PERKHIDMATAN JANJI TEMU ONLINE KWSP (JTO)
KWSP akan membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara untuk perkhidmatan terpilih bermula 1 Julai 2021, dari 8:30 pagi hingga 2:00 petang pada hari bekerja.
Tentunya ramai ahli yang ingin berurusan di KWSP selepas pengumuman i-Citra dalam Pakej PEMULIH tempoh hari.
Berikut dikongsikan cara membuat janji temu online di pejabat / kaunter KWSP untuk makluman bersama.
Apakah Janji Temu Online (JTO) KWSP?
Mulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu Online.
Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.
Hanya ahli yang membuat Janji Temu online dapat berurusan di kaunter KWSP.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui JTO
- Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) (Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut)
- Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)
- Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)
- Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)
- Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)
- Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA)
- Perundingan Perancangan Persaraan
- Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari dan Simpanan Shariah)
*Perkhidmatan Perundingan KWSP adalah PERCUMA
- Kaunter
- Pengeluaran
- Pendaftaran
- Aduan Majikan Gagal Mencarum
- Lain-lain Perkhidmatan
Selain itu, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun (Ahli)) untuk membuat permohonan pengeluaran.
Baca juga: i-Citra KWSP: Permohonan Pengeluaran RM5,000 Bermula Ogos
Waktu Operasi Kaunter KWSP Dalam Tempoh PKP
Kaunter
- 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja *.
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
- Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula pada 29 Julai 2020.
- 9.00 pagi hingga 4.00 petang hari bekerja sahaja *.
*Waktu Operasi Kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk cawangan yang
terlibat dengan PKPB adalah 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja.
Cara Memohon Slot Janji Temu Online KWSP
Untuk membuat Janji Temu Online KWSP, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web KWSP di pautan berikut: www.kwsp.gov.my/janjitemu
- Isikan maklumat diri dan pengesahan.
- Pilih cawangan dan waktu yang diingini untuk berurusan di kaunter KWSP.
Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.
Sila klik di sini untuk muat turun Panduan Pengguna Janji Temu Online.
Contoh situasi memilih slot janji temu :
- Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
- Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen
Kehadiran Lewat / Tukar Tarikh Janji Temu Online KWSP
Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.
Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.
Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.
Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.
Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum hadir untuk berurusan di kaunter.
Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19.
Utamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama.