eGTukar: Semakan & Permohonan Pertukaran Guru Online 2024

EGTUKAR SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BAGITAHUN 2024

Dimaklumkan bahawa permohonan dan semakan status eGTukar 2024 kini boleh dibuat secara online.

PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2024 AKAN PROSES DATA PERMOHONAN PERTUKARAN SEHINGGA 15 OKTOBER 2023 DAN PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA PADA SESI SEPTEMBER 2023 SEKIRANYA PERMOHONAN TUAN/PUAN MASIH AKTIF.

Sila rujuk artikel untuk cara semakan dan info lanjut yang berkaitan permohonan pertukaran.

KEMASKINI PERTUKARAN GURU : PERMOHONAN 4 KALI SETAHUN, BOLEH DIBUAT SEPANJANG TAHUN

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata permohonan pertukaran guru kini tidak boleh dihalang guru besar atau pengetua yang sebelum ini diberi kuasa memberi kelulusan.

Beliau turut mengumumkan pertukaran guru pula diubah kepada empat kali setahun berbanding hanya dua kali setahun sebelum ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyusun semula proses pertukaran guru dengan permohonan boleh dibuat sepanjang tahun melibatkan empat kali pertukaran setahun berbanding dua kali sebelum ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pertukaran yang dibuat pada setiap Mac, Jun, September dan Disember itu, mengikut kesesuaian tempat yang dipohon serta opsyen mata pelajaran di negeri terbabit, lapor Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan guru dapat mengajar subjek selain daripada iktisas kelayakan mereka supaya memberi kelebihan sewaktu meminta pertukaran nanti.

“Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha menambah baik semula beberapa struktur sistem pendidikan negara.

Penambahbaikan lain yang akan diberi perhatian adalah penyediaan platform aplikasi penyusunan jadual dan pengredan sekolah di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 bertemakan ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Berikut adalah maklumat terkini tentang eGTukar KPM dan cara membuat permohanan.

egtukar

Tarikh Permohonan

Permohonan pertukaran yang terkini dibuka sepanjang tahun, tetapi prosesnya adalah empat kali setahun, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2024 AKAN PROSES DATA PERMOHONAN PERTUKARAN SEHINGGA 15 OKTOBER 2023 DAN PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA PADA SESI SEPTEMBER 2023 SEKIRANYA PERMOHONAN TUAN/PUAN MASIH AKTIF.

Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.

Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

Syarat Permohonan Pertukaran Guru

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
  3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN

Berikut adalah senarai guru yang tidak layak memohon pertukaran:

  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  • Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Cara Permohonan eGTukar Online

Permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGtukar.

Pastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal

Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

Sila layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my untuk permohonan.

Baca juga: SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)

Cara Login eGTukar KPM & Semakan Pertukaran

Berikut adalah langkah login eGTukar dan cara permohonan pertukaran guru.

Berikut adalah cara dapatkan id pengguna/kata laluan egtukar:

  1. Layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/
  2. Masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan
  3. Klik OK
  4. Anda kini dalam sistem eGTukar
  5. Klik PERMOHONAN
  6. Lengkapkan maklumat permohonan
  7. Sila muat naik dokumen yang diperlukan
  8. Klik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar
  9. Save/Simpan salinan permohonan anda
  10. Cetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu
  11. Sila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan

*Jika terlupa kata laluan, sila klik butang ‘Lupa kata laluan egtukar’ semasa login atau terus ke pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm

NOTA: PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT GURU DIKEMASKINI MELALUI MODUL PENGURUSAN GURU E-OPERASI DAN DISAHKAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PERTUKARAN BAGI MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH TEKNIKAL.

Baca juga: eOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan eGTukar, sila rujuk laman web https://epgo.moe.gov.my/.

Jika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:

  • Pejabat Pendidikan Daerah
    • Permohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
  • Jabatan Pendidikan Negeri
    • Permohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
    • – Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
  • BPLTV
    • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional
  • BPI
    • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.
  • BPSBP
    • Permohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh
  • BPKHAS
    • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
  • BSKK
    • Permohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.

Rujuk SOALAN LAZIM untuk maklumat lanjut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!