Biasiswa GREAT Scholarships 2024: Tarikh & Syarat Permohonan

GREAT Scholarships 2024 - Malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan bagi biasiswa GREAT Scholarships kini telah dibuka untuk permohonan bagi pengajian tahun 2024!

Program Biasiswa GREAT Scholarships 2024 yang dilancarkan oleh British Council bersama 72 universiti UK memberi peluang kepada pelajar pascasiswazah dari Bangladesh, China, Mesir, Ghana, Greece, Kenya, India, Indonesia, Malaysia, Mexico, Nigeria, Pakistan, Thailand, Turki dan Vietnam untuk mengakses peluang pendidikan tinggi UK bertaraf dunia..

Pada tahun akademik 2023-24, 200 biasiswa ditawarkan oleh 49 universiti di seluruh England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan syarat pemberian program biasiswa GREAT Scholarships ini, anda dipelawa untuk memohon dengan kadar segera.

Jenis tajaan

Biasisswa GREAT Scholarships ini menawarkan peluang kepada pelajar dari 14 negara untuk mendapatkan £10,000 untuk yuran pengajian mereka untuk pelbagai kursus pascasiswazah yang diajar selama satu tahun.

Artikel berkaita: PIDN JPA: Semakan Keputusan Tajaan Biasiswa

Tempoh permohonan

Tarikh akhir permohonan biasiswa GREAT Scholarships ini ialah 1.00 tengah hari (waktu UK) pada hari Isnin 13 Mei 2024.

Keputusan biasiswa akan diumumkan pada hari Selasa 11 Jun 2024.

Jika anda ditawarkan biasiswa, anda akan diminta untuk mengesahkan penerimaan biasiswa anda dan tawaran anda pada tarikh yang ditetapkan.

> Dapatkan kad sim untuk kegunaan 7 negara Eropah

Syarat kelayakan

Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akab dipertimbangkan untuk biasswa GREAT Scholarships ini:

  • Pemohon hendaklah pemegang pasport Malaysia.
  • Program anda mesti bermula di Universiti Sheffield pada musim luruh 2024.
  • Anda mesti menerima tawaran untuk kursus yang dipelajari sepenuhnya di Universiti Sheffield. Program sarjana yang berpecah antara Universiti Sheffield dan institusi rakan kongsi tidak layak memohon biasiswa.
  • Untuk tujuan yuran pengajian, anda mesti dibiayai sendiri dan dikehendaki membayar yuran pengajian di luar negara.
  • Anda tidak boleh menjadi pelajar tajaan*.
  • Kursus pembelajaran jarak jauh tidak layak untuk biasiswa GREAT.
  • Kursus sambilan tidak layak mendapat biasiswa GREAT.
  • Semua kursus Crossways dan kursus Erasmus Mundus tidak layak mendapat biasiswa merit.
  • Program PhD bersepadu tidak layak untuk biasiswa GREAT
  • Biasiswa ini tidak boleh digunakan untuk mana-mana kursus pasca siswazah yang bertempoh lebih daripada satu tahun. Ini termasuk, tetapi tidak eksklusif kepada, kursus berikut:
    • MArch Architecture
    • MArch Architecture and Landscape Architecture
    • MArch Architecture: Collaborative Practice

Cara permohonan

Calon yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon GREAT Scholarships ini boleh berbuat di https://study-uk.britishcouncil.org/scholarships-funding/great-scholarships/malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut