Tarikh & Jadual Peperiksaan SPMU (SPM Ulangan 2022)

JADUAL & TARIKH PEPERIKSAAN SPMU 2022

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dilaksanakan bermula 12 hingga 14 September ini melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan (LP) menerusi kenyataan hari ini meminta semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan,” menurut kenyataan itu.

Jadual waktu peperiksaan SPMU 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

Sementara itu, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu manakala 1,441 orang dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.

Jadual Peperiksaan SPMU 2022

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman web KPM:

Amaran Peperiksaan

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

  1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku,
    lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan,
    telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik
    peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calonlain.
  4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar
    dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku
    dalam peperiksaan.
  5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasapeperiksaan.
  9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan
menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.

Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan
Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apaapa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.

Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

  • keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
  • keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
  • keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!