idMe KPM – Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 & Semakan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Panduan Login & Penggunaan Sistem Pengurusan IDentiti KPM (idMe)

Sistem Pengurusan IDentiti (IdMe) akan menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.

@ecentral.my

Nak daftar anak tahun 1 untuk sesi 2025/2026? Buat cepat sebelum 30 Jun 2024 ni. Risau cicir pulak nanti kalau terlambat. #tahun1 #pendaftarantahun1 #pendaftarantahun12025 #idme #darjah1 #darjah12025

♬ original sound – eCentral – eCentral

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk mementukan kebolehcapaian modul dalam sistem.

Komponen ini adalah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.  

Ikuti perkongsian berikut untuk mengetahui cara pengunaan sistem idMe serta panduan video mudah oleh KPM untuk rujukan.

Baca Juga : Hari Guru 2025: Tarikh & Sejarah Sambutan di Malaysia

Apakah Itu IdMe?

Tahukah anda apa itu idMe?

idMe adalah Sistem Pengurusan IDentiti, idMe merupakan Pintu Gerbang untuk log masuk Modul-modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Sistem apa yang boleh diakses melalui idMe?

  1. Pengurusan Awam
  2. Pengurusan Murid
  3. Pengurusan Institusi
  4. Pengurusan Pentaksiran
  5. Pengurusan Guru
  6. Penubuhan dan Pendaftaran Institusi
idme kpm

Cara Login idMe Untuk Guru

Cara Daftar Masuk idMe

  1. Google link https://idme.moe.gov.my/login
  2. KLIK [daftar baru]
  3. Lengkapkan semua data pengguna anda
    • * email guna email yang aktif/DELIMA
  4. Klik butang Saya bukan robot
  5. Masukkan Captcha yang diberikan
  6. Klik DAFTAR
  7. Keluar [Pengguna berjaya didaftarkan Sila semak email untuk dapatkan kata laluan anda
  8. Klik pada email Pentadbir idME
  9. Snip Maklumat kata laluan anda dan SAVE
  10. KLIK PAUTAN PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA
  11. MASUKKAN SEMULA NO IC DI MUKA DEPAN idME
  12. KLIK DAFTAR MASUK
  13. SEMAK KATA KUNCI DAN KLIK YA
  14. MASUKKAN KATA LALUAN YANG SNIP
  15. KLIK DAFTAR TERUS MASUK DASHBOARD idME
  16. Hasilkan kata laluan anda yg baru
  17. Klik submit
  18. Daftar masuk semula dengan kata laluan baru cikgu
  19. Klik dashboard dan klik aplikasi untuk melihat [website]
idme kpm

TERKINI – Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026

Pendaftaran Tahun 1/PPKI bagi sesi persekolahan 2026 boleh dibuat mulai 1 Mac 2025 (Sabtu) melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe) di pautan berikut – https://idme.moe.gov.my/login.

Kanak-kanak berikut layak untuk memohon:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia.
  • Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2019 sehingga 1 Januari 2020.

Cara Login & Daftar idMe Untuk Ibu Bapa (Pendaftaran Tahun 1)

  1. Untuk pengguna baharu yang belum mempunyai akaun, Klik Daftar Baru.
  2. Isikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi.
  3. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.
  4. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.
Sistem Pengurusan IDentiti

Nota : Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM

Langkah Pendaftaran Darjah 1 untuk sesi 2026

Ramai yang tidak tahu cara untuk daftar anak mereka untuk kemasukan Darjah 1 sesi 2026

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • • Maklumat murid
    • • Maklumat kesihatan
    • • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
  16. Sila *CETAK* dan *SERAHKAN BORANG* beserta dokumen lengkap ke sekolah dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan
    • Sijil lahir & MyKid anak
    • Bil utiliti rumah kediaman sekarang
    • Mykad Ibu
    • Mykad Bapa
    • Surat Nikah
idme
idme
idme
idme
idme
pendaftaran tahun 1 online idme kpm
idme
idme
idme

Cara Tukar Kata Laluan

Sekiranya anda lupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan.

  1. Seterusnya, masukkan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan.
  2. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.
  3. Anda akan mendapat e-mel untuk penetapan semula kata laluan. Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
  4. Semestinya masukkan maklumat e-mel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
  5. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” untuk teruskan proses.
Sistem Pengurusan IDentiti idme kpm

Panduan Video idMe / MOIES

Pengenalan Sistem idMe

Manual Pengguna Tetapan Kelas :

Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Peristiwa :

Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Gantian :

Manual Pengguna Pengesahan Bulanan :

Manual Pengguna Selenggara Kurikulum Institusi :

Manual Pengguna Kehadiran Murid :

FULL PLAYLIST : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmD1mchJt7tWa3SsydR8Q6CmOp6E04y7W

Muat Turun Panduan Penuh (PDF)

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini :

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

No. Tel : 03-88843501

No. Fax : 03-88895244

Email : [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut