eDana MOSTI: Permohonan Insentif R&D (Malaysia Grand Challenge)

Mulai 2021, MOSTI menawarkan pembiayaan dana penyelidikan dan pembangunan di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) yang diperluaskan kepada para pemohon dari kalangan syarikat-syarikat pemula (startups) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui agensi-agensi di bawah Kementerian menerusi Malaysia Grand Challenge.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Malaysia Grand Challenge (MGC) yang disokong oleh dana pembiayaan MOSTI, bagi mengajak masyarakat bersama-sama cuba mengatasi permasalahan serta menambah baik kehidupan masyarakat, sistem ekonomi dan persekitaran sama ada di peringkat nasional mahupun global.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Malaysia Grand Challenge oleh MOSTI.

Malaysia Grand Challenge (MGC) MOSTI

Malaysia Grand Challenge (MGC) diperkenalkan untuk menggalakkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) negara.

Dana pembiayaan penyelidikan dan pembangunan ini akan memantapkan ekosistem R&D&C&I dalam negara bagi mencapai sasaran 3.5% Perbelanjaan Dalam Negara Kasar bagi Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Dana pembiayaan ini juga turut menyokong usaha Majlis High-Tech Nation dalam merangka hala tuju teknologi semasa dan masa hadapan pembangunan negara meliputi isu seperti kesihatan, alam sekitar, makanan, akses kepada teknologi dan keselamatan.

MGC akan memperkenalkan pelbagai insentif dan langkah kolaboratif melalui penggunaan teknologi pengganggu (disruptive technology) dalam usaha mengarusutamakan bidang sains, teknologi dan inovasi, seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi.

Baca juga: Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Dari 1 Februari 2021

malaysia grand challenge

5 Skim Dana Pembiayaan R&D MOSTI

5 skim Dana Pembiayaan R&D tersebut yang merangkumi spektrum tahap kesediaan teknologi (TRL) ialah

  1. Dana Penyelidikan Strategik (SRF)
  2. Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1)
  3. Dana Pembangunan Teknologi 2 (Ted2)
  4. Dana Bridging (BGF)
  5. Dana Applied Innovation (AIF)

Dana pembiayaan ini juga turut menyokong usaha Majlis High-Tech Nation dalam merangka hala tuju teknologi semasa dan masa hadapan pembangunan negara meliputi isu seperti kesihatan, alam sekitar, makanan, akses kepada teknologi dan keselamatan.

MGC bakal memberi manfaat dalam perkembangan inovasi, kreativiti dan kadar pengkomersialan produk tempatan melalui penggunaan teknologi lestari, seterusnya mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi serta inovasi luar.

Baca juga: Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT MAIWP

edana mosti 1

Sepuluh cabaran yang digariskan di bawah MGC ialah:

  1. Tenaga
  2. Pendidikan
  3. Perubatan dan Penjagaan Kesihatan
  4. Pertanian dan Perhutanan
  5. Air dan Makanan
  6. Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
  7. Alam Sekitar dan Biodiversiti
  8. Teknologi dan Sistem Pintar
  9. Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan
  10. Bandar Pintar dan Pengangkutan

Nota: MOSTI turut menawarkan pembiayaan Dana R&D baharu menerusi Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU).

Maklumat Lanjut

Talian HOTLINE eDana MOSTI: 03-8885 8314

Untuk maklumat lanjut sila layari https://edana.mosti.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!