Jerawat batu merupakan sejenis jerawat yang besar dan menyakitkan, yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan.
Oleh itu amat penting untuk kita tahu, cara merawat dan langkah pencegahan yang boleh kita ambil bagi memastikan kita tidak dijangkiti jerawat jenis ini.
Berikut kami kongsikan, panduan lengkap tentang cara merawat jerawat jenis ini serta langkah-langkah pencegahan awal, agar anda dapat mengelakkan daripada diserang jerawat ini.
Apa itu Jerawat Batu?
Jerawat batu ini berlaku apabila liang roma tersumbat dengan minyak berlebihan, sel kulit mati, dan bakteria yang seterusnya boleh menyebabkan kawasan itu menjadi merah dan bengkak.
Benjolan yang membengkak selalunya dipenuhi dengan nanah akan menyebabkan individu yang mengalami jerawat ini merasa sakit atau gatal pada benjolan tersebut.
Jika jerawat jenis ini pecah, air nanah yang keluar akan menyebabkan jangkitan merebak dan menghasilkan lebih banyak jerawat.
Tanda Jerawat Batu
Jerawat jenis ini mempunyai sedikit perbezaan dengan jerawat biasa. Oleh itu, anda boleh mengenal pasti perbezaan tersebut melalui tanda-tanda di bawah.
Jika anda mengalami tanda-tanda berikut berkemungkinan besar anda dijangkiti jerawat batu:
- Benjolan besar, merah dan bengkak di bawah kulit
- Rasa sakit atau tidak selesa apabila disentuh
- Mungkin mengeluarkan nanah atau cecair
- Boleh muncul di kawasan wajah, dada, belakang, bahu dan lengan atas
Punca Berlaku
Bagi anda yang pernah mengalami masalah ini, atau tidak pernah lansung, berikut merupakan beberapa punca atau sebab jerawat jenis ini boleh berlaku kepada anda:
- Perubahan hormon
- Hormon yang meningkat menyebabkan peningkatan pengeluaran minyak dan pertumbuhan sel kulit yang lebih cepat, yang boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat.
- Perubahan hormon yang disebabkan oleh kitaran haid, kehamilan, pil perancang, terapi hormon, sindrom ovari polisistik, dan tekanan juga boleh menyebabkan jerawat batu.
- Ubat-ubatan
- Beberapa ubat-ubatan dan bahan kimia boleh menyebabkan jerawat batu.
- Produk kulit tertentu
- Produk kosmetik, pembersih muka, dan losen yang mempunyai bahan-bahan tertentu boleh mencetuskan pengeluaran minyak berlebihan menyebabkan jerawat batu.
- Kelembapan tinggi dan peluh berlebihan
- Peluh boleh membuka pori-pori, membolehkan kotoran dan bakteria masuk ke dalam kulit, yang membawa kepada jerawat.
- Faktor genetik
- Jika ibu bapa mempunyai jerawat batu yang teruk,anak-anak juga berisiko tinggi untuk dijangkiti.
- Diet
- Faktor pemakanan tertentu seperti makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat timbul.
Cara Menghilangkannya
Rawatan jerawat batu memerlukan pendekatan yang betul dan biasanya melibatkan:
- Antibiotik oral atau topikal
- Boleh digunakan untuk membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jerawat
- Retinoid
- Produk yang mengandungi vitamin A membantu dalam mempercepatkan pengelupasan kulit dan mengurangkan minyak.
- Pil perancang
- Pil perancang boleh digunakan untuk para wanita yang mengalami jerawat akibat perubahan hormon.
- Isotretinoin (Accutane)
- Penggunaan ubat ini, boleh dilakukan jika anda mengalami masalah jerawat batu yang kronik, di bawah pengawasan pakar.
- Rawatan dermatologi
- Rawatan suntikan steroid pada jerawat besar atau prosedur laser boleh dilakukan bagi menghilangkan jerawat batu.
Baca juga: Senarai 9 Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia Tahun 2024
Langkah Pencegahan Awal
Untuk mengelakkan jerawat batu, anda boleh amalkan:
- Menjaga kebersihan muka dengan mencuci muka dua kali sehari menggunakan pencuci yang sesuai.
- Elakkan menyentuh muka dengan tangan yang kotor.
- Amalkan diet seimbang dan kurangkan makanan berminyak atau bergula tinggi.
- Kawal stres dengan teknik relaksasi seperti senaman atau meditasi.
- Gunakan Pelindung Matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30 untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.
- Gunakan pakaian yang menyerap peluh dan elakkan kelembapan berlebihan pada kulit.
- Tukar sarung bantal dan tuala secara berkala kerana ia boleh menyebabkan jerawat jika tidak ditukar dengan kerap.
- Dapatkan nasihat doktor kulit jika jerawat berlarutan atau semakin teruk.
Anda boleh mencuba pencuci muka yang bersesuaian yang dijual di Shopee ini untuk merawat dan mencegah jerawat daripada menjangkiti wajah anda.