Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin terhadap kesihatan Rakyat Selangor dan oleh itu, pada tahun 2024 kerajaan negeri telah memperkenalkan Program Iltizam Selangor Sihat.
Program Iltizam Selangor Sihat adalah penambahbaikan daripada Program Skim Insurans Peduli Sihat yang telah diperkenalkan pada tahun 2022.
Melalui program ini, kerajaan negeri mensasarkan seramai 100,000 pemohon dan keluarga berdaftar khusus kepada rakyat Selangor yang terutama kepada yang berpendapatan rendah (B40) bagi diamanfaatkan dari segi rawatan asas dan manfaat perlindungan.
Selain itu, program ini merangkumi manfaat rawatan asas di klinik-klinik berdaftar, termasuk vaksinasi terpilih, dan penambahan manfaat perlindungan yang boleh dimohon tuntut oleh ahli aktif/waris.
Syarat permohonan
Bagi memastikan hanya penduduk sasaran di Selangor yang benar-benar mendapat manfaat daripada program Iltizam Selangor Sihat, hanya individu yang memenuhi syarat-syarat utama di bawah akan dipertimbangkan untuk permohonan bagi program ini:
- Kategori Keluarga: Pendapatan isi rumah RM 3,000.00 dan mempunyai tanggungan berusia 21 tahun(pelajar) ke bawah.
- Kategori Individu: Pendapatan isi rumah RM 2,000.00 kebawah/Pemegang Kad OKU/Warga Emas (Umur 65 ke atas)
Syarat Lain: Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.
Manfaat kesihatan Iltizam Selangor Sihat 2024
Berikut merupakan senarai manfaat kesihatan yang akan diperoleh individu yang layak dalam program bantuan kesihatan ini:
Manfaat Asas
MANFAAT ASAS | Perincian |
---|---|
Rawatan Asas & Vaksinasi *Rawatan asas ini termasuk rawatan gigi di klinik gigi panel Iltizam Selangor Sihat (ISS) | RM500/setahun (Kategori Keluarga )RM250/setahun (Kategori Individu) |
Manfaat Hospitalisasi
Manfaat Baharu | Perincian |
---|---|
Manfaat Hospitalisasi | Had sebanyak RM10,000 sahaja (Pemohon utama sahaja) |
Manfaat Tambahan Perlindungan
Manfaat Perlindungan Pemohon Utama | |
---|---|
Kematian Semulajadi | RM5,000 sekali tuntutan sahaja |
Penyakit Kritikal | RM5,000 sekali tuntutan sahaja (tidak meliputi penyakit sedia ada) |
(Tertakluk pada terma dan syarat) |
Manfaat Perlindungan Keluarga Berdaftar | |
---|---|
Penyakit Kritikal | RM2,000 sekali tuntutan sahaja (tidak meliputi penyakit sedia ada) |
(Tertakluk pada terma dan syarat) |
BUTIRAN | Jumlah (RM) | |
---|---|---|
Had Tahunan Plan Kategori Keluarga | RM 500/Setahun | |
Had Tahunan Plan Individu | RM 250/Setahun | |
Had Gunaan Setiap Kali Rawatan | RM 70/Rawatan | |
Had Gunaan Suntikan Vaksinasi | Pneumococcal – RM 180 Meningococcal – RM 180 Typhoid – RM 80 Influenza – RM 80 Hepatitis B – RM 55 |
Dokumen Diperlukan
Individu yang berminat untuk memohon program Iltizam Selangor Sihat 2024 ini perlulah menyediakan dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah:
- Borang Permohonan Iltizam Selangor Sihat
- Salinan Slip gaji / pencen terkini / EA / KWSP/ Akuan Pendapatan
- Salinan K/P pemohon dan tanggungan (*anak bawah 21 tahun)(bagi permohonan kategori keluarga)
- Salinan kad OKU (Jika ada)
- Salinan SPR semakan Pemohon Utama
Artikel berkaitan: ILTIZAM Anak Selangor 2024: Semakan Status & Permohonan
Cara memohon Iltizam Selangor Sihat 2024
Berikut adalah cara-cara untuk memohon bantuan dalam program ini:
- Untuk permohonan baharu, sila muatnaik borang di https://www.iltizamselangorsihat.com/img/membership_registration_forms.pdf
- Menghantar Permohonan Lengkap ke Pejabat ADUN/ Pejabat Penyelaras ADUN berdekatan. Senarai pejabat boleh dirujuk di https://www.iltizamselangorsihat.com/img/DUN_LIST.pdf
Semakan permohonan
Sekiranya anda telah memohon bagi ini, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan cara berikut:
- Layari laman web rasmi program Iltizam Selangor Sihat 2024 di https://www.iltizamselangorsihat.com/kelayakan.html
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Klik butang “Semak”
- Keputusan permohonan anda akan dipaparkan
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat panggilan 24 jam program Iltizam Selangor Sihat 2024 di 1-800-22-6600