya pelajar baharu UiTM telah memuat naik gambar di sistem UCMS(kad.uitm.edu.my).
  1. Pelajar baharu UiTM perlu menuntut atau mendapatkan kad Prihatin Siswa di kampus UiTM masing-masing. Sila rujuk  di https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa
  1. Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan kad Prihatin Siswa dengan akaun bank Simpanan I-Pro pelajar yang telah berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan kad Prihatin Siswa yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM. 

B. Pelajar Lama UiTM

  1. Maklumat pelajar UiTM yang telah memberi consent bagi pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB akan dihantar kepada pihak bank RHB bagi tujuan pembukaan akaun bank tersebut oleh pihak bank RHB. Jika pembukaan akaun tersebut berjaya dibuat oleh pihak bank RHB, pelajar UiTM akan menerima sms dan emel daripada pihak bank RHB berkaitan kejayaan pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro.

Nota : Aktiviti melaksanakan consent boleh dibuat melalui aplikasi/sistem MyStudent / UFuture Student Portal.

  1. Cetakan kad Prihatin Siswa hanya dapat dilaksanakan oleh pihak UiTM sekiranya pelajar UiTM telah memuat naik gambar di sistem UCMS(kad.uitm.edu.my).
  1. Pelajar UiTM perlu menuntut atau mendapatkan kad Prihatin_Siswa di kampus UiTM masing-masing. Sila rujuk  di https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa
  2. Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan kad Prihatin_Siswa dengan akaun bank Simpanan I-Pro pelajar yang telah berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan kad Prihatin_Siswa yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM. 

Walaubagaimanapun, pelajar UiTM kategori di bawah boleh hadir ke mana-mana cawangan bank RHB untuk mengaktifkan kad Prihatin Siswa dengan membawa kad pengenalan :

i.   Telah mendapat / menuntut kad fizikal Prihatin_Siswa di dalam kampus UiTM.

ii.  Telah mendapat sms/emel daripada pihak bank RHB berkaitan pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro.

Nota :

Pelajar UiTM TIDAK PERLU HADIR ke mana-mana cawangan bank RHB yang berdekatan bagi mendapatkan/menuntut  kad Prihatin_Siswa UiTM. Semua urusan cetakan dan tuntutan kad Prihatin_Siswa UiTM oleh pelajar UiTM HANYA dilaksanakan di dalam kampus UiTM sahaja. Sila rujuk https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa

Info Tambahan :

Bagi pelajar lama yang telah memuat naik gambar di dalam sistem UCMS , sila tuntut Kad Prihatin Siswa / MySiswa anda di Pejabat Bahagian HEA Fakulti / kampus masing-masing dengan segera. Layari pautan *https://kpsiswa.uitm.edu.my/* untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut am mengenai kad RHB MySiswa, layari :

1) www.rhbgroup.com/personal/deposits/joy-at-uni/index.html

atau Info HEP di :

2) www.facebook.com/hepuitmshahalam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Kepada semua penerima pinjaman PTPTN yang telah memiliki akaun & KPS tetapi belum membuat pengaktifan.

Sila aktifkan akaun anda di mana-mana cawangan RHB dengan kadar Segera.

IIUM

UNIMAS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

kad siswa rhb

UNIVERISIT MALAYA (UM)

kad prihatin siswa rhb
kad prihatin siswa rhb

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

kad prihatin siswa

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Semua pelajar WAJIB untuk membuat pengesahan Surat Persetujuan Kad Prihatin Siswa di Portal iStudent

https://iaccess.usim.edu.my/login

Peringatan Mesra: Kad ini adalah KAD MATRIK BAHARU USIM dan kad debit. Semua pelajar WAJIB bertukar ke Kad Prihatin Siswa ini.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

kad prihatin siswa
Rujuk hebahan : https://www.facebook.com/heputm/posts/pfbid0xetzhJZHjYcSszqrtbwv4dbarLEGSkK62E5jvSnhQTUVDseTabv5ozzAP6P67eYUl

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

PENGGUNAAN KAD PRIHATIN DI SELURUH KAMPUS UKM BERMULA 12 JUN 2023

1. Bermula 12 Jun 2023, semua urusan di pejabat Pusat Tanggungjawab seluruh kampus perlu menggunakan Kad Prihatin Siswa sebagai kad kampus pelajar yang baharu.

2. Bagi pelajar peminjam *PTPTN* adalah *diwajibkan* mengambil dan mengaktifkan Kad Prihatin Siswa untuk urusan pengkreditan pinjaman dan sebagainya.

3. Semakan status cetakan boleh disemak melalui sistem maklumat pelajar https://ukmcard.ukm.my/

4. Pelajar dikehendaki membawa *Kad Pelajar* dan *Kad Pengenalan/Passport* bagi urusan pengaktifan akaun dan kad bank

5. Kad Prihatin Siswa ini merupakan kad kampus dan kad bank. Pelajar *Tidak Boleh* mewakilkan individu lain untuk mengambil kad ini.

6. Pelajar boleh mengaktifkan Kad Prihatin Siswa di mana-mana cawangan RHB Bank yang berdekatan.

Bersama-sama ini dilampirkan poster makluman Pengambilan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa untuk perhatian dan tindakan semua pelajar UKM sewajarnya.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai HEP, En Ashraff atau Pn Amirah di talian 03-8921 5316. Kerjasama anda dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

UUM

TINDAKAN SEGERA PELAJAR

MAKLUMAT LANJUT

Sila ambil maklum bahawa sebarang aduan & pertanyaan berkenaan Kad Prihatin Siswa boleh diajukan oleh pelajar kepada RHB Customer Contact Centre ditalian 03-92068118 atau emel [email protected]

Untuk memudahkan urusan & maklumbalas, pelajar disarankan menyediakan maklumat berikut:

  • Isu :
  • Nama Pelajar :
  • No Kad Pengenalan/Passport Pelajar :
  • No Pelajar :
  • No. Telefon Pelajar :
  • Universiti/Kampus:
  • Tarikh & Cawangan RHB yang dikunjungi (jika berkenaan):
  • Isu Pelajar :

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut