Tarikh Gaji Mac & April 2026 Diawalkan – JANM

gaji mac april diawalkan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Gaji Mac April 2026 diawalkan apabila kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengumumkan perubahan tarikh pembayaran emolumen penjawat awam. Gaji Mac 2026 akan dibayar pada 13 Mac 2026 (Jumaat) manakala gaji April 2026 pada 16 April 2026 (Khamis) selepas Perbendaharaan Malaysia meluluskan pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP) 105.

Menurut surat rasmi JANM bertarikh 6 Mac 2026, penyelarasan tarikh ini bertujuan memastikan proses pembayaran emolumen kepada penjawat awam dapat dilaksanakan dengan lancar serta memudahkan perancangan kewangan.

Gaji Mac 2026 april diawalkan penjawat awam

Tarikh Gaji Penjawat Awam Mac dan April 2026

Berikut adalah tarikh rasmi pembayaran gaji penjawat awam bagi Mac dan April 2026:

Bulan EmolumenTarikh PembayaranHari
Mac 202613 Mac 2026Jumaat
April 202616 April 2026Khamis

Ini bermakna penjawat awam akan menerima:

  • Gaji Mac 2026 pada 13 Mac 2026 (Jumaat)
  • Gaji April 2026 pada 16 April 2026 (Khamis)

Tarikh ini telah ditetapkan selepas Perbendaharaan Malaysia meluluskan pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP) 105 berkaitan tarikh pembayaran emolumen.

Sebab Gaji Mac dan April 2026 Diawalkan

Penyelarasan tarikh pembayaran gaji ini dibuat bagi memastikan urusan kewangan penjawat awam berjalan dengan lancar serta memudahkan perancangan kewangan bulanan.

Menurut JANM, keputusan ini dibuat selepas merujuk kepada:

  • Surat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) rujukan MOF.BKSK(S) 600-17/6 Jld.8 (20) bertarikh 5 Mac 2026
  • Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2025 berkaitan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026

Pihak jabatan dan agensi kerajaan juga diminta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pembayaran gaji bagi bulan Mac dan April 2026 berjalan lancar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan informasi terkini tentang gaji penjawat awam, anda boleh rujuk pada laman rasmi berikut:

Soalan Lazim Gaji Mac April 2026 Diawalkan

1. Adakah gaji penjawat awam Mac dan April 2026 diawalkan?

Ya, gaji penjawat awam bagi bulan Mac dan April 2026 diawalkan selepas Perbendaharaan Malaysia meluluskan pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP) 105 berkaitan tarikh pembayaran emolumen.

2. Bilakah tarikh gaji penjawat awam bulan Mac 2026?

Tarikh pembayaran gaji bulan Mac 2026 adalah pada 13 Mac 2026 (Jumaat).

3. Bilakah gaji penjawat awam bulan April 2026 dibayar?

Gaji penjawat awam bagi bulan April 2026 akan dibayar pada 16 April 2026 (Khamis).

4. Siapa yang mengumumkan perubahan tarikh gaji ini?

Perubahan tarikh pembayaran gaji ini diumumkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui surat rasmi bertarikh 6 Mac 2026.

5. Mengapa tarikh gaji bulan 3 & 4 diawalkan bagi tahun 2026?

Tarikh gaji diawalkan bagi memastikan urusan pembayaran emolumen penjawat awam berjalan lancar serta memudahkan perancangan kewangan bulanan.

6. Adakah semua penjawat awam menerima gaji pada tarikh ini?

Ya, tarikh yang diumumkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia ini terpakai kepada penjawat awam kerajaan Persekutuan tertakluk kepada sistem pembayaran emolumen kerajaan.

Baca juga:

Jadual Gaji Penjawat Awam 2026 & Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Berdasarkan Lampiran 1 dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 5/2025 dan notis terkini, berikut adalah tarikh rasmi Gaji 2026 bagi penjawat awam seluruh Malaysia:

  • Januari: 22 Januari 2026 (Khamis)
  • Februari: 12 Februari 2026 (Khamis)
    • Tahun Baharu Cina – 17 & 18 Februari 2026 (Selasa & Rabu)
  • Mac: 13 Mac 2026 (Jumaat)
    • Hari Raya Puasa – 21 & 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad)
  • April: 16 April 2026 (Khamis)
  • Mei: 21 Mei 2026 (Khamis)
    • Hari Raya Haji – 27 & 28 Mei 2026 (Rabu & Khamis)
  • Jun: 25 Jun 2026 (Khamis)
  • Julai: 23 Julai 2026 (Khamis)
  • Ogos: 24 Ogos 2026 (Isnin)
  • September: 24 September 2026 (Khamis)
  • Oktober: 22 Oktober 2026 (Khamis)
  • November: 25 November 2026 (Rabu)
  • Hari Deepavali – 8 November 2026 (Ahad)
  • Disember: 21 Disember 2026 (Isnin)

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam tahun 2026 kepada pegawai awam Gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak RM500 dan RM250 untuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen akan dibayar mulai 13 Mac 2026.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut