i-Saraan KWSP 2024: Pendaftaran, Semakan & Kelebihan

i-saraan kwsp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program i-Saraan KWSP diteruskan lagi untuk tahun 2024 dengan beberapa penambahbaikan!

Tahukah anda, kerajaan dan KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap termasuk suri rumah untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan?

@ecentral.my

Untuk yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, ini cara daftar i-Saraan KWSP secara online. Kalau rajin carum setiap bulan, boleh dapat insentif RM500 setahun! #kwspisaraan #isaraan #isaraankwsp #kwsp #bekerjasendiri #insentifkwsp

♬ Vlog opening cute pop(1297796) – KBYS



Lebih menarik lagi, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Jom kami kongsikan sepenuhnya tentang insentif ini.

Penambahbaikan i-Saraan KWSP 2024

Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyaksikan penambahbaikan penyaluran bantuan tunai apabila had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing ditingkatkan pada tahun 2024.

Untuk tahun 2024, had caruman bagi program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup

Perubahan jumlah insentif caruman padanan untuk program i-Saraan ini merupakan antara penambahbaikan strategik produk dan polisi yang memberi kesan terhadap memperkukuh masa depan persaraan dan jaminan pendapatan ahli KWSP.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2023, kerajaan telah menyumbang insentif caruman sepadan sebanyak 15% daripada jumlah caruman dengan had maksimum RM300 setahun kepada pencarum yang layak/memenuhi kriteria.

Bagi setengah tahun pertama 2023, insentif kerajaan sebanyak RM28 juta telah dikreditkan kepada 211,361 ahli di bawah program i-Saraan.

i-saraan kwsp 2024

Apakah i-Saraan KWSP?

Mungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.

Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.

Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:

  1. Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
  2. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  3. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
  4. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.

Faedah i-Saraan KWSP

  • Insentif Khas
    – Menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa.
    – Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​.
    – Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
  • Dividen Tahunan
    Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  • Bantuan Kematian
    Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  • Pelepasan Cukai
    Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP

Tiada perubahan kepada syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu:

  1. Mendaftar sebagai ahli KWSP
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 60 tahun ke bawah
  4. Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.

*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Pengasuh bayi
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

Baca juga : 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen

Cara Daftar & Saluran Pembayaran

Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.

Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:

LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP

Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member

ATAU

Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk pendaftaran i-Saraan.

i-saraan kwsp

LANGKAH 2: TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’

i-saraan kwsp

LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN

Jika berjaya, anda akan menerima notis seperti berikut:

i-saraan kwsp

LANGKAH 4 : BUAT CARUMAN

i-saraan kwsp

Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.

Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:

1. Perbankan Elektronik

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank

2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank

3. Ejen Bank Berdaftar

Ejen Bank (EB) BSN

4. Kaunter KWSP

Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum

Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 15% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,334 setahun.

Rujuk ilustrasi di bawah:

AhliJumlah Caruman
Terkumpul Tahun Semasa
Amaun
Insentif Khas
AhmadRM 1,000RM 150
BabaRM 3,334RM 500
KevinRM 5,000RM 500

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.

Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

Baca juga : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP

Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:

Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000

Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan 

ATAU

Borang Pertanyaan Online

ATAU

Rujuk pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut