Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak – JWKS
Bagi wanita yang ingin memulakan perniagaan atau sedang berniaga, ada geran khas untuk anda bernilai RM2000 (Maksimum) berbentuk peralatan! Syarat-syarat adalah seperti di bawah. Paling bestnya, wanita yang belum ada lesen perniagaan pun boleh isi.
Jom ketahui lebih lanjut tentang Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak JWKS ini.
Pengenalan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak – JWKS
Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak adalah salah satu daripada bantuan Kerajaan Sarawak untuk golongan sasar iaitu usahawan wanita Sarawak dalam kelompok B40 khususnya.
Jumlah Bantuan & Peralatan
Geran Modal adalah berbentuk peralatan perniagaan berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000) sahaja untuk seorang penerima (one-off) yang layak.
Bentuk geran modal yang boleh dipohon oleh peserta adalah peralatan perniagaan dalam bidang seperti berikut:
- Makanan & minuman (contoh: stall, oven, deep fryer, balang air, set dome katering
- Jahitan (contoh: mesin jahit, seterika, lightbox table
- Kecantikan (contoh: makeup kit, makeup artist chair, hair salon utility cart)
- Spa & urut (contoh: katil spa, sauna steamer, manicure & pedicure chair
- Fotografi & Videografi (contoh: kamera, printer, lighting equipment
- Runcit (contoh: freezer, mesin layan diri, penimbang, mesin daftar tunai)
Syarat-syarat & Kriteria Permohonan:
- Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”;
- Usahawan wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas;
- Berpendapatan di bawah RM4,849.00.
- Had maksimum geran modal yang diberikan adalah bernilai RM2,000.00 sahaja bagi seorang usahawan wanita; dan
- Mengemukakan borang yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang disahkan.
Cara Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak 2023 – JWKS
Untuk memohon, sila isikan borang permohonan melalui pautan berikut:
Senarai salinan dokumen (DISAHKAN):
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/ lesen & permit perniagaan pemohon. (sekiranya ada)
- Salinan penyata gaji/ pencen/ surat akuan sumpah pendapatan pemohon terkini.
- Sebut harga barang/ kelengkapan perniagaan daripada pembekal yang sahih.
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
Hebahan: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
- Puan Nur Diana
- Cik Sharifah Nurul Fatihah
No. Tel: 082-512666
Baca juga: