Jawatan Kosong Guru KAFA Kedah (Bagi Pengambilan 2022)

jawatan kosong guru kafa kedah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jawatan Kosong Guru Kafa Negeri Kedah bagi pengambilan tahun 2022 telah dibuka dari 26 September 2021 sehingga 05 Oktober 2021 (Jam 05.00 PM).

Berikut adalah syarat-syarat dan cara permohonan bagi anda yang berminat.

Syarat Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Kedah

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:
    • Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu;
    • Kepujian Pendidikan Islam ATAU kepujian Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ATAU kepujian Pendidikan Syariah Islamiah; dan
    • Lulus Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya
  4. Tinggal dan bermastautin di Negeri Kedah.
  5. Permohonan yang tidak memenuhi syarat di atas akan ditolak.
jawatan kosong guru kafa kedah

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Gambar berukuran pasport (softcopy).
  2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (softcopy).
  3. Rakaman video bacaan al-Quran (Format video)
    • Rakaman hendaklah berdurasi tidak melebihi 2 minit dan saiz video tidak melebihi 100mb.
    • Rakaman menggunakan resolusi yang rendah atau sesuai.
    • Sekiranya saiz video melebihi 100mb, proses pemampatan (compress) perlu dibuat.
    • Kaedah pemampatan (compress) boleh menggunakan aplikasi secara muat turun atau dalam talian (online).
    • Rakaman video hendaklah jelas suara bacaan dan memaparkan separuh badan termasuk muka.
    • Sila pilih salah satu surah di bawah untuk rakaman video:
      • a) Surah Toha (طه) ayat 1 hingga 12
      • b) Surah At-Taubah ayat 1 hingga 4
      • c) Surah As-Syura ayat 1 hingga 7
      • d) Surah Al-Qasas ayat 1 hingga 6
      • e) Surah Al-Hujurat ayat 1 hingga 5

Baca juga:

Cara Permohonan Jawatan Kosong Guru Kafa Kedah

Permohonan boleh dibuat secara online, calon-calon boleh memohon dengan mengisi borang yang disediakan di pautan berikut:

http://bit.ly/gurukafakedah

Panduan Permohonan

1. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap.
2. Setiap pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
3. Pemohon yang menghantar melebihi satu permohonan akan ditolak.
4. Pemohon yang terpilih untuk temuduga akan dihubungi melalui telefon atau mesej pesanan ringkas (SMS).
6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 Oktober 2021 (Selasa) jam 5.00 petang.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://bit.ly/gurukafakedah atau hubungi saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut