Jadual STR 2024: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlulah tahu jadual STR bagi memudahkan anda melakukan perancangan perbelanjaan anda menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda.

Kerajaan melalui portal Malaysia Madani telah membuat makluman bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan Ogos 2024.

Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

sumbangan tunai rahmah

TERKINI – STR Fasa 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2024 akan dibayar secara berperingkat mulai 29 Ogos ini secara berperingkat.

Sila rujuk siaran media terkini Kementerian Kewangan bertarikh 23 Ogos 2024 di bawah:

Jadual Bayaran STR
Jadual Bayaran STR
str fasa 3 Jadual Bayaran
Sumber: Kementerian Kewangan

Kaedah Bayaran STR

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Berikut dikongsikan Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) :

Sumber: BSN Malaysia

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

TERKINI : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2024 akan dibayar secara berperingkat pada bulan 29 Ogos ini secara berperingkat, iaitu :

  • MEMPUNYAI AKAUN BANK
    • Penerima sedia ada : 29 Ogos – 6 September 2024
    • Penerima baharu & rayuan : 18 – 20 September 2024
  • TIADA AKAUN BANK
    • Penerima sedia ada : Mulai 29 Ogos 2024
    • Penerima baharu & rayuan : Mulai 18 September 2024

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

  • KATEGORI PENERIMA ISI RUMAH / BERKAHWIN
    • Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM150 – RM650
    • Pendapatan RM2500 – RM5000 : RM150 – RM300
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • RM150
  • BUJANG
    • RM50
bayaran str

RUJUK: Soalan Lazim STR 2024 (Dikemaskini 1 April 2024)

Cara Semakan STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan
Sumber: Facebook rasmi Malaysia MADANI

Semakan STR Fasa 3 boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Tarikh Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : 29 Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024
Sumber: Risalah STR 2024 via Portal Manfaat

RUJUK: Soalan Lazim STR 2024 (Dikemaskini 1 April 2024)

jadual str
jadual str
jadual str
jadual str
jadual str

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

 Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Mulai 29 Januari 2024

Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Secara Dalam Talian
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut