HPIPT 2025: Hadiah Pengajian IPT Selangor RM1,000

hpipt
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Anak Selangor ingin mohon HPIPT 2025?

Berikut dikongsikan panduan permohonan hadiah RM1,000 khas untuk anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi awam / swasta.

Permohonan terbuka kepada semua anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan yang mengikuti pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda.

Jumlah HPIPT 2025

Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar akan menerima wang RM1,000 yang akan dikreditkan ke akaun yang telah dinyatakan dalam borang permohonan.

Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Sijil Kemahiran tahap 4 sahaja.

Syarat Kelayakan

Berikut senarai syarat kelayakan terkini untuk memohon HPIPT ini. Antaranya:

  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    a) Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    b) Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    c) Pemohon bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat ljazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran tahap 4 sahaja.
  • Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  • Pemohon adalah pelajar TAHUN PERTAMA sahaja.
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
  • Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

Proses Permohonan HPIPT Selangor 2025

Permohonan HPIPT Selangor boleh dibuat secara online di laman web https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.

Setiap permohonan perlu disertakan beberapa lampiran dokumen seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon
  • Salinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal dunia
  • Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitan
  • Surat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan
  • Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5)
  • Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN /   Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok /   Pengerusi KRT; atau
  • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)
  • Salinan Penyata Akaun Bank pemohon

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan HPIPT 2025, sila layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/.

Baca juga: idMe KPM – Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut