Harga Kereta Perodua Bezza Baru (Model Terkini 2022)
Berminat nak pakai Perodua Bezza ? Ini harga Perodua Bezza terkini (OTR) bagi tahun 2022 yang perlu anda tahu.
Berikut kami kongsikan segala maklumat terkini tentang kereta sedan Perodua Bezza Facelift baru!
Untuk makluman, tempahan Bezza telah dibuka sebelum pelancaran rasmi pada 8 Januari nanti.
Sejak dilancarkan pada 2016, ternyata model sedan pertama Perodua ini mendapat sambutan rakyat Malaysia dengan jualan 184,000 unit.
Terkini, usahawan dan Youtuber terkenal Khairul Aming yang dikatakan menggunakan Perodua Bezza telah menjadikan kereta ini kembali popular sebagai pilihan rakyat Malaysia.
Baca: Semak Wang Tak Dituntut Online eGUMIS
Model Varian Kereta Perodua Bezza
Bezza ditawarkan dalam empat varian, bermula dengan model asas Bezza 1.0 GX Manual berharga RM34,580, Bezza 1.0 GX Automatik berharga RM36,580, Bezza 1.3 X Automatik berharga RM43,980 dan model tertinggi Bezza 1.3 AV berharga RM49,980.
Pembelian Bezza 2020 didatangkan sekali dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana dahulu).
Kesemua varian akan hadir standard dengan lampu hadapan LED, skirt sisi dengan warna badan, penderia undur serta sistem brek ABS bersama EBD.
Selain itu bagi model pertengahan Bezza X dan model tertinggi Bezza AV akan menerima sistem kestabilan elektronik (ESC) dan juga kawalan cengkaman (TRC).
Lebih menarik Bezza AV turut hadir dengan sistem bantuan pemanduan ASA 2.0 yang merangkumi sistem seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC) – semuanya berfungsi melalui kamera pada cermin utama.
Model X dan AV juga akan hadir dengan pelbagai ciri premium lain antaranya sistem kunci pintar bersama butang penghidup enjin, penderia parkir hadapan, gril dengan kemasan krom dan juga rim aloi bersaiz 15-inci. Walau bagaimanapun, hanya Bezza AV yang diberikan cermin sisi boleh lipat berkuasa.
Bezza hadir dengan enam pilihan warna — Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown sedia ada, bersama dua warna baharu iaitu Garnet Red (untuk varian-varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey.
Harga Perodua Bezza
Anggaran harga asas bagi Perodua Bezza adalah antara RM 33.5k – 48.4k.
Berikut harga Perodua Bezza tahun ini:
- Varian 1.0 G MT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown & Granite Grey) – RM34,792
- Bayaran bulan RM418 (Full loan)
- Varian 1.0 G AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown & Granite Grey) – RM36,791
- Bayaran bulan RM442 (Full loan)
- Varian 1.3 X AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown, Granite Grey & Garnet Red) – RM41,171
- Bayaran bulan RM530 (Full loan)
- Varian 1.3 AV AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown, Granite Grey & Garnet Red) – RM50,175
- Bayaran bulan RM603 (Full loan)
*NOTA PENTING : Harga mungkin berbeza sedikit mengikut lokasi dan servis caj yang dikenakan oleh setiap ejen jualan / pengedar
Untuk info lanjut atau tempahan, anda boleh layari portal rasmi Perodua Bezza di sini.