Iddah Bercerai: Panduan Pengiraan Tempoh ‘iddah Untuk Wanita Bercerai

Iddah Bercerai: Panduan Tempoh ‘iddah Untuk Wanita

Tempoh ‘iddah adalah suatu masa yang penting bagi wanita Islam yang telah bercerai. Ia bukan sahaja membolehkan mereka untuk menyelesaikan urusan peribadi, tetapi juga memberi ruang untuk pemulihan emosi dan rohani. 

Dalam artikel ini, berikut dikongsikan mengenai pengertian, hukum, serta panduan mengenai tempoh ‘iddah bagi wanita yang bercerai dalam Islam.

BACA JUGA: Senarai Nafkah Wajib Suami Untuk Isteri & Anak-anak (JAKIM)

Pengertian Iddah

Iddah Bercerai: Panduan Pengiraan Tempoh 'iddah Untuk Wanita Bercerai

‘Iddah secara literalnya bermaksud tempoh menunggu. Dalam konteks perkahwinan Islam, ‘iddah merujuk kepada tempoh menunggu yang ditetapkan bagi wanita yang telah bercerai atau menjadi balu sebelum mereka dibenarkan untuk berkahwin semula. 

Tujuan utama ‘iddah adalah untuk memastikan keabsahan status kehamilan dan memberi peluang bagi penyelesaian hukum serta emosi.

 Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan  menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Hukum Iddah

Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.

Jenis dan Tempoh Iddah 

Merujuk kepada laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),iddah terbahagi kepada terdapat dua; `iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami.   

Setiap jenis `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang perlu ditempuh sama ada panjang atau pendek. Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

1. `Iddah dengan kiraan suci (quru)

2. `Iddah dengan kiraan bulan; dan

3. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.

Iddah Bercerai: Panduan Pengiraan Tempoh 'iddah Untuk Wanita Bercerai

Panduan Tempoh ‘iddah untuk Wanita yang Bercerai

Berikut dikongsikan panduan tempoh ‘iddah untuk wanita yang bercerai. Sila rujuk jadual di bawah: 

BIL JENIS `IDDAHADA HAID / TIADA HAID/SEDANG MENGANDUNGTEMPOH `IDDAHKETERANGAN
i.Bercerai talak raj`ie/bainAda haidTiga kali sucia. Jika ditalak semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.
B. Jika ditalak semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
c.Jika ditalak semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat  apabila datang haid yang keempat.
ii.Bercerai talak raj`ie/bainTiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain)Tiga bulan 
iii.Bercerai talak raj`ie/bainSedang mengandungSehingga bersalin atau kandungan gugurSelesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang  menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
iv.Bercerai talak raj`ie/bain dan belum pernah disetubuhi Ada haid atau tiada haidTiada `iddah     
v.Bercerai talak raj`ie/bain dan menghidap istihadhaha.  Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya. 




b.  Haid tidak menentu dan tidak  mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah.
Tiga kali suci         




Tiga bulan        
 

NOTA: 

Talak Ada dua jenis iaitu:

1.  Talak RAJ’IE: Talak satu atau dua yang dilafazkan oleh suami. Suami BOLEH rujuk isterinya dalam tempoh iddah tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru.

2.  Talak BAIN: Talak yang TIDAK BOLEH dirujuk oleh suami, namun isteri itu boleh dinikahi kembali dengan AKAD dan MAS KAHWIN yang BARU. 

Talak bain terbahagi kepada dua, iaitu talak bain sughra dan talak bain kubra:

  • Talaq bain sughra (kecil):  Apabila suami menceraikan isteri dengan talak raj’ie samaada satu atau dua kemudian tidak rujuk hingga tamat tempoh iddah. Begitu juga penceraian yang berlaku sebelum persetubuhan, penceraian dengan sebab ila’ (bersumpah tidak mahu mengetubuhi isteri), fasakh dan khulu’ (tebus talaq) dan suami atau isteri yang murtad.
  • Talaq bain kubra(besar): Talak 3 yang dilafazkan dengan satu lafaz atau talak raj’ie yang telah berlaku sebanyak 3 kali. Apabila terjatuhnya talak TIGA, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya melainkan setelah memenuhi SYARAT-SYARAT berikut:

a. Setelah iddah isteri selesai.

b. Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

c. Suami yang baru menyetubuhi bekas isteri itu.

d. Suami yang baru menceraikan bekas isteri.

e. Selesai iddah setelah bercerai dari suami baru.

Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Bercerai

Merujuk kepada laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, panduan kiraan tempoh iddah 3 kali suci bagi wanita yang haidnya teratur dan datang setiap bulan berdasarkan jadual berikut :

Iddah Bercerai: Panduan Pengiraan Tempoh 'iddah Untuk Wanita Bercerai

Kiraan tempoh idah akan bermula setelah lafaz talak dijatuhkan ketika isteri dalam keadaan suci. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحۡصُواْ ٱلۡعِدَّةَۖ

Maksudnya:” Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) – hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya”

Surah Al- Talaq, 1

Rujuk contoh pengiraan di bawah:

Iddah Bercerai: Panduan Pengiraan Tempoh 'iddah Untuk Wanita Bercerai

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh Iddah (Talak Raj`ie)

1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan. 

3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami. 

4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Namun mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda. 

5. Tidak boleh berkabung.  Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh Iddah (Talak Bain)

1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan. 

3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.  Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam.  Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini keluar rumah tanpa keperluan yang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan.  Ini kerana sepanjang tempoh `iddah dengan talak bain bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat tinggalnya dan dilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan.  Namun sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir tanah runtuh gempa bumi dan sebagainya mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi. 

5. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiat dan kerosakan serta membawa kepada fitnah.

Hikmah Iddah Bercerai

1. Keselamatan Emosi dan Rohani

Tempoh ‘iddah memberi ruang kepada wanita yang baru sahaja bercerai untuk menenangkan emosi dan menjalani proses pemulihan secara rohani. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menguruskan perasaan sedih dan kecewa akibat perceraian, serta merencanakan langkah seterusnya dengan lebih tenang dan jelas.

2. Peluang Penyelesaian Harta dan Urusan Kewangan

Selama tempoh ‘iddah, wanita yang bercerai mempunyai masa untuk menyelesaikan urusan kewangan bersama dengan bekas suami. Ini termasuk pemisahan harta bersama, penyelesaian nafkah, dan pembahagian harta pusaka (jika ada). Tempoh ‘iddah memastikan bahawa proses ini dilakukan dengan adil dan setimpal.

3. Memelihara Nasab Keturunan

Bagi wanita yang bercerai, ‘iddah menetapkan suatu tempoh di mana mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin semula. Ini memastikan bahawa jika sebarang kehamilan adalah hasil daripada perkahwinan sebelumnya, status kehamilan tersebut dapat ditentukan dengan jelas.

Sumber:

  1. IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-773: PANDUAN KIRAAN TEMPOH IDAH – Mufti Wilayah Persekutuan.
  2. Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami – JAKIM
  3. Facebook Peguam Syarie Nurain
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!