Hari Wanita Sedunia 2023: Tarikh, Sejarah, Tema, Logo

Sambutan Hari Wanita Sedunia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut 8 Mac setiap tahun, termasuklah di Malaysia.

Jika kita renungi kembali, ibu, kakak, adik wanita, guru wanita dan sesiapa sahaja wanita dalam perjalanan hidup kita telah memainkan peranan penting dalam hidup kita.

Tema Hari Wanita Antarabangsa 2023

Pada tahun 2023, “Kasih Wanita” telah dipilih sebagai tema sambutan pada kali ini.

Akronim Kasih ini membawa maksud seperti berikut:

  1. K (kasih sayang) sebagai menghargai kaum wanita yang sentiasa mencurahkan kasih sayang
  2. A (akhlak mulia) sinonim dengan sifat kaum wanita yang sentiasa menerapkan dan mengekalkan akhlak mulia
  3. S (sihat) wanita juga selalu memastikan diri dan keluarga sihat
  4. I (ilmu) wanita hari ini dilihat turut sama bersaing seiring kaum lelaki dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan
  5. H (harmoni) pula sinonim dengan sifat kaum wanita yang sentiasa memelihara keharmonian sekeliling.

Artikel berkaitan: Biodata Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Logo Sambutan Hari Wanita

Logo ini menggunakan tiga warna iaitu merah, biru dan kuning.

Merah dan biru yang membentuk gambar hati melambangkan sifat kasih dan cinta wanita kepada diri, keluarga dan negara.

Merah juga melambangkan sifat keberanian wanita dalam menghadapi apa jua rintangan manakala, kuning adalah warna aktif dan bertenaga, ia melambangkan kebijaksanaan, semangat serta harapan.

Selain itu, biru juga lambang kesetiaan wanita kepada negara dan akan sentiasa bersama dalam mengharungi pelbagai rintangan demi mengukuhkan perpaduan.

Sumber: Jabatan Pembangunan Wanita

Objektit Sambutan

Hari_Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.

Peranan wanita masa kini setanding dengan kaum lelaki. Wanita kini dilihat lebih hebat dan kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran dan liku kehidupan.

Kehebatan wanita dilihat dalam pelbagai bidang dan menjadi sumber inspirasi kepada semua orang.

Kini, wanita memiliki banyak kehebatan dan potensi yang harus diakui dan dihargai dalam kehidupan dan masyarakat.

Sejarah Sambutan Hari Wanita Sedunia

Pada Februari 1909, berlaku satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut.

Bantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi satu bentuk sambutan rasmi bagi golongan wanita.

Kemudian pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali kedua di Eropah mencadangkan agar Hari_Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu.

Saat itu, sambutan Hari Wanita Sedunia diisytiharkan secara rasmi.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut