GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) MARA 2023
MARA menawarkan Graduate Excellence Programme (GrEP) iaitu program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang.
Permohonan bagi tahun 2023 dibuka bagi graduan cemerlang yang telah ditawarkan pengajian peringkat pascasiswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah/Phd) dalam bidang di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih dalam negara yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Nota: Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran
yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik
berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk
kepada dasar yang ditetapkan.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan program ini serta syarat-syaratnya.
Tarikh Permohonan GrEP MARA 2023
Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 7 November 2023 (Selasa) hingga 31 November 2023 (Selasa).
Syarat Umum Permohonan
- Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2023:
- SARJANA
- Dalam Negara : <40 tahun
- Luar Negara : <35 tahun
- Doktor Falsafah
- Dalam Negara : <45 tahun
- Luar Negara : <40 tahun
- SARJANA
- Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang (Rujuk syarat kelayakan akademik).
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
- Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
- Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
Rujuk Syarat Kelayakan Akademik dan pautan Soalan Lazim di bawah.
Infografik: https://online.anyflip.com/shdgj/epzp/mobile/index.html
Manual Sistem: https://anyflip.com/shdgj/smwv/
Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan
Tempoh Pinjaman GrEP MARA
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
- Sarjana : 2 tahun
- Doktor Falsafah : 4 tahun
Panduan Permohonan GrEP MARA 2023
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) sahaja di
https://educationloan.mara.gov.my bermula 07 November 2023 (Selasa)
sehingga 21 November 2023 (Selasa), 11.59 malam.
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Baca juga: DanaNITA MARA : Skim Pembiayaan Khas Usahawan Wanita
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)
E-mel:
- [email protected] (bagi permohonan dalam negara)
- [email protected] (bagi masalah teknikal)