Panduan Google Meet Untuk Mesyuarat & Kelas. Guna HP Pun Boleh!

Antara aplikasi popular bagi mereka yang bekerja dari rumah (BDR) atau anak-anak yang mengikuti sesi pengajian dan pembelajaran di rumah (PdPR) adalah Google Meet.

Terdapat beberapa aplikasi alternatif lain antaranya Zoom dan Microsoft Team namun biasanya Google Meat menjadi pilihan kerana ianya percuma, mudah digunakan dan ramai yang menggemarinya kerana aplikasi ini menggunakan data internet yang sendiri.

Kali ini, mari kami tunjukkan buat link Google Meet dengan mudah menggunakan telefon pintar atau komputer anda.

buat link google meet

Baca juga: Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 (Muat Turun)

Kelebihan Google Meet

Mungkin ada diantara anda yang masih mempertimbangkan untuk menggunakan Google Meet untuk mesyuarat atau kelas berbanding aplikasi lain seperti Zoom dan Microsoft Team.

Berikut adalah sebab mengapa Google Meet menjadi pilihan ramai:

  • Selamat – Meet menggunakan perlindungan yang sama dengan yang digunakan Google untuk melindungi maklumat anda dan melindungi privasi anda. Persidangan video Meet dienkripsi setiap masa dan pelbagai langkah keselamatan sentiasa dikemaskin dan diperbaharui untuk perlindungan tambahan.
  • Fleksibel – Kumpulkan seluruh kru di Google Meet, di mana anda boleh berbincang, bekerjasama atau hanya bersemuka di mana sahaja.
  • Pelbagai peranti – Tetamu yang dijemput boleh menyertai persidangan video dalam talian dari komputer mereka boleh terus join meeting dengan mudah melalui apa-apa jenis peranti. Pada peranti mudah alih, mereka dapat bergabung dari aplikasi Google Meet.
  • Tiada gangguan – Google Meet menyesuaikan tetapan dengan kelajuan rangkaian anda, memastikan panggilan video berkualiti tinggi di mana sahaja anda berada. Peningkatan AI baru menjadikan panggilan anda jelas dan taklah asyik terputus-putus!
  • Sentiasa berhubung – Penjadualan yang mudah, rakaman yang mudah dan susun atur yang mudah membantu orang untuk terus melibatkan diri dalam setiap perbincangan dan sentiasa berhubung.
  • Perkongsian skrin – Persembahkan dokumen, slaid, dan spreadsheet dengan menunjukkan keseluruhan skrin atau hanya tetingkap anda.
  • Mengadakan mesyuarat besar – Jemput hingga 250 peserta dalaman atau tetamu dari luar ke dalam mesyuarat.
  • Siarkan acara dalaman secara siaran langsung – Acara siaran langsung boleh disiarkan kepada sehingga 100,000 penonton dalam domain anda.

Menarik kan?

google meet

Cara Memulakan Panggilan Video / Meeting

Ok untuk memulakan Google Meet, sila ikuti panduan berikut:

Buka / muat turun aplikasi Meet

  1. Layari dan muat turun aplikasi GoogleMeet di Play Store ATAU terus ke pautan https://meet.google.com/
  2. Di peranti mudah alih anda, buka aplikasi GoogleMeet tersebut

Cara memulakan meeting video di GoogleMeet

  1. Buka aplikasi GoogleMeet
  2. Klik pada “New meeting
  3. Pilih salah satu pilihan berikut:
    • Get a meeting link to share: Pilihan Ini akan menghasilkan pautan video mesyuarat yang boleh anda kongsi untuk bertemu pada masa sekarang atau kemudian. Untuk menjemput orang lain, klik pada butang “Share“. Untuk menyertai mesyuarat, salin kod ke medan “Gabung dengan kod”
    • Start an instant meeting: Buat mesyuarat yang anda sertai sekarang.
    • Schedule in Google calendar: Untuk menjadualkan mesyuarat, anda akan diarahkan ke aplikasi Google Kalendar.

Baca juga: SPdPR KPM: Sistem Pelaporan PdPR Standard Untuk Guru Setiap Negeri

Tutorial Penggunaan Google Meet Pada Handphone

Kepada mereka yang baru nak menggunakan aplikasi GoogleMeet melalui video tutorial oleh Pusat Internet Komuniti Tasek Mengkuang Besut buat rujukan anda.

Di dalam video ini dikongsikan beberapa info :

  • Pengenalan ringkas GoogleMeet
  • Cara memuat turun melalui Play Store
  • Tutorial mengadakan sesi perjumpaan dan berkongsi link melalui Google Meet (Screen sharing, in chat message etc)

Cara Menjadualkan Perjumpaan Video Dari Aplikasi Google Calendar

Anda juga boleh menjadualkan video anda dengan menggunakan aplikasi Google Calendar. Ikuti langkah mudah berikut:

  1. Buka aplikasi Google Calendar
  2. Klik pada + Event
  3. Tambah “Guess”
  4. Klik Done > Save

Diharapkan artikel ringkas buat link Google Meet ini membantu para pelajar yang sedang PdPR ataupun anda yang masih bekerja dari rumah.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!