Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022 [LIVE FINAL JDT vs Selangor]
PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2022 [LIVE FINAL SELANGOR LAWAN JDT]
Perlawanan akhir TM Piala Malaysia malam ini akan menyaksikan pertembungan Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC!
Ramalan anda?
Ayuh, kami kongsikan serba sedikit info tentang perlawanan yang akan berlangsung malam nanti.
Khas untuk anda! Klik sini untuk claim voucher RM50 Shopee.
Tarikh & Masa Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022 [LIVE FINAL JDT vs Selangor]
Johor Darul Ta’zim lwn Selangor FC
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tarikh : Sabtu, 26 November 2022
Waktu : 9 malam
Link tonton live Piala Malaysia – RTMKlik
Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, tidak mahu memberikan tekanan tinggi kepada majoriti besar pemain muda yang bakal merasai pentas akhir TM Piala Malaysia buat pertama kali.
Malah, dia mengharapkan pemain-pemain tidak berasa terlalu gemuruh apabila beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong dan mampu berikan yang terbaik demi memastikan Selangor boleh berikan saingan hebat kepada Johor Darul Ta’zim.
Sementara itu ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio, tidak mahu terlalu memikirkan peluang buat skuad Harimau Selatan bagi mencipta kejuaraan treble musim ini jika berjaya menjulang TM Piala Malaysia 2022.
Apa yang lebih mustahak adalah persiapan pasukan sambil akui banyak kerja rumah perlu dilakukan sambil mengharapkan pemain-pemain mampu mengurangkan kesilapan sepanjang perlawanan.
Penjaga gol JDT, Farizal Marlias mengakui kualiti yang ada pada Selangor sejak dibimbing oleh pengendali Tan Cheng Hoe yang berjaya membawa pasukan itu ke pentas final kali ini.
Justeru, amat penting untuk JDT memastikan setiap pemain lebih berhati-hati di setiap bahagian bagi mengelakkan serangan balas Selangor yang sukar dijangka kali ini.
Sementara itu, tonggak pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar pula tidak menolak gugup untuk beraksi kali pertama di pentas Piala Malaysia apatah lagi berdepan lawan seperti JDT.
Sudah pasti, selaku pemain pertahanan, dia sedar dengan kualiti tiga pemain berbisa JDT seperti Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Mohd Hanapi yang sentiasa menjadi duri dalam daging pasukan.
LIVE Streaming Final TM Piala Malaysia JDT vs Selangor
Siaran langsung di unifiTV 701, unifi playTV, YouTube, TV Okey dan Sukan RTM.
Youtube Unifi : https://www.youtube.com/@TMOfficialTube/streams
Unifi akan membawakan perlawanan malam ini secara paparan 360 bermula pada jam 8 malam di pautan berikut: https://my.unifi.com.my/aksisetiapdetik
Peringatan Bagi Pengunjung Stadium
INFO VENUE PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2022
Penyokong Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC boleh merujuk kepada grafik ini sebagai panduan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari perlawanan.
Berikut merupakan antara barang yang dilarang bawa masuk ke dalam kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022.
Diminta para penyokong yang hadir untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
Peringatan, tiada penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Diminta supaya orang ramai tidak datang ke stadium sekiranya tidak memiliki tiket perlawanan, untuk mengurangkan kesesakan di pekarangan stadium. Terima kasih.
Operasi LRT Dilanjutkan
Operasi perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada 26 November 2022.
Ia berikutan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada malam tersebut.
Menerusi kenyatan media yang dikeluarkan oleh pihak Prasarana, lanjutan ini bagi menyokong keperluan pengguna untuk menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia.
“Pengguna diminta menggunakan kad TnG untuk kelancaran perjalanan dan operasi stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir,” katanya.
Baca juga: