IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM : JAWATAN KOSONG JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK)
KUMPULAN PELAKSANA (SPM)
————————
JAWATAN : PEGAWAI BOMBA GRED KB19
KEKOSONGAN : 209 (SEMENANJUNG = 179, SABAH = 17 DAN SARAWAK = 13)
Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19 Seluruh Malaysia 2023
MAKLUMAT SKIM PERKHIDMATAN
Nama Skim Perkhidmatan | : | Pegawai Bomba |
Kod Skim | : | 3LK08 |
Klasifikasi Perkhidmatan | : | KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (K) |
Jenis Skim Perkhidmatan | : | Pelaksana |
Kumpulan Perkhidmatan | : | Pelaksana Berkelayakan SPM |
Gred | : | KB19, KB22, KB24, KB26, KB28 |
Layak BIPK | : | Tidak |
Kenaikan Pangkat ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi | : | Tidak |
SYARAT LANTIKAN WAJIB
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
SYARAT LANTIKAN
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KB19 :
- Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Gaji Permulaan : KB19: RM1,360.00
ATAU
- Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan : KB19: RM1,418.12
ATAU
- Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
- Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan : KB19: RM1,476.24
ATAU
Kelayakan Masuk : Bekas Tentera
Bidang/Kelayakan Khusus : bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
Calon hendaklah juga memenuhi syarat lantikan tambahan yang ditetapkan.
Gaji Permulaan :
DAN
Syarat Lantikan Tambahan :
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang
biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); - lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;
- lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/
Perkhidmatan dari semasa ke semasa. Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM
PERUNTUKAN LAIN
- Peruntukan KMP :Ya
- Jenis KMP : Akademik
- Peruntukan HPG : Tiada
- Peruntukan Kemasukan Lateral : Tiada
- Jenis Naik Pangkat : Biasa
- Peruntukan (KPSL) : Ya
- KPSL Dari : Tiada
- Syarat KPSL : Tiada
- KPSL Ke : ( 1 ) Penolong Penguasa Bomba
- Syarat KPSL : Akademik atau Peperiksaan Khas
RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, penyelenggaraan harian dan pemanduan jentera bomba serta melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bilik kawalan dan pemeriksaan premis.
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
——————————————————
https://www.interactive.jpa.gov.my/…/perbekalanskim.asp…
Tarikh Permohonan
Tarikh tutup permohonan : 3 Ogos 2023 (Khamis), jam 11.59 malam
Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
—————————————————–
https://spa9.spa.gov.my/login
Sekian, terima kasih.
Baca juga: