Nama Ezzanie Jasny mungkin masih baharu dalam industri hiburan tanah air, namun bakat lakonannya mula mencuri perhatian ramai menerusi watak Nuha dalam drama bersiri Dia Bukan Syurga.
Dengan pembawaan watak yang penuh emosi dan penghayatan yang mendalam, Ezzanie berjaya memberikan impak yang kuat kepada penonton.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Ezzanie Jasny.
Baca juga: Eyka Farhana – Biodata, Kerjaya & Perkahwinan
Latar Belakang
Nama | Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny |
Nama Panggilan | Ezzanie Jasny |
Tarikh Lahir | 8 November 1999 |
Tempat Lahir | Selangor |
Pendidikan | KDU University College |
Pekerjaan | Pelakon, Model & Usahawan |
Akaun Media Sosial | Instagram @ezzaniejasny TikTok @ezzanie.jasny |
Kehidupan Peribadi
Ezzanie Jasny merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Beliau cukup dikenali dengan perwatakannya yang ceria, easy going dan happy go lucky.
Ezzanie Jasny Sebagai Nuha, Dia Bukan Syurga
Watak Nuha yang dilakonkan oleh Ezzanie Jasny dalam drama Dia Bukan Syurga ialah seorang wanita yang lembut, penyayang namun menyimpan luka dan penderitaan dalam diam.
Nuha digambarkan sebagai isteri yang setia dan tabah menghadapi dugaan rumah tangga, meskipun dirinya sering terabai dan dilukai oleh suaminya sendiri.
Nuha bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang isteri, tetapi juga sebagai lambang wanita yang cuba mempertahankan maruah diri dan perkahwinannya walaupun hatinya hancur.
Dia berusaha menjaga keharmonian rumah tangga, namun dalam masa yang sama bergelut dengan perasaannya sendiri apabila kasih sayang yang diberi tidak pernah dihargai.
Dalam babak-babak tertentu, Nuha juga menunjukkan kekuatan dalam kelembutan, mencerminkan sifat wanita yang tidak mudah menyerah.
Watak Nuha membawa mesej tentang ketabahan dan pengorbanan seorang wanita yang mencintai dengan tulus, namun terpaksa membuat pilihan yang sukar demi kelangsungan hidup dan maruah diri.
Baca juga: Dia Bukan Syurga – Sinopsis Drama, Senarai Pelakon & Episod
Kerjaya & Profesional
Ezzanie Jasny bermula masuk dalam industri seni ini sebagai pelakon ekstra yang hanya muncul sekejap di hadapan kemera.
Namun, kerjaya beliau mula mendapat perhatian ramai apabila beliau memegang watak utama sebagai Hattin Isabella menerusi drama Sayang Tak Dikenang di TV3.
Drama:
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Cinta Non Grata | Dayana | TV3 |
2021 | Kekasih Hati Mr Bodyguard | Lola | TV3 |
2022 | Primadona Makyung Bedah | Suria | TV2 |
2022 | Sayang Tak Dikenang | Hattin Isabella | TV3 |
2024 | Layang Layang Perkahwinan | Saida | Astro Ria |
2024 | Nuh & Nayla | Jiha | TV3 |
2024 | Uncle Bos Mama | Fish (Naila Farafisha) | Astro Ria |
2025 | Seindah Hujan Cinta | Aneesa | TV3 |
2025 | Dia Bukan Syurga | Nuha | Astro Ria |
Drama Web:
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2023 | I Love You, Stupid | Iris Nur Zakaria | Viu |
2024 | Kuih Muah | Shahida | Tonton |
Telefilem:
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2023 | Baby-Sita | Liza | Astro Warna |
2025 | Dua Antara | Niya Aida | TV3 |
Fakta Menarik Mengenai Ezzanie Jasny
- Beliau memiliki jenama perniagaan produk sendiri yang berkaitan dengan penjagaan kulit iaitu Ezee Cosmetics.
- Ezzanie memiliki pengikut seramai 167,000 orang di laman Instagram dan 223,500 orang di TikTok.
- Beliau memiliki sebuah kereta mewah berjenama Mercedes-Benz A180 ketika di usia yang masih muda. Kini, impiannya adalah uuntuk memiliki sebuah rumah sendiri.
- Siapa sangka gadis periang ini juga pernah berada dalam episod duka selama beberapa tahun sebagai mangsa toxic relationship bersama pasangannya.
- Ezzanie pernah terlibat sebagai model untuk produk-produk jenama besar seperti Fashion Valet, Jakel, Uniqlo, Tudung Ruffle dan banyak lagi.
Tahniah Ezzanie Jasny! Dari dunia modeling ke pentas lakonan, semoga Ezzanie terus memberikan inspirasi kepada generasi muda khususnya yang bercita-cita untuk berbakti kepada industri seni tanah air kita.
Sumber:
- Instagram @ezzaniejasny
- TikTok @ezzanie.jasny