Elaun SSPA: Prinsip, Jenis & Syarat Umum Kelayakan

Elaun SSPA: Prinsip, Jenis & Syarat Umum Kelayakan

Bermula pada 1 Disember 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). 

Para penjawat awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024. 

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan elaun SSPA dengan lebih lanjut.

Baca juga:

Prinsip Pemberian Elaun SSPA

Berikut adalah prinsip pemberian elaun SSPA yang telah ditambah baik:

  1. Prinsip tidak sejagat (non-universal) membolehkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan tertentu berdasarkan keunikan sesuatu tugas fungsional yang dilaksanakannya;
  2. Prinsip tidak biasa (non-regular) menetapkan elauan hanya diberi dalam keadaan tertentu berdasarkan tugas yang dilaksanakan di luar kebiasaan oleh suatu perkhidmatan, kumpukan atau gred jawatan;
  3. Prinsip tidak kekal (non-permanent) menentukan elaun dibayar secara bertempoh/sementara dan boleh ditarik balik atau dihentikan pembayarannya pada bila-bila masa atau tempoh kelulusan berakhir; dan
  4. Prinsip kesaksamaan (fairness) memastikan pemberian elaun yang saksama dan tidak dihadkan hanya kepada perkhidmatan, kumpulan atau gred jawatan tertentu sahaja. Elaun sedia ada boleh dipanjangkan kepada mana-mana perkhidmatan, kumpulan atau gred jawatan lain yang turut menjalankan tugas-tugas yang melayakkan pemberian elauan tersebut.

Jenis Elaun SSPA

Jenis elaun dalam perkhidmatan awam ditetapkan seperti berikut:

  • imbuhan tetap atau bayaran imbuhan yang diberi berasaskan kriteria sara hidup;
  • elauan diberi berasaskan kriteria tanggungjawab tambahan;
  • bayaran insentif diberi berasaskan kriteria kelayakan dan penempatan; dan
  • bayaran balik yang diberi berasaskan kriteria bayaran balik perbelanjaan.

Syarat Umum Kelayakan Elaun

Syarat umum kelayakan menetepkan bahawa pemberian elaun akan terhenti mulai hari pertama apabila pegawai berada dalam keadaan berikut:

  1. Cuti Tanpa (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji);
  2. Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji);
  3. menghadiri kurus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
  4. Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
  5. Cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
  6. Kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran atau;
  7. Menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut.
elaun sspa
elaun sspa

Pengukuhan Pemberian Elaun

Pengukuhan elaun telah dilaksanakan melalui penambahbaikan kepada kriteria dan kaedah pembayaran elaun seperti berikut:

  • sara hidup iaitu menampung sebahagian keperluan perbelanjaan hidup pegawai selain gaji hakiki;
  • tanggungjawab tambahan iaitu berdasarkan pelaksanaan tugas rasmi/tugas tambahan;
  • penempatan iaitu berdasarkan kedudukan pegawai yang terdedah kepada elemen risiko kerja, kesusahan dan kerumitan tugas;
  • kelayakan iaitu berdasarkan kemahiran dan kompetensi tambahan yang dimiliki pegawai dan tidak dinyatakan dalam syarat kelayakan masuk skim perkhidmatannya; dan
  • bayaran balik perbelanjaan iaitu bayaran atas tuntutan perbelanjaan yang telah dibayar terlebih dahulu oleh pegawai bagi melaksanakan tugas rasmi yang diarahkan.

Cara Pembayaran Elaun SSPA

Pembayaran elaun SSPA adalah berdasarkan kelayakan pegawai antaranya mengikut gred, skim perkhidmatan, tempoh masa (jumlah jam, harian atau bulanan), bilangan operasi atau apa-apa bentuk pengiraan yang ditetapkan

Pembauaran elaun ini menjadi tanggungjawab jabatan di mana pegawai ditempatkan. Sekiranya elaun tersebut belum dibayar oleh jabatan asal dalam tempoh sebelum pegawai bertukar ke jabatan baru, bayaran dalam tempoh tersebut hendaklah dibuat oleh jabatan asal.

PENGIRAAN PRO RATA

Pengiraan pro rata terpakai kepada elaun-elaun yang dibayar secara bulanan sahaja. Contoh situasi yang melayakkan anda untuk mengguna pakai pembayaran pro rata adalah seperti berikut:

  • tempoh penempatan pegawai di pejabat baharu tidak genap satu (1) bulan kalendar; atau
  • pegawai diarah menjalankan tugas yang melayakkan pemberian elaun tertentu tidak genap satu (1) bulan kalendar.
elaun SSPA

Elaun Yang Dimansuh

elaun SSPA
elaun SSPA
elaun SSPA

Elaun Yang Dipinda Nama

elaun SSPA
elaun SSPA

Elaun Yang Berkuat Kuasa

elaun SSPA
elaun SSPA
elaun SSPA

Pegun Kadar Elaun

Di bawah SSPA, elaun-elaun ini akan pegun pada suatu kadar tetap dan pelaksanannya adalah seperti berikut:

  1. bagi penerima sedia ada, kadar tetap berdasarkan amaun terakhir yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa SSPA; dan
  2. bagi pegawai lantikan baharu atau pegawai yang baru berkelayakan mulai 1 Disember 2024 akan menerima elaun pada kadar tetap baharu.

Kelebihan SSPA

Berikut adalah antara kelebihan SPPA yang boleh kita dapatkan:

1. Penambahbaikan Berasaskan Prestsi dan Ganjaran

SSPA memperkenalkan lebih banyak elemen ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelukan. Ini termasuk pemberian insentif, pelarasan gaji, dan kenaikan pangkat “one-off,” yang boleh motivasi pekerja untuk mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi.

2. Fleksibiliti dan Keterangkuman yang Lebih Baik

SSPA mempunyai penambahbaikan dalam struktur gaji dan elaun yang lebih fleksibel dan terperinci, serta kemajuan kerjaya melalui laluan pakar bidang khusus (Subject Matter Expert-SME). Ini memberi lebih banyak ruang untuk menyesuaikan diri dengan keperluan perkhidmatan awam yang sentiasa berubah.

3. Penekanan kepada Pengurusan Bakat dan Latihan

Sistem ini memberi tumpuan yang lebih besar kepada pengurusan bakat, pengembangan kerjaya, dan latihan, yang penting untuk memastikan pegawai awam mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang relevan.

4. Pengurusan dan Penambahbaikan Kemudahan yang Lebih Sistematik

Terdapat usaha untuk memperkukuh pemberian elaun dan kemudahan serta memperkenalkan kemudahan baru, yang mencerminkan keperluan semasa dan perubahan dalam persekitaran kerja.

Soalan Lazim Elaun SSPA

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan elaun SSPA, anda boleh rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Pemakluman:

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024 dan Surat Pelaksanaan Bilangan 6 Tahun 2024 akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
  • Pekeliling Perkhidmatan berikut perlu dirujuk kepada Pengurus Sumber Manusia (PSM) di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan:
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 – Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  • Surat Pelaksanaan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bantu kami share artikel ini: