Malaysia bakal mengalami Gerhana Matahari Separa pada 29 Mac 2025 ini, bersamaan dengan hari Ahad.
Berikut dikongsikan maklumat rasmi dari MYSA tentang fenomena ini.
Apa itu Gerhana Matahari Separa Mac 2025 ?
Gerhana Matahari adalah fenomena alam yang terjadi apabila Matahari, Bumi, dan Bulan berada dalam satu garis lurus.
Sewaktu ia berlaku, bayangan bulan akan menutupi sebagian atau seluruh permukaan matahari, berikut adalah jenis gerhana berdasarkan peratus permukaan matahari yang ditutupi bulan:
- Gerhana Matahari Penuh
- Berlaku apabila diameter Bulan lebih besar daripada Matahari, sehingga menghalangi semua cahaya matahari.
- Gerhana Matahari Anulus
- Berlaku apabila diameter Bulan lebih kecil daripada Matahari, sehingga menyebabkan Matahari terlihat seperti cincin.
- Gerhana Matahari Separa
- Berlaku ketika bayangan Bulan hanya menutup sebagian cahaya matahari.
Untuk pengetahuan anda, pada tahun ini, kita akan sekali lagi mengalami fenomena gerhana matahari separa pada 29 Mac 2025. Namun begitu negara kita bukan kawasan yang dapat melihat fenomena ini.
Tarikh & Waktu Gerhana Matahari Separa Di Malaysia (29 Mac 2025)
Di Malaysia, kita tidak dapat menyaksikan Gerhana Matahari Penuh / Gerhana Matahari Anulus kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
Menurut sumber dari FALAKONLINE, gerhana matahari separa pada 29 Mac 2025 akan berlaku antara pukul 4:50 PM hingga 8:43 PM, dengan kemuncak sekitar pukul 6:47 PM. Namun, fenomena ini tidak akan kelihatan di Malaysia.
Menurut laporan NASA, gerhana matahari separa pada tarikh tersebut hanya dapat dilihat di wilayah seperti Eropah, Asia, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Samudra Atlantik, dan Samudra Arktik.
Bagi pembaca yang berada di wilayah tersebut sewaktu fenomena ini berlaku, anda boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗮𝗸𝗶:
- Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan).
- Penumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan).
- Antumbra adalah bahagian bayang yang muncul di luar umbra pada jarak tertentu dari objek yang menghasilkan bayang. Ia hanya wujud jika sumber cahaya mempunyai diameter yang lebih besar daripada objek.
- Magnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
- Eclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
- Litupan adalah peratusan cakera Matahari dilitupi semasa gerhana maksimum
Kalender Astronomi Gerhana Mac 2025
Bagi anda yang sangat meminati bidang astronomi ini, berikut merupakan kalender astronomi yang menyatakan apa yang akan berlaku sepanjang bulan Mac 2025 ini selain gerhana matahari separa ini:
- 𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
- Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 361,964 km.
- 𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗹𝗲𝗶𝗮𝗱𝗲𝘀
- Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sekitar 0.6 darjah di langit barat. *Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
- 𝟳 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
- Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Pertama pada jam 12:31 pagi.
- 𝟴 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿
- Utarid pada elongasi paling timur iaitu pada 18.2 darjah. Utarid boleh kelihatan di langit barat selepas Matahari terbenam (waktu Maghrib).
- 𝟭𝟰 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
- Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 02:54 petang.
- 𝟭𝟴 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
- Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,754 km.
- 𝟮𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗘𝗾𝘂𝗶𝗻𝗼𝗸𝘀 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗰
- Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Di Hemisfera Utara, ekuinoks pada bulan Mac dikenali sebagai ekuinoks musim bunga manakala di Hemisfera Selatan ia dikenali sebagai ekuinoks musim luruh.
- 𝟮𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
- Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada jam 07:29 petang.
- 𝟮𝟵 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
- Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 06:57 petang.
- 𝟯𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
- 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
- Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 358,126 km.
Panduan Melihat Gerhana Matahari
Orang awam adalah dinasihatkan untuk menggunakan penuras khas bagi menyaksikan fenomena Gerhana Matahari.
Berikut adalah panduan melihat gerhana matahari separa yang dikongsikan oleh Kementerian Sains Dan Inovasi (MOSTI ) dengan kerjasama Planetarium Negara.
Melihat terus ke arah Matahari tanpa mengunakan sebarang penuras yang sesuai adalah dilarang kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kerosakan mata atau mengakibatkan buta kekal.
Baca juga: Niat & Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari – JAKIM
Apakah Gerhana Matahari Hibrid?
Gerhana Matahari Hibrid ialah gerhana yang sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan sekali setiap dekad di mana kedua-dua jarak Bulan dan Matahari ke Bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.
Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. Ia dipanggil ‘hibrid’ kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.
Jenis gerhana yang kita dapat lihat adalah bergantung kepada lokasi pemerhati di sepanjang laluan gerhana tersebut (bahagian bayang Bulan yang kita berada).
Fasa Lintasan
Fenomena Gerhana Matahari Hibrid pada 20 April 2023 akan berlaku di Hemisfera Selatan mulai jam 09:35:34.3 dan berakhir pada 15:00:31.9 waktu tempatan.
Fenomena tersebut (Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua) manakala Gerhana Matahari Separa boleh dilihat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.
Fenomena Gerhana Matahari Hibrid ini berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km. Magnitud Gerhana Matahari Hibrid kali ini adalah 1.0132.
Laluan gerhana selebar 49km ini bermula di Lautan Hindi ketika Matahari terbit dan berakhir ketika Matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat.
Ketika fenomena ini berlaku, gerhana anulus akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (~ 1 minit), Timor-Leste (1 minit 14 saat) dan Papua Barat (1 minit 9 saat). Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.