Hari Kanak-Kanak adalah acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.
Uniknya, setiap negara menyambutnya pada tarikh yang berbeza, ada yang menyambutnya pada 1 Jun, ada yang menyambutnya pada 20 November dan sebagainya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tema, sambutan dan tarikhnya di Malaysia.
Sejarah Penganjuran
Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda pengiktirafan kepada anak-anak kita. Mereka adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini pada masa akan datang. Menjadi tanggung jawab kita bersama untuk memastikan mereka diwarisi dengan ilmu, akhlak dan iman yang terbaik demi masa depan negara.
Pengisytiharaan Hari Kanak-Kanak ini bermula daripada Persidangan Dunia Untuk Kesejahteraan Kanak-Kanak di Geneva, Switzerland pada tahu 1925.
Bertitik tolak daripada perhimpunan tersebut, 1 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengapakah tarikh 1 Jun dipilih namun pada masa kini, banyak negara yang menyambutnya pada tarikh yang berbeza.
Di sesetengah negara, sambutan ini disambut sebagai Minggu Kanak-kanak dan bukan hanya Hari Kanak-kanak.
Terdapat banyak versi Hari Kanak-kanak yang disambut oleh banyak negara di dunia pada waktu dan masa yang berbeza selama lebih dari seratus tahun yang lalu
Negara Argentina dan Chile misalnya, menyambut hari istimewa ini pada hri Ahad minggu kedua pada bulan Ogos.
Negara-negara jiran kita seperti Indonesia menyambutnya pada tarikh 23 Julai, Singapura menyambutnya pada 1 Oktober sementara Thailand menyambutnya pada hari Sabut kedua bulan Januari.
Sambutan pertama kali telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktiraf oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954. Pada 20 November 1959 PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Sempena hari istimewa ini, orang ramai harus menyambutnya sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.
Tarikh Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Di Malaysia (Peringkat Kebangsaan)
Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994.
Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.
Kini, ia disambut pada bulan Oktober atau 20 November setiap tahun di Malaysia.
Berikut adalah tarikh sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan
- 2020 – 17 Oktober 2020
- 2021 – 16 Oktober 2021
- 2022 – 28 November 2022
- 2023 – 20 November 2023
- 2024 – 20 November 2024
Tema Sambutan 2024
- 2024 : ” Dengarlah Suara Kami”
- 2023 : “Hak Kami, Masa Depan Kami”
- 2022 : “Keterangkuman dan Kepelbagaian, Untuk Setiap Kanak-Kanak”
- 2021 : “Anak Kita, Masa Depan Kita”
- 2020 : “Bumi Lestari, Aanak-anak Kita Dilindungi”
Contoh Aktiviti
Antara aktiviti yang boleh dijalankan sempena sambutan ini termasuklah:
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Melukis / Doodle
- Origami / Kraftangan
- Sukaneka
- Pertandingan Nyanyian / Tarian
- Pakaian Bertema Kanak-kanak
- Mencari Harta Karun
- Persembahan Berkumpulan
- Permainan Tradisional
- Senamrobik
Kostum pakaian budak pelbagai tema
Deklarasi Hak Kanak-Kanak
Deklarasi Hak Kanak-kanak adalah dokumen antarabangsa yang mengutarakan hak kanak-kanak. Pada asalnya deklarasi ini dicadangkan oleh aktivis hak asasi manusia Eglantyne Jebb dan diterima pakai oleh Liga Bangsa-Bangsa pada 1924.
Di bawah ini apa yang dinyatakan dalam dokumen tersebut:
- Kanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik dari segi material dan rohani.
- Anak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus diberikan perlindungan dan pertolongan.
- Kanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.
- Kanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.
- Kanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan kepada perkhidmatan sesama manusia.
Baca juga: