Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah salah satu hab penerbangan tersibuk di Asia Tenggara.
Ribuan pelancong dari dalam dan luar negara menggunakan KLIA setiap hari, menjadikan permintaan terhadap hotel berdekatan KLIA sentiasa tinggi.
Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan di sekitar KLIA, daripada hotel kapsul bajet sehinggalah ke hotel lima bintang lengkap dengan kemudahan mewah.
Jika anda sedang mencari hotel berdekatan KLIA yang sesuai untuk solo traveller, pasangan mahupun keluarga, berikut merupakan senarai 10 hotel terbaik berdekatan KLIA & KLIA2 untuk rujukan.
BACA JUGA: 20+ Pilihan Hotel Mesra Kanak-kanak di Malaysia 2025
Senarai Hotel Berdekatan KLIA
1. Capsule Transit KLIA2
Capsule Transit KLIA2 merupakan pilihan ideal bagi mereka yang mencari tempat rehat jangka pendek yang praktikal, terutamanya bagi penumpang transit atau mereka yang tiba lewat malam dan berlepas awal pagi.
Hotel ini menawarkan bilik kapsul yang bersih, selesa dan moden, sesuai untuk rehat sebentar antara penerbangan.
Lokasinya sangat strategik iaitu terletak di dalam Gateway@KLIA2, Level 1, menjadikannya sangat mudah diakses tanpa perlu keluar dari kawasan lapangan terbang.
Terdapat beberapa pakej bilik berdasarkan durasi; 3 jam, 6 jam, dan 12 jam.
- Jarak dari KLIA2: Terletak di dalam Gateway@KLIA2 (Level 1, Arrival Hall), 3 minit berjalan kaki dari balai ketibaan KLIA2
- Kemudahan: Bilik kapsul berhawa dingin, WiFi percuma, bilik mandi berkongsi dengan pancuran air panas, kemudahan simpanan bagasi, ruang rehat bersama
- Sesuai untuk: Penumpang transit, pengembara solo, backpacker, mereka yang mencari rehat pendek
- Harga: Bermula sekitar RM70++ untuk 3 jam (bergantung kepada pakej waktu dan jenis bilik.
- Laman web: https://www.capsuletransit.com/
NOTA: Di KLIA Terminal 1 pun ada capsule transit yang dikenali sebagai CapsuleTransit Sleep Lounge.
2. Sama-Sama Hotel KLIA
Sama Sama Hotel KLIA merupakan antara hotel berdekatan KLIA yang menjadi pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan lokasi strategik.
Hotel ini terletak betul-betul bersebelahan bangunan utama KLIA dan menawarkan akses mudah melalui skybridge tanpa perlu menaiki kenderaan.
Hotel ini sering menjadi pilihan penumpang yang mempunyai penerbangan awal pagi atau transit panjang di KLIA. Dengan kemudahan bertaraf lima bintang, layanan mesra serta perkhidmatan shuttle percuma ke KLIA dan KLIA2, ia merupakan pilihan yang ideal.
- Jarak dari KLIA: 1.5 km dari KLIA T1, 2.6 km dari gateway@klia2 Mall (Bersambung terus melalui skybridge)
- Kemudahan: Shuttle buggy 24 jam percuma ke KLIA & KLIA2, restoran halal, sarapan buffet disediakan, kolam renang, spa dan gimnasium
- Sesuai untuk: Penumpang bisnes, keluarga, transit lama, urusan rasmi
- Harga: Bermula dari RM350++ semalam
- Laman web: https://www.samasamahotels.com/
3. Sama-Sama Express Hotel KLIA (Airside Transit Hotel)
Seterusnya, Sama-Sama Express Hotel KLIA juga salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Hotel ini berada di dalam kawasan airside KLIA Terminal 1 dan juga KLIA Terminal 2. Tapi hotel ini hanya untuk penumpang transit antarabangsa sahaja tau. Yang bestnya, anda tidak perlu keluar imigresen.
Jangan keliru pula dengan Sama-Sama Hotel KLIA yang terletak bersebelahan bangunan utama KLIA (dihubungkan melalui skybridge).
Hotel ini khusus untuk rehat singkat/transit (6, 12, atau 24 jam( dan tidak sesuai untuk penginapan panjang.
- Jarak dari KLIA: Di dalam terminal (Gate C5 Terminal 1 / Satellite Building Terminal 2), 5 minit berjalan kaki ke pintu pelepasan antarabangsa.
- Kemudahan: Bilik berhawa dingin, bilik air peribadi, WiFi percuma, TV satelit, minibar, cerek elektrik, Restoran/kafe, lounge, Kaunter hadapan 24 jam, keselamatan 24 jam dan sebagainya.
- Sesuai untuk: Penumpang transit antarabangsa dan mereka yang perlukan rehat singkat tanpa keluar imigresen.
- Harga: Bergantung jenis bilik & tempoh menginap
- Laman web: https://www.samasamaexpress.com/klia/
NOTA PENTING: Hanya untuk penumpang antarabangsa dengan boarding pass seterusnya
4. Tune Hotel KLIA-KLIA2
Tune Hotel KLIA-KLIA2 juga merupakan antara pilihan hotel berdekatan KLIA yang paling praktikal untuk mereka yang mahukan akses terus ke terminal.
Hotel ini terletak di dalam kompleks Gateway@KLIA2. Anda hanya perlu berjalan kaki ke terminal tanpa perlu menaiki kenderaan.
Hotel ini juga menyediakan kemudahan untuk menyimpan bagasi, shuttle percuma ke Terminal 1 (waktu terhad, perlu tempahan awal) dan sebagainya.
- Jarak dari KLIA2: 5-8 minit berjalan kaki melalui Gateway, 1.5 km ke KLIA Terminal 1 (boleh naik shuttle hotel atau KLIA Ekspres).
- Kemudahan: Wi-Fi percuma, Check-in 24 jam, MAKAN Restaurant (hidangan sepanjang hari, sarapan bermula 4 pagi)
- Sesuai untuk: Pengembara solo, bajet, transit ringkas
- Harga: Bermula dari RM90++
- Laman web: https://www.tunehotels.com/
5. Aerotel Kuala Lumpur (Gateway@klia2)
Aerotel Kuala Lumpur merupakan hotel transit yang terletak di dalam Gateway@KLIA2, di Level 2M, sebelum pintu Imigresen Antarabangsa Terminal 2 KLIA. Lebih kurang 1 minit sahaja berjalan kaki ke balai berlepas antarabangsa.
Ia sesuai untuk penumpang antarabangsa yang sedang transit dan tidak mahu keluar dari kawasan keselamatan lapangan terbang. Hotel ini menawarkan pilihan penginapan beberapa jam atau semalaman, sesuai untuk rehat singkat.
Lokasi & Jarak:
- Terletak di Gateway@KLIA2, Level 2M (sebelum imigresen, landside)
- 30 meter dari gateway@klia2 Mall
- 1 minit berjalan kaki ke balai berlepas antarabangsa KLIA2
- 78 meter ke pintu Terminal 2
Sesuai untuk:
- Penumpang transit antarabangsa atau domestik yang perlukan rehat segera sebelum/selepas penerbangan
- Penumpang yang ingin akses segera ke terminal tanpa keluar dari kawasan lapangan terbang
- Penumpang yang sudah check-in penerbangan seterusnya. Jika anda perlukan akses ke airside (selepas imigresen), pastikan status tiket & boarding pass anda membenarkan
Info lain:
- Kemudahan: Restoran, bar, kafe, WiFi, fasiliti bisnes, resepsionis 24 jam, penitipan bagasi, staf multibahasa
- Sesuai untuk: Penumpang transit, pelancong yang perlukan rehat seketika sebelum penerbangan seterusnya (Tak perlu keluar imigresen, tapi hanya sesuai untuk mereka yang dah check-in flight seterusnya).
- Harga: Bermula dari sekitar RM250++ untuk beberapa jam atau semalaman
- Laman web: https://www.myaerotel.com/en-uk/find/asia-pacific/malaysia/kuala-lumpur/aerotel-kuala-lumpur
6. Tune Hotel KLIA Aeropolis
Tune Hotel KLIA Aeropolis ialah versi lebih murah berbanding Tune Hotel KLIA2, tapi masih mengekalkan keselesaan asas.
Hotel in terletak sekitar sekitar 10-15 minit pemanduan ke KLIA dan KLIA2 dan menawarkan shuttle untuk kemudahan pengunjung.
Kelebihan utama ialah harga berpatutan dan kemudahan asas yang lengkap, namun lokasi sedikit jauh dari terminal utama dan kawasan sekitar agak sunyi tanpa banyak pilihan kedai atau restoran.
Lokasi & Jarak:
- 10-15 minit pemanduan ke KLIA dan KLIA2
- Berdekatan dengan Mitsui Outlet Park dan Sepang International Circuit
Info lain:
- Kemudahan: Parkir percuma disediakan, Shuttle percuma ke Tune Hotel KLIA-KLIA2 (setiap 2 jam, perlu tempahan awal).
- Sesuai Untuk: Pengembara bajet, backpacker, mereka yang transit panjang, pelancong yang mahukan rehat tenang sebelum penerbangan.
- Harga: Bermula dari RM70 semalam (bergantung musim dan jenis bilik)
- Laman web: https://www.tunehotels.com/
7. Mövenpick Hotel And Convention Centre KLIA
Movenpick Hotel juga merupakan pilihan hotel bertaraf 5 bintang yang terletak berdekatan KLIA (lebih kurang 10 minit pemanduan). Ada juga shuttle percuma disediakan.
Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan tarikan utama seperti Sepang International Circuit (7 minit), Mitsui Premium Outlet Park (5 minit), dan Gamuda Splash Mania.
Apa yang menariknya, hotel ini sangat mesra Muslim. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan termasuk kolam renang khusus untuk wanita.
Lokasi dan jarak:
- Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid KLIA, Sepang, Selangor
- 10 minit pemanduan ke KLIA
- 7 minit ke Sepang International Circuit
- 5 minit ke Mitsui Premium Outlet Park
Info lain:
- Kemudahan: Shuttle percuma, kolam renang, Wifi, Kids Club dan taman permainan kanak-kanak, kemudahan asas dan moden setiap bilik.
- Sesuai untuk: Keluarga, pelancong solo, pelancong perniagaan dan korporat
- Harga: Bermula sekitar RM350++ semalam bergantung jenis bilik.
- Laman web: https://movenpick.accor.com/en/asia/malaysia/kuala-lumpur/hotel-convention-centre-klia.html
8. ibis Styles Sepang KLIA
ibis Styles Sepang KLIA terletak strategik hanya 1.2 km dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Lebih kurang sekitar 3-7 minit pemanduan sahaja.
Hotel ini sangat sesuai untuk penginapan bersama keluarga atau urusan rasmi. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan menonjolkan konsep reka bentuk yang ceria dan kontemporari.
Lokasi dan jarak:
1.2 km dari KLIA dan berdekatan dengan Mitsui Outlet Park Klia Sepang (sekitar 1.5 km) serta Sepang International Circuit (7 km).
Info lain:
- Kemudahan: Shuttle percuma ke KLIA, kolam renang, Restoran sTREATs yang menyajikan pelbagai hidangan Malaysia dan antarabangsa, parkir percuma dan akses mesra kerusi roda, 100% kawasan larangan merokok
- Sesuai untuk: Pelancong keluarga, perniagaan, pasangan, dan mereka yang mencari penginapan selesa berhampiran KLIA dengan kemudahan lengkap
- Harga: Bermula sekitar RM150 hingga RM250+ semalam, bergantung pada jenis bilik dan musim.
- Laman web: https://all.accor.com/hotel/B687/index.en.shtml
9. Holiday Inn Sepang Airport
Holiday Inn Sepang Airport adalah hotel berdekatan KLIA yang bertaraf 4 bintang. Ia terletak sekitar 10-15 minit pemanduan dari KLIA.
Hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kelebihan utama ialah perkhidmatan mesra, fasiliti moden dan lokasi di kawasan Kota Warisan yang mudah diakses dari lapangan terbang.
Antara kekurangan kecil ialah jarak bukan dalam terminal, jadi perlu naik shuttle atau teksi/ehailing. Namun jangan risau, ada shuttle percuma disediakan untuk tetamu.
Lokasi dan jarak:
- Terletak kira-kira 11 km dari KLIA/KLIA2 (sekitar 15 minit pemanduan), berdekatan Mitsui Outlet Park Klia Sepang dan Sepang International Circuit. Kawasan sekitar juga mempunyai pelbagai pilihan restoran dan kedai dalam jarak berjalan kaki.
- Shuttle percuma disediakan dari KLIA Terminal 1 & 2 (jadual terhad, dari 7 pagi hingga 9 malam)
Info lain:
- Kemudahan: Akses mesra OKU (ramp, lif, tandas boleh diakses kerusi roda, perkhidmatan tukar mata wang asing, faks, dan percetakan serta kemudahan asas lain.
- Sesuai Untuk: Keluarga, pelancong yang ingin akses mudah ke Mitsui Outlet Park dan lokasi sekitar Sepang.
- Harga: Bermula sekitar RM350++ semalam (bergantung musim dan jenis bilik).
- Laman web: https://www.ihg.com/holidayinn/hotels/us/en/sepang/kulia/hoteldetail
10. Orange Hotel KLIA & KLIA2
Orange Hotel KLIA & KLIA2 menawarkan penginapan bajet yang selesa dan moden. Hotel ini hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit pemanduan ke KLIA Terminal 1 dan 2.
Walaupun berada sedikit jauh dari terminal utama, hotel ini popular dalam kalangan pelancong kerana harga berpatutan dan kawasan sekeliling yang mempunyai banyak kemudahan seperti restoran, kedai serbaneka, dan farmasi.
- Jarak dari KLIA: Sekitar 11 km / 15 minit pemanduan dari KLIA/KLIA2
- Kemudahan: Bilik berhawa dingin, WiFi percuma, TV skrin rata, bilik air peribadi, lif, kawasan larangan merokok, perkhidmatan shuttle (berbayar, perlu tempahan awal)
- Sesuai untuk: Pengembara bajet, keluarga kecil, transit panjang yang tidak kisah berjauhan sedikit dari terminal
- Harga: Bermula sekitar RM80++ semalam (bergantung kepada jenis bilik dan musim)
- Laman web: https://www.orangehotels.com.my/