Sistem eSPBT adalah versi baru Sistem Pesanan Buku Teks bagi memesan buku kegunaan tahun hadapan.
Apabila mula tahun baru, setiap murid perlu memesan buku teks sekolah yang baharu.
Jika dilakukan secara manual, tentu ianya memakan masa dan menyukarkan sistem kerja pegawai yang terlibat.
Dalam artikel ini dikongsikan serba sedikit tentang sistem eSPBT secara ringkas.
Apakah eSPBT?
Bagi memudahkan pengurusan skim pinjaman buku teks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah membangunkan dan menyediakan sistem pesanan buku teks online.
Sistem eSPBT ini telah dibangunkan dan ditambahbaik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa iaitu secara atas talian dan capaian internet melalui laman web https://espbt.moe.gov.my.
Versi sistem pesanan terdahulu adalah BTBT Online yang telah dibangunkan menggunakan ORACLE 6i.
Pengguna bagi sistem ini terdiri daripada Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT) selaku pentadbir dan urus setia sistem.
Baca juga: PTPTN: Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online
Cara Buat Pesanan Buku Teks Melalui eSPBT
Berikut dikongsikan secara umum tentang cara membuat pesanan buku sekolah melalui sistem ini.
- Sila klik ke laman web rasmi Sistem Pesanan Buku Teks https://espbt.moe.gov.my/
- Anda digalakkan menggunakan sistem browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mengakses laman web ini.
- Masukkan kod sekolah anda serta kata laluan (password) untuk login ke sistem ini.
- Pastikan sebelum anda melakukan pesanan buku teks secara online (atas talian), anda muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebut
- Setelah berjaya login, sila klik butang ‘PROFIL’ untuk melakukan kemaskini segala maklumat dengan info yang tepat dan terkini
- Kemudian, klik butang ‘PRA PESANAN’ di mana anda perlu download ‘Borang Maklumat Stok Buku’ untuk anda lengkapkan
- ENROLMEN MURID perlu dilakukan bagi mengesahkan murid yang mendapat buku teks
- Guru besar atau Pengetua Sekolah perlu login dengan ID pengguna dan password untuk mengesahkan segala butiran yang telah diisikan.
Anda boleh rujuk panduan lengkap bergambar melalui Manual Pengguna eSPBT Sistem Pengurusan Buku Teks KPM di bawah:
Prosedur pesanan buku SPBT adalah seperti berikut:
- Taklimat Pesanan Buku Teks SPBT
- Jana Dan Penyediaan Data Pra Pesanan
- Pengisian dan Pengesahan Data Enrolmen Murid dan Data Unjuran Enrolmen Murid
- Semakan Data Enrolmen Dan Data Unjuran Enrolmen Murid
- Pengesahan Data Enrolmen Dan Unjuran Enrolmen Murid
- Kemasukan Data Pesanan
- Pengesahan Data Pesanan
- Semakan Status Pesanan Sekolah
- Semakan dan Pembetulan Data / Agihan Dalaman
- Pembentangan Data dan Kos Pesanan untuk kelulusan Pengarah JPN
- Serahan data pesanan kepada BSTP mengikut format yang ditetapkan
- Kelulusan untuk penurunan waran dan penentuan kelompok pesanan
- Semak Jumlah Naskhah, Perbelanjaan dan Penyata BTBT481, 451 dan bandingkan dengan Penyata BTBT320
- Penyediaan Kontrak Pesanan (Contract Order)
- Jana dan Simpan Penyata Pesanan BTBT320, 481, 451
- Serah Kontrak Pesanan (Contract Order) berserta Penyata BTBT481, 451 kepada Penerbit
- Pembekalan Buku Teks
- Pemantauan Pembekalan dan Tuntutan Pembayaran
Baca juga: SPLKPM: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)
Senarai Tajuk Bahan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan berikut beserta borang yang disertakan.
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara,
50604 Wilayah Persekutuan KL.
Faks : 03-20817788
Telefon : 03-20818111 / 03-20818085 / 03-20818194 / 03-20818121
atau
Unik Aplikasi Sekolah (UAS)
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Aras 3 &4, Blok E11,
Kompleks E,
62604 Putrajaya.
E-mel: [email protected]