Jadual Sukan Olimpik Paris 2024 (Malaysia) #KitaSemuaTeamMAS

Sukan Olimpik Paris 2024 nampaknya sudah tidak lama lagi dan sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita ingin mengetahui Jadual Sukan Olimpik 2024 bagi atlet Malaysia yang bertanding dalam temasya sukan berprestij di Paris kali ini. RTM sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 akan membawa kepada anda secara percuma liputan langsung / live streaming melalui saluran TV Okey, saluran Sukan RTM dan 6 saluran tambahan di RTMKLIK!

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk peminat-peminat sukan negara.

Pengenalan Sukan Olimpik Paris 2024

Bagi edisi penganjuran kali ini, terdapat lebih kurang 10,500 atlet dari 206 NOC yang akan bersaing dalam Olimpik 2024.

Chef de mission (CDM) atau Ketua Misi Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 ialah Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kontinjen Malaysia yang dibarisi oleh 26 atlet akan mengibarkan cabaran di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 melibatkan 9 jenis sukan seperti Akuatik Terjun & Renang, Pelayaran, Menembak, Berbasikal Trek dan Lebuhraya, Angkat Berat, Badminton, Golf, Memanah dan juga Olahraga.

Temasya terbesar dunia yang berlangsung di Paris itu akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 dengan sasaran untuk membawa pulang pingat emas pertama buat negara.

Pembawa Bendera

Untuk perarakan kontinjen Malaysia semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024, 2 orang atlet Malaysia telah dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Pembawa bendera Malaysia untuk temasya Sukan Olimpik Paris 2024 ialah penerjun berumur 19 tahun, Bertrand Rhodict Lises dan pelayar berumur 25 tahun, Nur Shazrin Mohamad Latif.

Artikel berkaitan: Sukan Olimpik Paris 2024: Lokasi, Tarikh, Logo, Maskot

Jadual Olimpik 2024 sukan paris rtm live

Senarai Atlet Malaysia

Secara keseluruhannya, terdapat 26 atlet Malaysia yang akan bertanding dalam 10 jenis sukan yang dipertandingkan dallam Sukan Olimpik Paris 2024 yang boleh anda saksikan secara live di RTM dan Astro Arena.

Berikut merupakan senarai atlet Malaysia akan bertanding beserta sukan dan kategori yang bakal disertai:

  • Bertrand Rhodict Lises: Terjun (Men’s 10m Platform) – Debut
  • Nur Dhabitah Sabri: Terjun (Women’s 3m Springboard)
  • Khiew Hoe Yean: Renang (Men’s 400m Freestyle) – Debut
  • Tan Ruoxin: Renang (Women’s 100m Breaststroke) – Debut
  • Nur Shazrin Mohamad Latif: Sukan Pelayaran (ILCA 6)
  • Khairulnizam Mohd Afendy: Sukan Pelayaran (ILCA 7)
  • Jonathan Wong: Menembak (10m Air Pistol)
  • Ariana Nur Dania: Memanah (Women’s Individual and Women’s Team) – Debut
  • Syaqiera Mashayikh: Memanah (Women’s Team)
  • Nurul Azreena Mohamad Fazil: Memanah (Women’s Team) – Debut
  • Nur Aisyah Mohamad Zubir: Berbasikal (Road) – Debut
  • Dato’ Azizulhasni Awang: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Muhammad Shah Firdaus Sahrom: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Nurul Izzah Izzati Mohd Asri: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Mohamad Aniq Kasdan: Angkat Berat (Men’s 61kg) – Debut
  • Aaron Chia and Soh Wooi Yik: Badminton Men’s Doubles
  • Pearly Tan and Thinaah Muralitharan: Badminton Women’s Doubles – Debut
  • Chen Tang Jie and Toh Ee Wei: Badminton Mixed Doubles – Debut
  • Goh Jin Wei: Badminton Women’s Singles – Debut
  • Lee Zii Jia: Badminton Men’s Singles
  • Gavin Kyle Green: Men’s Golf (Men’s Golf)
  • Ashley Lau Jen Wen: Women’s Golf (Women’s Golf) – Debut
  • Azeem Fahmi: Men’s 100m Olahraga

Teruskan bacaan untuk mengetahui Jadual Olimpik 2024 bagi atlet Malaysia yang bertanding.

Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

Jadual Olimpik 2024 (Atlet Malaysia)

AKSI ATLET MALAYSIA HARI INI, 11 OGOS 2024 (AHAD)

Jom beri sokongan kepada atlet-atlet Malaysia yang akan beraksi di pentas Olimpik pada hari ini. Saksikan mereka secara langsung di https://paris2024.rtm.gov.my/utama

Berikut dikongsikan juga jadual bagi acara tumpuan pingat emas, iaitu berbasikal yang akan mula beraksi pada 7 Ogos hingga 11 Ogos 2024 ini di Sukan Olimpik Paris.

rtm live olimpik 2024

Berikut merupakan jadual Sukan Olimpik Paris 2024 bagi atlet Malaysia bagi tontonan LIVE di siaran RTM / Astro nanti (masa / waktu Malaysia):

TarikhMasaSukanAcara
Peringkat
Atlet
25 Julai3:30PMMemanahWomen’s Recurve Individual
(Pusingan Awal)
Ariana Nur Dania
Nurul Azreena
Syaqiera Mashayikh
27 Julai2:30PM
3:20PM
BadmintonMixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:20PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
4:10PMMen’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
4:10PM
5:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
5:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
4:30PMMenembakMen’s 10m Air Pistol
Kelayakan
Jonathan Wong
5:00PMRenangMen’s 400m Freestyle
Heats
Khiew Hoe Yen
28 Julai1:30PMBadmintonWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
4:00PMMemanahWomen’s Team Recurve 1/8
Elimination Round
Ariana Nur Dania
Nurul Azreena
Syaqiera Mashayikh
5:00PMRenangWomen’s 100m Breast Stroke
Heats
Tan Rouxin
29 Julai1:30PMBadmintonWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
30 Julai1:30PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
31 Julai1:30PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
1 Ogos3:00PMGolfMen’s IndividualGavin Green
3 Ogos5:45PMOlahragaMen’s 100m
Kelayakan
Azeem Fahmi
4 Ogos8:00PMBasikal
Lebuhraya
Women’s Road RaceNur Aisyah
5 Ogos
7 Ogos6:45PMBasikal
Trek
Men’s Sprint
Kelayakan
Azizulhasni Awang
Muhammad Shah Firdaus
7:26PMWomen’s Keirin
Pusingan 1
Nurul Izzah Izzati
3:00PMGolfWomen’s Individual
Pusingan 1
Ashley Lau
9:00PMAngkat BeratMen’s 61kgAniq Kasdan
9:00PMTerjunWomen’s 3m springboardNur Dhabitah Sabri
9 Ogos8:00PMBasikal
Trek
Women’s Sprint
Kelayakan
Nurul Izzah Izzati
4:00PMTerjunMen’s 10m platform
Preliminary
Bertrand Rhodict Lises
10 Ogos11:20PMBasikal
Trek
Men’s Keirin
First Round
Azizulhasni Awang
Muhammad Shah Firdaus

*Ambil maklum bahawa jadual di bawah adalah hanya untuk pusingan awal bagi atlet Malaysia. Untuk senarai penuh jadual Sukan Olimpik 2024, layari di sini.

[RECAP] Sukan Olimpik Paris 2024

Kontinjen Malaysia pada edisi Olimpik Paris kali ini dibarisi oleh 26 orang atlet daripada 9 jenis sukan telah meraih 2 pingat gangsa menerusi Aaron Chia / Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki) dan Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki) dan sebanyak 3 rekod kebangsaan berjaya di pecahkan melalui Mohamad Aniq Kasdan, Dato’ Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati.

Pada masa yang sama 5 catatan terbaik peribadi telah dicatatkan oleh atlet negara melalui Syaqiera Mashayikh (Memanah), Muhammad Shah Firdaus (Berbasikal Trek), Dato’ Mohd Azizul Hasni Awang (Berbasikal Trek), Nurul Izzah Izzati (Berbasikal Trek) dan Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat).

TERIMA KASIH WIRA DAN WIRAWATI NEGARA!

Tonton Siaran Langsung

Berita baik! RTM merupakan Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 akan datang bermula 27 Julai – 12 Ogos 2024.

Anda boleh menonton siaran RTM secara percuma melalui televisyen atau pautan live streaming di RTMKlik secara langsung di https://paris2024.rtm.gov.my/utama

rtm live olimpik 2024

Semua maklumat jadual siaran langsung mahupun live streaming sukan Olimpik Paris 2024 membabitkan kontinjen atlet Malaysia yang bakal disiarkan melalui stesen penyiaran di Malaysia antaranya Sukan RTM, RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSports.

Bantu kami share artikel ini: