Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon pengeluaran i-Sinar Kategori 2 akan menerima pembayaran interim iSinar sehingga RM1,000 bermula 26 Januari ini.
Pembayaran interim itu bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli terkesan Covid-19 dan bencana banjir, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Intipati Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021 (18 Januari).
Apakah interim iSinar dan adakah kita perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bayaran ini?
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan maklumat yang sahih menerusi laman web rasmi KWSP.
Apakah Interim iSinar?
Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.
Ahli perlu membuat pengisytiharan kendiri* mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas serta telah memuat naik dokumen sokongan secara dalam talian.
*Pengisytiharan kendiri bermaksud maklumat pengurangan pendapatan (pendapatan sebelum dan selepas pengurangan) yang dikunci masuk oleh ahli semasa membuat permohonan i-Sinar adalah BENAR dan BETUL berdasarkan dokumen sokongan yang sahih dimuat naik di i-Sinar Online.
Dokumen Yang Diperlukan
Anda perlu bersedia dengan dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan keseluruhan seperti;
- Slip/Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan;
Pendapatan tertinggi dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)
DAN
Slip/Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan;
Pendapatan bulan semasa atau satu bulan terdahulu (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)
DAN - Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;
ATAU - Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.
Baca juga: i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan
Tujuan Interim iSinar
Pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada Akaun 1 Ahli diberikan kepada Pemohon Kategori 2 sementara menunggu KWSP melengkapkan proses semakan permohonan tersebut.
Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli terutamanya mereka yang terkesan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan bencana alam di beberapa negeri.
Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim, KWSP memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar online.
Jumlah Bayaran Interim i-Sinar
Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).
TETAPI sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar dan tidak disokong dengan dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih, KWSP akan menghentikan pembayaran seterusnya.
Cara Pembayaran
Pembayaran interim akan dibuat mengikut kaedah pembayaran pilihan Ahli semasa permohonan i-Sinar, iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau secara Arahan Bayaran.
Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).
Contoh 1:
Ahli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000* dan memilih RM5,000 sebagai pembayaran pertama.
Jadual pembayaran bagi permohonan Fatimah adalah seperti berikut:
Amaun Pembayaran Interim | RM1,000 |
---|---|
Amaun Pembayaran Pertama | RM4,000 |
Amaun Pembayaran Kedua | RM1,000 |
Amaun Pembayaran Ketiga | RM1,000 |
Amaun Pembayaran Keempat | RM1,000 |
Amaun Pembayaran Kelima | RM1,000 |
Amaun Pembayaran Keenam | RM1,000 |
Jumlah Pembayaran Keseluruhan | RM10,000* |
Contoh 2:
Ahli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30%. Baki Akaun 1 Ali hanya RM800 dan boleh mengeluarkan RM700*.
Jadual pembayaran bagi permohonan Ali adalah seperti berikut:
Amaun Pembayaran Interim | RM700 |
---|---|
Amaun Pembayaran Pertama | Tiada |
Jumlah Pembayaran Keseluruhan | RM700 |
Baca juga:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.
Namun, sekiranya anda perlu hadir ke cawangan, pastikan buat Janji Temu Online (JTO).