Final Piala Thomas 2024 – [LIVE] Indonesia lwn China

Final Piala Thomas 2024 – [LIVE] China lwn Indonesia

Final Piala Thomas dan Piala Uber hari ini bakal menyaksikan pertembungan dua skuad gergasi dan legend iaitu Indonesia dan China.

Ini akan menjadi kali pertama negara yang sama bertanding di peringkat akhir lelaki dan wanita pada kejohanan berpasukan dunia badminton sejak 2012 apbila China menumpaskan Korea dalam kedua-dua perlawanan di tanah sendiri iaitu Wuhan.

Itu juga kali terakhir China merangkul kedua-dua gelaran tersebut!

Baca juga:

Indonesis vs China Dalam Final

final piala thomas

Selepas China mengalahkan skuad negara semalam dengan skor 3-1, ia melayakkan China untuk mara ke peringkat final Piala Thomas.

Indonesia juga berjaya menewaskan Chinese Taipei dengan skor mudah 3-0, sekaligus membina tembok benteng pertahanan untuk melawan China di peringkat final.

Untuk pasukan wanita pula, China menewaskan Jepun 3-0 untuk mara ke final Piala Uber, manakala Indonesia menumbangkan juara bertahan Korea Selatan 3-2 untuk tiket final yang lain.

final piala thomas

Mengikut rekod perlawanan sebelum ini, Indonesia berjaya memegang rekod 14 kejuaraan manakala China pula 10 kejuaraan dalam sejarah Piala Thomas.

Jadual Perlawanan Final Piala Thomas

Perseorangan Lelaki Utama: Anthony Sinisuka GINTING vs SHI Yuqi

Beregu Lelaki Utama: Fajar ALFIAN – Muhammad Rian ARDIANTO vs LIANG Wei Keng – WANG Chang

Perseorangan Lelaki: Jonatan CHRISTIE vs LI Shifeng

Beregu Lelaki: Muhammad Shohibul FIKRI – Bagas MAULANA vs HE Ji Ting – REN Xiang Yu

Perseorangan Lelaki: Chico Aura Dwi WARDOYO vs LU Guang Zu

Jadual Perlawanan Final Piala Uber

final piala thomas

Perseorangan Wanita Utama: Gregoria Mariska TUNJUNG vs CHEN Yu Fei

Beregu Wanita Utama: Siti Fadia Silva RAMADHANTI – Ribka SUGIARTO vs CHEN Qing Chen – JIA Yi Fan

Perseorangan Wanita: Ester Nurumi Tri WARDOYO vs HE Bing Jiao

Beregu Wanita: Lanny Tria MAYASARI – Rachel Allesya ROSE vs LIU Sheng Shu – ZHANG Shu Xian

Perseorangan Wanita: Komang Ayu Cahya DEWI vs HAN Yue

Tonton LIVE

Bagi yang ingin menonton kejohanan Piala Thomas 2024 dan PIALA UBER 2024 secara langsung, anda boleh menontonnya melalui siaran Astro Supersport dan RTM.

Berikut adalah pautan secara LIVE Thomas Cup 2024 melalui saluran berikut:

Keputusan Final Piala Uber

China merangkul juara Piala Uber ke-16 selepas menewaskan Indonesia 3-0.

Setelah tewas pada perlawanan akhir kepada Korea Selatan dua tahun lalu, China dianggap sebagai pasukan pilihan apabila kejuaraan berlangsung di tanah China buat kali pertama sejak 2016.

Juara Olimpik Chen Yufei menerajui aksi perseorangan apabila menewaskan Gregoria Mariska Tunjung 21-7, 21-16.

Chen Qingchen dan Jia Yifan meletakkan China 2-0 dengan kemenangan 21-11, 21-8 ke atas Siti Fadia Silva Ramadhanti dan Ribka Sugiarto dalam pertembungan beregu.

Dalam perseorangan kedua berikutnya, pemain remaja Indonesia Ester Nurumi Tri mengambil set pertama 21-10, tetapi He Bingjiao bangkit untuk mengesahkan kemenangan 21-15, 21-17.

Manakala, pingat gangsa dikongsi bersama oleh skuad Jepun dan Korea Selatan.

China vs Indonesia 3-0 (Chen Yufei vs Gregoria Mariska 21-7, 21-16; Chen Qingchen-Jia Yifan vs Siti Fadia Ramadhanti-Ribka Sugiarto 21-11, 21-8; He Bingjiao vs Ester Nurumi 10-21, 21 -15, 21-17).

Keputusan Final Piala Thomas

China menjuarai Piala Thomas 2024 mengalahkan skuad Indonesia semalam dengan skor 3-1.

Ini adalah misi balas dendam selepas Indonesia mengalahkan China 3-0 pada suku akhir Pusingan Akhir Piala Thomas dua tahun lalu di Bangkok, Thailand.

Pusingan Akhir pertama menyaksikan pertembungan Shi Yuqi dan Anthony Ginting. Shi menewaskan Ginting 21-17, 21-6.

Dalam beregu kedua, Liang Weikeng-Wang Chang bangkit untuk menewaskan Fajar Alfian-Rian Ardianto 21-18, 17-21, 21-17 dalam perlawanan mendebarkan yang memberikan pasukan tuan rumah mendahului hebat 2-0.

Li Shifeng selaku pemain perseorangan lelaki kedua dan harapan skuad China pula ditewaskan oleh Jonatan Christie 16-21, 21-15, 17-21.

Harapan skuad Indonesia mula bersinar untuk memberi tekanan dan kemanangan sukar kepada China.

Namun, kemenangan ketiga diperoleh oleh pasangan beregu He Jiting-Ren Xiangyu yang mengalahkan Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-11, 21-15 dalam masa hanya 38 minit.

Sekaligus ini menjadikan kemenangan Piala Thomas 2024 dirangkul oleh China dan menambah rekod muncul juara kali ke-11.

China vs Indonesia 3-1 (Shi Yuqi vs Anthony Ginting 21-17, 21-6; Liang Weikeng-Wang Chang vs Fajar Alfian-Rian Ardianto 21-18, 17-21, 21-17; Li Shifeng tewas kepada Jonatan Christie 16 -21, 21-15, 17-21; He Jiting-Ren Xiangyu vs Shohibul Fikri-Bagau Maulana 21-11, 21-15).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!