Iltizam Selangor Penyayang – 46 Program & Syarat Kelayakan

Iltizam Selangor Penyayang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pelaksanaan Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) telah bermula pada tahun 2022.

Sebanyak 46 program ISP telah disenaraikan sebagai program kebajikan dan bantuan yang telah memberikan manfaat kepada rakyat di Selangor meliputi semua lapisan masyarakat dan umur.

Artikel pada kali ini kami akan menyenaraikan ke semua 46 program Iltizam Selangor Penyayang dan syarat-syarat kelayakannya untuk anda memohon.

Baca juga:

Senarai Program Iltizam Selangor Penyayang

Berikut adalah senarai 46 Program Iltizam Selangor Penyayang dan syarat kelayakannya:

ILTIZAM PEMBERDAYAAN RAKYAT SELANGOR

1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Pemberian RM300 Setiap Bulan – Barangan asas serta barangan persekolahan dan pendidikan melalui penggunaan e-wallet SELANGKAH.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia dan pemastautin Negeri Selangor.
    • Pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan dan ke bawah.
    • Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun dan ke bawah.
Iltizam Selangor Penyayang

2. Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Pemberian Rebat Air PERCUMA 20 Meter pada setiap bulan.

  • Syarat-syarat:
    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
    • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
    • Premis kediaman adalah meter individu.
    • Lahir di Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun.
Iltizam Selangor Penyayang

3. Jom Shopping Perayaan

Pemberian baucar RM200 Kepada Golongan B40 – Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali.

  • Syarat-syarat:
    • Masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali.
    • Pendapatan penerima seisi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    • Pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor).
    • Bukan penerima manfaat program BINGKAS.
Iltizam Selangor Penyayang

*Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pusat Khidmat DUN

4. Dana Bantuan Guaman Selangor

Pemberian Subsidi RM3,000 perkhidmatan bagi kes – Kekeluargaan (Pencerian, Hak Jagaan Kanak-Kanak), Pekerjaan (Akta Kerja 1955), Syariah

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia dan pemastautin Negeri Selangor.
    • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah.
Iltizam Selangor Penyayang

*Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pusat Khidmat DUN

5. Skim Mesra

Pemberian RM150 (Baucar beli-belah) dan RM500 (Khairat kematian)

  • Syarat-syarat Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    • Berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Menetap dan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  • Syarat-syarat Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS)
    • Pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menetap di Selangor.
    • Tiada had umur.
Iltizam Selangor Penyayang

*Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (permohonan dalam tempoh 6 bulan dan tarikh kematian)

6. Pusat Kehidupan Berdikari (ILSC)

Insentif peluang pembelajaran dan pekerjaan kepada Belia OKU – Latihan kemahiran dan persediaan alam pekerjaan & Latihan sukarelawan dan majikan bagi bantu OKU di tempat kerja.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia.
    • Semua Anak-Anak Istimewa di Negeri Selangor.
    • Pemegang Kad OKU JKM.
    • Berumur 17-25 tahun.
Iltizam Selangor Penyayang

7. Inisiatif Roda Darul Ehsan

Pemberaian Subsidi RM500 & Caruman KWSP RM50 – Golongan belia yang terlibat secara sepenuh masa dengan industri penghantaran makanan atau barangan bermotor (P-Hailing).

  • Syarat-syarat:
    • Terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun.
    • Berumur antara 17-40 tahun.
    • Mempunyai Lesen Memandu B2 yang sah.
    • Bekerja sepenuh masa sebagai “Ride” dengan syaraikat P-Hailing yang sah seperti Foodpand / Grabfood / Lalamove dan lain-lain.
Iltizam Selangor Penyayang

8. Jelajah Ehsan Rakyat

Jualan 6 Barangan Keperluan harian yang murah di bawah harga pasaran – Ayam, ikan, daging, telur ayam, beras, minyak masak.

  • Syarat-syarat:
    • Rakyat di Negeri Selangor.
Iltizam Selangor Penyayang

9. Pengecualian Cukai Pintu

Pemberian Pengecualian Cukai Taksiran yang dikenakan kepada pemilik pegangan di kampung dan kediaman kos rendah bagi mengatasi masalah tunggakan hasil melibatkan kediaman kos rendah bagi kategori yang tepa ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan kediaman kampung.

  • Syarat-syarat:
    • Pemilik rumah kos rendah.
    • Pemilik rumah kampung merangkumi Kampung Tradisi dan Kampung Baru Cina.
Iltizam Selangor Penyayang

*Pengecualian diberi secara terus oleh PBT tanpa melalui permohonan

10. Pengecualian Fi Lesen Penjaja

Pemberian Pengecualian Fi Lesen melibatkan semua bayaran fi lesen perniagaan untuk penjaja dan peniaga kecil di kawasan PBT Negeri Selangor.

  • Syarat-syarat:
    • Penjaja dan peniaga kecil di kawasan PBT.
    • Penjaja kategori gerai majlis, pasar malam, pasar majlis, kiosk majlis, pondok bas, penjaja, pasar malam, pasar pagi, pasar swasta, dan permit penjaja sementara.
Iltizam Selangor Penyayang

*Pengecualian akan diberikan setelah permohonan lesen diluluskan oleh PBT

11. Selangor “Mobility”

Selangor Mobility merupakan sebuah sistem pengangkutan awam bersepadu yang menggabungkan semua aspek pengangkutan di bawah satu bumbung, dan dipandu dengan penganalisaan data, yang tidak akan hanya memfokuskan mod pengangkutan sematamata, tetapi melibatkan keterangkuman semua aspek di dalam satu ekosistem yang turut melibatkan infrastruktur lain untuk memenuhi aspek ‘First Mile Last Mile’.

  • Mod Pengangkutan – Bas, rel, teksi
  • E-Hailing
  • Infrastruktur Lain – Perhentan bas, hub pengangkutan awam, mikromobiliti, E-scooter, laluan pejalan kaki (dalam usaha Kerajaan Negeri)
Iltizam Selangor Penyayang

ILTIZAM KESIHATAN SELANGOR

1. Iltizam Selangor Sihat

Program Perkhidmatan Rawatan Asas termasuk vaksinasi dan manfaat tambahan – RM500 (keluarga) & RM250 (individu).

  • Syarat-syarat:
    • Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke bawah (keluarga).
    • Berpendapatan RM2,000 ke bawah (individu & warga emas/OKU).
Iltizam Selangor Penyayang

2. Skim Rawatan Jantung

Bantuan Kos Rawatan Jantung Sehingga RM50,000.

  • Syarat-syarat:
    • B40 (Penerima ISS) dan M40 (had pendapatan RM8,000).
    • Warganegara Malaysia dan lahir atau bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
Iltizam Selangor Penyayang

3. Rawatan Tuberculosis (TIBI)

Bantuan kewangan sehingga RM800 (Pesakit Tibi) galakan menerima bantuan secara berterusan.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri Selangor.
    • Mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam/swasta yang berdaftar d negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
    • Sedang mendapatkan rawatan secara aktif.
Iltizam Selangor Penyayang

4. Bantuan Sihat Selangor

Bantuan kewangan bagi penyakit berkaitan – Dialisis, alatan perubatan, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu, dan lain-lain.

  • Syarat-syarat:
    • Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke atas bawah.
    • Rakyat Negeri Selangor atau pemastautin 10 tahun ke atas.
Iltizam Selangor Penyayang

5. Pemeriksaan Kesihatan Mata

Program Pemeriksaan Kesihatan Mata PERCUMA kepada pemohon yang layak.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia.
    • Pemilih berdaftar negeri Selangor.
    • Lahir di negeri Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun.

6. Nutrisi Makanan Kanak-Kanak (Anak Selangor Anak Sihat)

Program Bantuan Nutrisi Kanak-Kanak berumur 5 tahun dan ke bawah – Mengalami masalah kekurangan Zat Makanan (KZM).

  • Syarat-syarat:
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah yang mengalami masalah Kekurangan Zat Makanan (KZM) terutama di kawasan bandar dalam kalangan B40.
    • Kanak-kanak dipiih berdasarkan kelayakan oleh Agensi Pelaksana bersama Ketua Komuniti Setempat.

7. Selangor Mental Sihat (SEHAT)

Program untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai kepentingan Penjagaan Kesihatan Mental dan pemberian subsidi bagi bantuan psikiatri.

  • Syarat-syarat:
    • Warga Selangor yang mengalami masalah berkaitan kesihatan mental atau memerlukan khidmat pakar berkaitan kesihatan mental.

8. Saring Selangor

Program Saringan Kesihatan secara PERCUMA di semua 56 DUN – Tekanan darah, air kencing, kandungan gula, gigi, telinga, fisioterapi.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia.
    • Terbuka kepada semua penduduk di negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas.
    • Pemilih berdaftar negeri Selangor.
    • Lahir di negeri Selangor atau bermaustatin sekurangnya 10 tahun.

9. Ujian Saringan Selangor Kanser (SELCAN)

Program Saringan Kanser secara PERCUMA di semua 56 DUN – Mammogram, prostat, kolorektral, dan pangkal rahim.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia.
    • Terbuka kepada semua penduduk di negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi.
    • Lahir di Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun.

10. Skim Kesihatan Wanita Selangor

Program Pemeriksaan secara PERCUMA kepada wanita berumur 50 tahun ke atas – Mammogram, Ultrasound, Biopsi.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia dan rakyat Selangor.
    • Pemastautin lebih daripada 10 tahun.
    • Wanita berumur 50 tahun ke atas.

11. Skim Insurans AM Selangor (INSAN)

Perlindungan Insurans Takaful [Polisi berkuatkausa dari 3 Ogos 2024 sehingga 3 Ogos 2025]- Melibatkan kematian (RM11,000), Melibatkan kematian di luar (RM21,000), Melibatkan hilang upaya kekal (RM10,000) & Kemasukan wad sehingga 30 hari (RM50/hari).

  • Syarat-syarat:
    • Lahir di negeri Selangor.
    • Kad Pengenalan beralamat di Selangor.
    • Pengundi Berdaftar Selangor.

ILTIZAM PENDIDIKAN SELANGOR

1. Pusat Tuisyen Rakyat Selangor

Memberi bimbingan Kelas Tambahan secara PERCUMA di atas talian (online) kepada pelajar sekolah menengah harian di seluruh Negeri Selangor.

  • Syarat-syarat:
    • Pelajar golongan B40 yang bakal menduduki; Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM.

2. Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Memberikan Bantuan Kewangan – Membaik pulih bangunan sekolah dan membaiki infrastruktur sekolah.

  • Sekolah Layak Memohon:
    • Sekolah Agama Rakyat
    • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
    • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
    • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
    • Sekolah Persendirian Menengah Cina
    • Maahad Integrasi Tahfiz Sains
    • Sekolah Kebangsaan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan

3. Peduli Siswa

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor untuk membantu pelajar-pelajar kelahiran Negeri Selangor (IPTA & IPTS) – Biasiswa dan pinjaman tanpa faedah.

  • Syarat-syarat:
    • Pemohon serta ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
    • Pemohon, ibu atau bapa lahir di negeri Selangor.
    • Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh 10 tahun di Selangor.
    • Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Perubatan.

4. Iltizam Mahasiswa Selangor (HPIPT)

Pemberian Insentif RM1,000 – Anak-anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke IPT/IPTS ke peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

  • Syarat-syarat:
    • Pemohon atau ibu atau bapa merupakan kelahiran Selangor.
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun.
    • Pemohon mestilah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Pemohon adalah pelajar TAHUN PERTAMA sahaja.
    • Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.

5. Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)

Bantuan Yuran Asas RM500 setiap semester akademik dan maksimum dua (2) semester setahun – Penajaan yuran merangkumi Yuran Perpustakaan, Yuran Makmal, Yuran Teknologi Maklumat, Yuran Kesihatan dan Yuran Aktiviti Pelajar.

  • Syarat-Syarat:
    • Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara, lahir di Selangor dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun.
    • Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah mendaftar dengan UNISEL dan UIS dan pengesahan dari BHEP IPT.
    • Pemohon mengikuti pengajian bagi semester biasa, bukan dalam lanjutan tempoh pengajian.

6. Iltizam Pendidikan Fardhu Ain

Pemberian subsidi yuran KAFA RM30 sebulan – Murid KAFAI dalam keluarga golongan B40.

  • Syarat-syarat:
    • Murid-murid B40 KAFAI di negeri Selangor

*Pemohon boleh dibuat melalui institusi KAFA Integrasi Negeri Selangor

7. Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)

Program Pinjaman Komputer “Refurbished” yang bertujuan membantu pengguna yang kurang berkemampuan untuk mengadakan sudut pembelajaran di rumah.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia.
    • Pemohon menetap di Selangor.
    • Pemohon dari keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang RM8,000 sebulan.
    • Pinjaman set Desktop kepada peminjam yang masih bersekolah dengan tempoh pinjaman maksimum 180 hari.

8. Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor

Program Latihan Kemahiran Teknikal yang memberi fokus kepada pemerkasaan dan kebolehpasaran sumber tenaga manusia seiring

  • Syarat-syarat:
    • Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia. Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
    • Pemohon telah bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Selangor.
    • Berumur daripada 16 tahun hingga 21 tahun sahaja.
    • Penajaan pelajar / pelatih akan memberi keutamaan kepada kategori keluarga berpendapatan B40 dan M40, lepasan SPM / Tahfiz.

ILTIZAM PERUMAHAN SELANGOR

1. Skim Selangorku To Onwership atau S2-OWN

Pembinaan Rumah Selangorku Jenis A – Penempatan penyelesaian setinggan PJS 1 di Pangsapuri Rimariang.

  • Syarat-syarat:
    • Melibatkan 249 setinggan.
    • Tiada proses permohonan kerana pemilik telah dikenalpasti di kawasan setinggan terpilih.

2. Skim Rumah Selangorku

Menawarkan kepada orang awam untuk memiliki kediaman mampu milik pada harga berpatutan terutamanya kepada pembeli pertama yang masih belum memiliki kediaman di Negeri Selangor.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
    • Pendapatan isi rumah hingga RM14,500 sebulan mengikut pilihan jenis Rumah Selangorku.
    • Pemohon tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman komersial.
    • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Penyerahan Kunci (V.P) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

3. Skim Smart Sewa

Manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran. Penyewa mendapat pulangan 30% selepas menyewa dalam tempoh minima 2 tahun dan maksima 5 tahun. Penyewa diberikan keutamaan tawaran Rumah Selangorku selepas tidak menduduki kediaman tersebut dengan memenuhi kelayakan.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia, suami / isteri tingga / bekerja di Selangor.
    • Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
    • Pendapatan seisi keluarga:
      • Kurang RM5,000 sebulan – permohonan sewa Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
      • Kurang RM15,000 sebulan (RM10,000 keutamaan) permohonan Jenis B, C dan D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah dan ke bawah.

4. Skim 2STAY

Ditawarkan kepada penyewa sedia ada di Skim Smart Sewa khususnya golongan B40 yang gagal mendapatkan unit rumah yang diperoleh secara PERCUMA / KONTRAK daripada pemaju – Pembiayaan, kurang berkemampuan, belum mempunyai kediaman.

  • Syarat-syarat:
    • Skim ini akan ditawarkan kepada pemohon yang telah memenuhi syarat kelayakan di bawah Skim Smart Sewa iaitu tempoh sewaan sehingga 5 tahun sebelum layak memohon ke Skim “Smart Sewa To Ownership” (2STAY).

5. Skim Ceria

Bantuan baik pulih fizikal bangunan kepada pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah yang terdiri daripada bantuan baikpulih bumbung, tangki air dan retikulasi, mengecat, infrastruktur dan kemudahan awam, paip sanitari dan pagar.

  • Syarat-syarat:
    • Pangsapuri Kos Rendah & Pangsapuri Kos Sederhana Rendah yang mempunyai Badan Pengurusan serta kutipan penyenggaraan yang baik.

6. Insurans Pangsapuri Kos Rendah

Polisi perlindungan – Bencana alam, kerosakan bangunan, sebagainya melibatkan Pangsapuri Kos Rendah di Negeri Selangor.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor.
    • Melibatkan 52 pangsapuri kos rendah.

*Permohonan tertutup dari COB

7. Program Bina Baru & Baikpulih Rumah Kerajaan Prihatin

Inisiatif / bantuan – Bina Rumah Baharu (yang daif dan tidak selamat didiami) & Baikpulih Rumah (bahagian yang mengalami kerosakan dengan kos tidak melebihi RM20,000).

  • Syarat-syarat:
    • Lahir di Selangor atau pemastautin 10 tahun ke atas.
    • Berusia 45 hingga 75 tahun, kecuali OKU.
    • Pendapatan isi rumah di bawah RM1,500.00 sebulan.
    • Rumah pemohon berada di kawasan kampung tradisi / kampung baru yang berada di atas tanah milik sendiri.

*Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah & Tanah berdekatan

ILTIZAM KEUSAHAWANAN SELANGOR

1. Skim Hijrah Selangor

Pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM50,000 Usahawan Negeri Selangor dengan tempoh pembiayaan lima (5) tahun.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia, lahir / bermastautin / mengundi di Selangor.
    • Berusia 18 hingga 65 tahun.
    • Perniagaan beroperasi minimum 1 tahun.
    • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana pihak.

2. Dana Usahawan MADANI Selangor

Had nilai bantuan sehingga RM30,000 berbentuk peralatan – Ushawan mikro, kecil & sederhana di Negeri Selangor.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun.
    • Had umur adalah di antara 18-60 tahun.
    • Perusahaan di bawah kategori Mikro, Kecil atau Sederhana.
    • Perusahaan merentasi semua sektor termasuk sektor Industri Kreatif.
    • Perusahaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.

*Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah & Tanah berdekatan

3. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor

Pemberian bantuan berbentuk mesin / peralatan – Usahawan kecil.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun).
    • Pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
    • Telah memulakan perniagaan / perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun.

4. Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor

Pemberian bantuan RM10,000 berbentuk mesin / peralatan – Usahawan kecil masyarakat India.

  • Syarat-syarat:
    • Warganegara Malaysia dan pemastautin Selangor.
    • Pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
    • Usahawan kecil masyarakat India yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.

*Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di alamat tersebut; Lot G45, Bangunan IDCC, Shah Alam

5. Iltizam Anak Istimewa Selangor

Inisiatif-inisiatif untuk golongan ISTIMEWA bagi meringankan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup. Jenis Bantuan – Pendidikan (RM1,000), ubat / makanan tambahan (hingga RM1,200) dan pembelian mesin / perubatan (hingga RM5,000)

  • Syarat-syarat:
    • Pemohon dan penerima adalah warganegara Malaysia dan pengundi di Selangor.
    • Penerima di bawah umur 18 tahun dan pemegang kad OKU dari JKM.
    • Keutamaan kepada PERMOHONAN KALI PERTAMA.

ILTIZAM MESRA ANAK SELANGOR

1. Iltizam Anak Selangor

Setiap permohonan yang berjaya – Akaun simpanan SSPN Prime, menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2022. Wang tabungan hanya boleh dikeluarkan setelah umur anak mencapai 18 tahun ke atas.

  • Syarat-syarat:
    • Terbuka kepada anak kelahiran tahun 2022 / lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
    • Ibu atau bapa yang berumur 18 tahun ke atas, menetap dan mengundi di Selangor.

2. Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Bantuan yuran taska RM100 sebulan bagi anak di bawah umur 4 tahun.

  • Syarat-syarat:
    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
    • Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 ke bawah (suami dan isteri bekerja).
    • Anak berumur 4 tahun dan ke bawah.
    • Terhad kepada 2 orang anak 1 keluarga.
    • Taska berdaftar dengan JKM.

3. Skim Bantuan Tadika Selangor

Bantuan yuran tadika RM50 sebulan untuk anak berumur 5 & 6 tahun.

  • Syarat-syarat:
    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
    • Pemohon mestilah sama ada iaitu ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
    • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
    • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
    • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
    • Terhad 2 orang anak 1 keluarga.

4. Iltizam Penjagaan & Pendidikan Kanak-Kanak Selangor

Kursus pengasuhan kanak-kanak buat wanita yang mengasuh di rumah.

  • Syarat-syarat:
    • Wanita berumur 18 tahun ke atas.
    • Pengundi dan menetap di Selangor.
    • Sedang mengasuh di Selangor.
    • Minima 1 tahun pengalaman mengasuh di rumah.

Senarai Program Iltizam Selangor Penyayang juga boleh dimuat turun dalam format PDF melalui pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut terkini berkenaan dengan Iltizam Selangor Penyayang, anda boleh rujuk pada pautan portal berikut: https://www.selangorpenyayang.com/

Atau boleh juga ikuti laman sosial Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari seperti di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut