Cara tebus kredit e-Tunai RM200 eBelia Rahmah berjumlah RM200 mulai 26 Jun melalui apps TNG, Boost & Setel (eBeliaRahmah 2023)
Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.
Terkini, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut dan siaran media rasmi oleh Kementerian Kewangan mengenai eBeliaRahmah 2023.
Pengenalan e-Tunai Belia Rahmah
Inisiatif eTunai Belia Rahmah ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada Jun 2023.
“Bantuan e-dompet itu telah diperluas kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pihak MOF dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian sebelum pelancarannya pada hujung bulan Jun kelak.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa mahasiswa universiti merayu kerajaan segera menyalurkan bantuan RM200 e-dompet kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri pada 7 April lalu.
Menurut mereka, bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.
Sementara itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi berkata, segala keputusan berkaitan pemberian e-dompet RM200 kepada mahasiswa itu, akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.
Tarikh Permohonan / Penebusan
Bantuan E-tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 boleh ditebus mulai 26 Jun 2023.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*
*Nota: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
- Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
Rujuk siaran media rasmi berikut:
Cara Memohon eBelia Rahmah 2023 (Tuntut Kredit e-Tunai RM200 Melalui Boost, TNG & Setel)
Belia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi berikut:
- Boost
- Touch n Go
- Setel
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos depan.
1) eBelia Rahmah TOUCH N GO (TNG)
Bagi pengguna TNG, jom prepare eWallet anda sekarang!
Pastikan anda boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eBeliaRahmah RM200 & baucar-baucar ganjaran pada hari Isnin 26 Jun 2023 nanti!
Berikut dikongsikan cara yang terperinci untuk menuntut eBelia Rahmah melalui aplikasi Touch n Go ewallet (TNG) :
Ketahui lebih lanjut tentang eBelia Rahmah TNG di https://www.touchngo.com.my/
Video Tutorial pengesahan eBelia TNG melalui Youtube : https://youtu.be/G8g0tH21XJA
Sahkan akaun eWallet eBelia TNG anda hari ini di https://touchngoewallet.onelink.me/8mmV/eKYC
2) eBelia Rahmah BOOST
Boost adalah e-Dompet rasmi untuk inisiatif eBelia Rahmah 2023!
Pastikan anda verify akaun eBelia Boost anda sekarang dan siap sedia untuk nikmati pelbagai tawaran yang hebat!
Untuk penebusan eBelia melalui aplikasi ewallet Boost, sila klik butang ‘Claim Now’ seperti yang tertera dalam paparan gambar di bawah:
Info lanjut tentang eBelia Boost 2023, sila layari : https://myboost.co/
3) eBelia Rahmah SETEL
Setel telah dilantik sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet program eBelia Rahmah yang bakal tiba!
Para belia boleh menuntut kredit ‘one-off’ RM200* dengan lebih banyak ganjaran Setel menanti anda melalui program eBelia 2023 ini!
Jangan lupa untuk semak kriteria kelayakan, sahkan akaun Setel melalui e-KYC untuk memohon insentif eBelia Rahmah dan nikmati tawaran ganjaran hebat yang bakal menjadi milik anda.
Tag kawan-kawan untuk Setel semua dengan kami! Kongsi kod rujukan anda dengan rakan, dan anda berdua akan menerima Kredit Setel RM7 setelah selesai pendaftaran dan berbelanja mininum RM30.
*Tertakluk pada T&S
Cara Penebusan
Permohonan / penebusan kredit eBelia Rahmah boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
a. Boost
b. Setel
c. Touch ‘n Go eWallet - Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
- Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
- Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
- Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah
Apakah yang boleh dibeli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut?
Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- a. pemindahan “peer-to-peer”;
- b. penebusan tunai;
- c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- e. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- f. pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
- i. transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Tarikh Akhir Permohonan & Penebusan Kredit eBelia RM200
Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim eBelia Rahmah
Sila rujuk soalan lazim melalui lampiran di bawah:
• Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
• Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.
• Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
• Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia; dan
b. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
c. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.
Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di 2(c).
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)
Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah.
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)
Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)
• Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
• Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
• Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:
a. Boost;
b. Setel; dan
c. Touch ‘n Go eWallet
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.
Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.
Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.
Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah.
Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari.
Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi.
Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:
a. Boost: https://support.myboost.com.my
b. Setel: https://help.setel.com/
c. Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my
Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda.
Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal. Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS. Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan.
Layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/
Baca juga: