Perhatian bagi bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda boleh memohon bantuan i-Bita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
iBita adalah sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
BANTUAN IBITA PENANG: PENDAFTARAN PELAJAR KE IPT BAGI TAHUN 2024
Permohonan atas talian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBita) dibuka mulai 1 Julai sehingga 31 Julai 2024 bagi sesi kemasukan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Bagi pelajar yang menerima surat tawaran ke IPT bermula pada bulan Oktober 2023 hingga Julai 2024 boleh mengisi borang permohonan dalam talian tersebut.
Jumlah Bantuan IPT Pulau Pinang
Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Universiti di Semenanjung: RM 1,000
- Universiti Sabah/Sarawak: RM 1,200
- Politeknik Malaysia: RM 300
Syarat-syarat Permohonan Bantuan IPT Pulau Pinang
Syarat-syarat permohonan Bantuan Pelajar ke IPT oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang (iBita) adalah seperti berikut:
- Pendapatan isi rumah (gaji pokok sahaja termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00.
- Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
- Pelajar hanya layak ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa sahaja yang layak memohon.
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajaran.
Senarai Nama IPT / Kolej Yang Boleh Memohon
i. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
- UNIVERSITI MALAYA (UM)
- UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
- UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
- UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
- UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
- UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
- UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
- UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
- UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
- UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
- UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
- UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
- UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
- UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
- UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
- UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
- UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
ii. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
- UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
- UNIVERSITI AIMST (AIMST)
- KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
- KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
- MSU COLLEGE PENANG
iii. Politeknik
- POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
- POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
- POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
- POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
- POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
- POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
- POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
- POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
- POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
- POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
- POLITEKNIK BESUT (PBT)
- POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
- POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
- POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
- POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
- POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
- POLITEKNIK MELAKA (PMK)
- POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
- POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
- POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
- POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
- POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
- POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
- POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
- POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
- POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
- POLITEKNIK JELI (PJK)
- POLITEKNIK NILAI (PNS)
- POLITEKNIK BANTING (PBS)
- POLITEKNIK MERSING (PMJ)
- POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
- POLITEKNIK TAWAU (PTS)
- POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
- POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
- POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
- POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)
Cara Permohonan Bantuan iBita
Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan Bantuan iBita.
1. Layari Laman Web i-Bita
Layari laman web berikut:
2. Lengkapkan Borang Permohonan / Pendaftaran Online
Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian.
3. Hantar Borang Manual & Dokumen Sokongan Ke PDT
Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.
4. Dokumen Yang Diperlukan
Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal i-BITA :
- Salinan surat tawaran ke IPT.
- Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
- Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan).
- Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.
*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.
NOTA:
- Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.
- Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Pemohon boleh terdiri daripada pelajar, ibu, bapa, penjaga.
- Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad.
- Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti yang disenaraikan di atas sahaja yang layak memohon.
5. Semakan Status Permohonan
Pemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS.
Semakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup.
Kemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut.
Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Johor (YPJ) 2024
Maklumat Lanjut
Pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal I-BITA:
Kemukakan nombor kad pengenalan atau menghubungi Pentadbiran di talian berikut :
Bahagian/ Daerah | DBD | DTL | SPU | SPS | SPT |
Nama Pegawai | 1.Noor Mahdini Izzatie binti Mohd Sabri 2.Nor Haslina binti Ishak 3.Mohd Idris bin Ismal Dennie 4.Nurul Syahirah binti Mohd Sakir | 1. Siti Mariam 2.Nur Syahira binti Badri 3.Najiha Nabila Binti Yusree | 1.Nor Zurina binti Abdullah 2.Haslyn Binti Hassan 3.Noor Faezah binti Adenan | 1.Aida Sofiah Bt Rusmahini 2.Rozaid bin Ali | 1.Nur Amira binti Azmi 2.Hilmi bin Mohd Yusof |
No Tel | 04-8689428/429 04-8689431/432 | 04-6505528 04-6505533 | 04-5776505 04-5776515 04-5776500 | 04-5857800 | 04-5488818 04-5488814 |
Alamat | Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang | Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau Pinang Tingkat 50 & 51 KOMTAR, 10000 Pulau Pinang | Pejabat Daerah Dan Seberang Perai Utara, Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, 13200, Pulau Pinang | Pejabat Daerah & Tanah,Seberang Perai Selatan, 14200, Sungai Jawi, Pulau Pinang. | Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah Jalan Betek, Sg Rambai 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang |
Masa Untuk Dihubungi | 9.30 pagi – 12.30 tengah hari 2.30 petang – 4.30 petang | 9.30 pagi – 12.30 tengah hari 2.30 petang – 4.30 petang | 9.30 pagi – 12.30 tengah hari 2.30 petang – 4.30 petang | 9.30 pagi – 12.30 tengah hari 2.30 petang – 4.30 petang | 9.30 pagi – 12.30 tengah hari 2.30 petang – 4.30 petang |
Masa Untuk Dihubungi:
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang