Biodata Fattah Amin – Majlis Nikah Dengan Amira Othman

fattah amin
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Watak Pendekar Awang yang dilakonkan oleh Fattah Amin masih memberi kesan kepada jiwa rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Siapa sangka pelakon lelaki yang juga pernah tersenarai sebagai 100 Lelaki Paling Kacak Dunia 2020 ini mampu membawa watak pendekar dengan begitu cemerlang.

Justeru, untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam industri hiburan, Fattah Amin.

Baca juga: Biodata Fazura – Pelakon Wanita Popular & Usahawan Tudung Berjaya

    Latar Belakang

    Fattah Amin
    Kredit: Instagram @fattahaminz
    NamaAbdul Fattah bin Mohd Amin
    Nama PanggilanFattah Amin, Fattah
    Tarikh Lahir14 September 1990
    Tempat LahirSetiawangsa, Kuala Lumpur
    PendidikanIjazah Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    Ketinggian183 cm
    PekerjaanPelakon, penyanyi, model dan pengacara
    Akaun Media SosialInstagram @fattahaminz
    TikTok @fattahamin

    Kehidupan Peribadi

    Fattah Amin merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Beliau mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita popular, Nur Fazura pada 27 November 2017.

    Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan sulung yang diberi nama Nur Fatima Aisya yang kini sudah berusia empat tahun.

    Namun pada 7 Oktober 2024, pasangan ini telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari 

    Fattah Amin
    Kredit: Instagram @fattahaminz
    Kredit: Instagram @fattahaminz

    Perkahwinan Fattah & Amira

    Fattah Amin bakal kembali bergelar suami kepada Amira Othman pada 14 September 2025, 8 malam ini.

    Majlis pernikahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman dijadual berlangsung dalam suasana penuh sederhana namun bermakna di sebuah hotel di Johor Bahru.

    Majlis akan mengetengahkan konsep Islamik dengan tema Al-Zauj membawa makna ‘Dua Jiwa Dipertemukan oleh Allah’.

    Kredit: Instagram @fattahaminz
    Kredit: Instagram @fattahaminz

    Baca juga: [ LIVE ] Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman – 14 Sept 2025

    Kerjaya & Profesional

    Fattah Amin masuk di dunia industri hiburan dengan bekerja sebagai kru penggambaran di bawah syarikat Skop Production milik bapa saudaranya, Datuk Yusof Haslam.

    Nama beliau mula dikenali ramai selepas beliau menjadi juara Hero Remaja 2011/2012.

    Selepas rancangan realiti tersebut, beliau mula mendapat watak-watak utama dalama pelbagai drama, filem, dan telemovie di Malaysia.

    Filem:

    TahunTajukWatak
    2012SAM: Saya Amat Mencintaimu
    2014Manisnya Cinta Di CappadocciaFarhan
    2017Wanita TerindahFahim Irman
    2018KL Special ForceZul
    2020MiimalandAriel
    2022Mat Kilau: Kebangkitan PahlawanAwang
    2022Deleted: Akan Ku Jejak!Inspektor Aron
    2022Abang Long Fadil 3
    2024Trinil: Kembalikan TubuhkuYusof
    2024Pendekar Awang: Darah Indera GajahAwang

    Drama:

    TahunTajukWatakSaluran TV
    2013Memberku HawaFaliqAstro Ria
    2013Kerana SarahEdikaTV3
    2013Cinta JannahAkimTV3
    2013Playboy Itu Suami AkuRaja Adrian BenjaminTV3
    2014Merah Bukan JambuMerahTV2
    2014Cinta IbadahHafizAstro Prima
    2015NasuhaIrfanTV9
    2015BencintaNabilTV3
    2015Strawberi & Karipap (Musim 2)AdamAstro Ceria
    2015Cinta Dari MarikhAimanTV2
    2015Plan Cinta Tak JadiAnasAstro Ria
    2015Hello, Mr. Perfect!Izzul IslamTV3
    2016-2017Gerak KhasInspektor HaikalTV2
    2016Kak MarrDirinya sendiriTV3
    2016BodyguardFarizTV3
    2016Ketupat Palas Mr. HandsomeKruzaimiTV3
    2016Suri Hati Mr. PilotEjaz FakhriAstro Ria
    2017Hero Seorang CinderellaTengku Ian UzzamAstro Ria
    2017My Coffee PrinceRaikalAstro Ria
    2018Dia Anak JeneralZakhifTV2
    2018Isteri Bukan Untuk DisewaNoah RyzalAstro Ria
    2019Cetera Hati DiyaZahil HarizTV3
    2020Pink SmileAreeq Haji Mahdi / KazTV3
    2021GanjilAmryViu
    2022Khilaf AsmaraLuqman HazimTV3
    2022KamcingAarizSooka
    2024Hero Seorang Cinderella 2Tengku Ian UzzamAstro Ria
    2024Lelaki Melayu TerakhirUstaz JazlanTV3

    Telefilem:

    TahunTajukWatakSaluran TV
    2013Arah Ke KuburmuAstro Prima
    2013AsparagusFirashTV2
    2014Aidil ClickAdrianTV1
    2014Ku Kejar Cintaku Ke MalaysiaAshrafRTV
    2014From Hater To LoverAmriRTV
    2015Aku Tunggu Kau NiImranAstro Prima
    2015Manisnya Bulan MaduMirzaTV3
    2015Yang Mana SatuAzharTV9
    2015Alien Planet CintaDinosaurAstro Ria
    2015Awaklah Imam SayaShahidan AzmIAstro Ria
    2015Pelita Panjut Untuk MertuaAzudinTV3
    2016Cik SitiAwangTV3
    2016Hello Mr. Perfect RayaIzzul IslamTV3
    2016Raya KamiRayyanTV3
    2016Dendam ManisaRosmanTV3
    2017Bayangan EmiliaUngku MahmudAstro Ria
    2017Suri Hati Mr. Pilot RayaEjaz FakhriAstro Ria
    2019Kau Selalu Di HatikuAzlamTV1
    2019Ustart EnjinArafatAstro Citra
    2019AnehIlhamAstro Citra
    2020Kisah Seram HospitalAdamAstro Citra
    2022Menantu Atau Isteri Untuk AbahTalibAstro Ria
    2022Matahari Tak BercahayaShazanTV3
    2023Latah FighterDaniAstro Warna
    2024Larian Terakhir
    2025Lelaki Melayu Terakhir RayaUstaz JazlanTV3

    Televisyen:

    TahunTajukSaluran TV
    2015Ketuk Ketuk RamadanTV1
    2015MeleTOPAstro Ria
    2016Ye Ke?!TV3
    2016Lari Bersama ProsperityTV9
    2016MeleTOPAstro Ria
    2017The House (Musim 4)Astro Ria
    2017CCTVAstro Ria
    2017MeleTOPAstro Ria
    2018Jozan ShowAstro Warna
    2021SUKSES 4.0Astro Awani

    Lagu Single:

    TahunTajuk
    2013Darjat
    2013Getar Jiwa
    2013Love
    2013Sumpah Aku Cinta Padamu
    2015Hero Untukmu (Duet bersama Sherry Ibrahim & RJ)
    2017Wanita Terakhir
    2017Cinderella” (Duet bersama Nur Fazura)
    2017Wanita Terindah
    20171234U
    2018Syawal Kali Ini
    2018Isterimewa
    2019Paling Sempurna (Duet bersama Nur Fazura)
    2020Bebas
    2020Sinar Selawat
    2021Hamba (Duet bersama Kmy Kmo)
    2022Padamu
    Fattah Amin

    Muzik Video:

    TahunLaguPenyanyi
    2015Sorry-Sorry SayangkuNomad
    2015Aku Sayang KamuHarrisa Adlynn
    2017Bisa ApaNur Fazura

    Pencapaian Fattah Amin

    TahunAnugerahKategori
    2011/2012Hero RemajaJuara Pencarian Hero Remaja
    2016Anugerah Stail EH!Selebriti Lelaki Paling Seksi
    2016Anugerah Melodi ke-3Personaliti Drama Melodi
    2016Anugerah TelenovelaPelakon Baharu Paling Popular (Lelaki)
    2016Maskulin ChoiceBest Issue – Ogos
    2017Anugerah Throwbaek DramaHero Throwbaek
    2017Anugerah Throwbaek DramaKapel Throwbaek (bersama Neelofa)
    2017Anugerah MeleTOP Era ke-4Pelakon TV MeleTOP
    2017Anugerah MeleTOP Era ke-4Bintang Online MeleTOP
    2017Anugerah MeleTOP Era ke-4Fesyen MeleTOP
    2017Anugerah MeleTOP Era ke-4Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki)
    2017Anugerah Buku NegaraBuku Popular
    2017Anugerah Stail EH!Selebriti Lelaki Paling Bergaya
    2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Bintang Paling Popular
    2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Pelakon TV Lelaki Popular
    2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Gandingan Serasi Drama (bersama Neelofa)
    2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Artis Sensasi
    2017Anugerah InTrendWajah Sampul Popular
    2017Anugerah TelenovelaPelakon Lelaki Popular
    2017Anugerah TelenovelaPelakon Lelaki Sensasi
    2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Pelakon TV Lelaki Popular
    2019Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Pelakon Filem Lelaki Popular

    Fazura dan Fattah Bercerai?

    Baru-baru ini dunia hiburan digemparkan dengan berita mengenai Fazura yang memfailkan penceraian terhadap Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

    Fazura yang tidak hadir ke makhamah hanya menyerahkan urusan memfailkan penceraian tersebut kepada penguam yang mewakilinya. Sehingga kini, punca penceraian tersebut tidak dedahkan dengan terperinci.

    Namun terkait isu ini, Fattah merespon berkenaan dakwaan bahawa beliau curang sehingga isterinya memfailkan penceraian.

     “Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan dalam media sosial sehingga kini.”

    Fakta Menarik Tentang Fattah Amin

    • Fattah Amin merupakan anak suadara kepada penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam.
    • Beliau mendapat keputusan 2A 4B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
    • Beliau pernah memiliki jenama minyak wangi (AJ Perfume) dan baju raya jenama sendiri.
    • Gandingan Fattah dan Fazura popular dan mendapat perhatian ramai sehingga wujudnya #FattZura.
    • Beliau memiliki jumlah pengikut mencapai 3.6 juta di Intagram dan 440.6 ribu di TikTok.

    Semoga kejayaan Fattah Amin dalam dunia seni ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada anak muda di luar sana yang berminat untuk menjadi seorang pelakon.

    Dengan perkhabaran berita mengenai rumah tangga beliau itu pula, diharapkan kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.

    Sumber:

    1. Instagram @fattahaminz
    2. ‘Saya Masih Menyayangi Faz’ – Fattah Amin Nafi Dakwaan Curang. Astro Awani
    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut