15 Idea Hadiah Cabutan Bertuah Yang Praktikal & Wow!

Cabutan bertuah biasanya dilakukan semasa majlis ataupun acara tertentu seperti promosi dan sebagainya. Proses cabutan bertuah bermula apabila tetamu yang datang diberikan nombor dan pihak penganjur akan mencabut nombor secara rawak untuk memanggil pemenang cabutan bertuah.

Pemenang hadiah cabutan bertuah adalah individu yang bertuah kerana terpilih tanpa mengambil kira faktor tertentu. Kebiasaannya, pihak penganjur akan menetapkan syarat dan terma yang perlu dipatuhi untuk layak mengikuti cabutan bertuah. 

hadiah cabutan bertuah

Hadiah cabutan bertuah yang diberikan adalah mengikut pilihan penganjur majlis ataupun tema majlis tersebut. Boleh jadi hadiah yang bakal diberikan berupa wang tunai, cenderahati, bahkan hadiah-hadiah besar seperti kereta ataupun paket percutian. 

Sekiranya anda sedang tercari-cari idea untuk hadiah cabutan bertuah, anda boleh rujuk senarai dibawah untuk membantu anda. Tunggu apalagi, jom baca!

15 Idea Hadiah Cabutan Bertuah

1. Set Tupperware

Tupperware adalah merupakan salah satu pilihan hadiah yang popular untuk pelbagai jenis perkara termasuklah sebagai hadiah cabutan bertuah. Anda boleh pilih set Tupperware yang terkini untuk dijadikan sebagai hadiah bagi menarik perhatian peserta yang mengikuti cabutan bertuah tersebut.

Set Tupperware: https://shopee.com.my/tupperwarebrands.my/3153370461 

2. Set Periuk Dessini

Sekiranya peserta anda terdiri ramai daripada kalangan wanita, set periuk Dessini ini sememangnya pilihan hadiah yang tepat. Dengan pilihan warna dan jenis yang pelbagai, set periuk ini memang menjadi idaman semua wanita. 

Set Periuk Dessini: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/5178606091

3. Beg Bagasi

Hadiah cabutan bertuah beg bagasi ini sangat sesuai untuk ibu ayah yang mempunyai anak-anak untuk sambung belajar atau sedang merancang untuk pergi bercuti.

Selain mempunyai kegunaannya tersendiri, harga sebuah beg bagasi di Shopee juga sangat mampu milik. Anda boleh rujuk salah satu pilihan beg bagasi yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan seperti di bawah. 

Beg bagasi: https://shopee.com.my/casevalker/7218515763

4. Pengering Rambut

Salah satu jenama pengering rambut yang terkenal dengan kualitinya yang terbaik ialah Philips. Harganya juga mesra poket dan setanding dengan kualiti yang ditawarkan.

Pengering rambut ini sesuai untuk lelaki atau perempuan. Memang sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah yang tidak diketahui lagi siapa pemenangnya sebelum cabutan dibuat. 

Pengering rambut: https://shopee.com.my/jeremy888888.my/8354812934

5. Casing Telefon Bimbit

Sekiranya anda berhajat untuk mencabut banyak nombor semasa cabutan bertuah tersebut, anda boleh sediakan beberapa jenis hadiah bermula daripada hadiah yang biasa-biasa sehinggalah yang istimewa. 

Casing telefon bimbit adalah salah satu pilihan hadiah yang anda boleh pertimbangkan untuk diberikan secara banyak. Hal ini kerana, harganya yang murah dan sudah pasti ia akan berguna untuk pemenang kelak. 

Casing telefon bimbit: https://shopee.com.my/fashioncase.my/12891453799

6. Televisyen

Anda boleh berikan televisyen sebagai hadiah utama. Pastikan anda memilih set TV yang berkualiti tinggi, tahan lama dan juga model terkini seperti dibawah. Sudah pasti ramai yang teruja untuk mengikuti cabutan bertuah yang anda anjurkan! 

Televisyen: https://shopee.com.my/thewhitegoods/191245514

7. Vakum Dyson

Selain televisyen, anda juga boleh jadikan vakum keluaran Dyson ini sebagai salah satu hadiah utama. Vakum ini memang terkenal dengan kualiti dan keupayaannya dalam membantu membersihkan rumah. Walaupun harganya agak mahal, namun ia sememangnya berbaloi untuk dimiliki.

Vakum Dyson: https://shopee.com.my/shopeco.my/18971041448

8. Printer HP

Printer HP adalah merupakan salah satu keperluan dalam sebuah rumah lebih-lebih lagi apabila terdapat anak-anak yang masih bersekolah ataupun ibu bapa yang bekerja dan memerlukan printer. Jangan lupa masukkan printer dalam senarai hadiah cabutan bertuah anda ya!

Printer HP: https://shopee.com.my/hpbestbuy/2151790794

9. Fon Telinga Tanpa Wayar

Fon telinga tanpa wayar juga salah satu pilihan hadiah cabutan bertuah yang menarik. Pada zaman teknologi ini, fon telefon tanpa wayar mempunyai banyak kegunaan contohnya seperti untuk pembelajaran secara dalam talian, mendengar lagu, bercakap dalam telefon ketika di tempat awam dan sebagainya. 

Fon telinga tanpa wayar: https://shopee.com.my/mygadgetmall/2805586743

10. Set Cawan & Jug Elianware

Set cawan & jug keluaran Elianware ini sememangnya salah satu kegemaran para ibu-ibu. Jadi, ia memang sesuai untuk dijadikan sebagai antara pilihan hadiah cabutan bertuah. Satu set cawan & jug ini boleh didapatkan dengan harga kurang daripada RM100!

Set Jug & Cawan Elainware: https://shopee.com.my/elianware_malaysia/3381680499

11. Powerbank

Powerbank adalah merupakan keperluan asas pada masa kini lebih-lebih untuk individu yang suka berjalan jauh ataupun mempunyai bateri telefon bimbit yang cepat habis.

Anda boleh pilih pelbagai jenis powerbank yang dijual oleh mygadgetmall di Shopee untuk dijadikan sebagai salah satu hadiah cabutan bertuah.

Powerbank: https://shopee.com.my/mall4you.my/2080183798

12. Tetikus Tanpa Wayar Logitech

Sekiranya target peserta anda terdapat pelajar sekolah, anak muda ataupun individu yang bekerja, tetikus tanpa wayar adalah salah satu pilihan hadiah yang terbaik.

Anda boleh dapatkan tetikus keluaran Logitech untuk pilihan yang berkualiti tinggi agar tahan lama untuk digunakan. 

Tetikus Logitech: https://shopee.com.my/all_it.os/11986288986

13. Alpha Living Electric Barbeque Grill

Alat memasak seperti grill juga sangat ‘digemari’ ramai dan menjadi hadiah idaman para peserta. Anda boleh dapatkan Alpha Living Electric Barbeque Grill ini kerana ia mempunyai plug Malaysia, jadi ia amat mudah digunakan. Harganya pun sangat berpatutan. 

Alpha Living Electric Barbeque Grill: https://shopee.com.my/alphaliving/67506784

14. Motor

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, anda boleh jadikan motor sebagai antara hadiah yang paling istimewa. Pasti ramai yang beratur nak ikut serta cabutan bertuah tersebut.

Anda boleh tempah motor pilihan anda melalui shopee namun apa yang penting pastikan anda memilih kedai yang dipercayai. Tak perlu susah-susah, anda boleh rujuk gambar di bawah. Ia adalah salah satu pilihan motosikal yang terbaik dan dijual oleh kedai yang dipercayai. 

Motor: https://shopee.com.my/yesride/7802000763

15. Seterika Stim (Handheld Steamer Iron)

Kalau dapat seterika stim yang mudah dibawa ke mana sahaja, pasti seronokkan. Jadi apa kata anda jadikan seterika stim ini sebagai salah satu pilihan hadiah untuk acara cabutan bertuah yang anda bakal anjurkan. 

Handheld Steamer Iron: https://shopee.com.my/sudingzai01/9495173079

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!