Advertisements

e-Pengambilan PDRM : Permohonan Polis & Semakan Panggilan

Advertisements

e-PENGAMBILAN PDRM : CARA PERMOHONAN POLIS, SEMAKAN UJIAN SPIER & PANGGILAN TERKINI 2022

Untuk makluman sahabat-sahabat semua, sekiranya anak-anak / saudara-mara / rakan-rakan / kenalan rapat, mungkin ramai yang berminat untuk menyertai pasukan Polis, tetapi tak tahu bagaimana cara membuat permohonan jawatan di PDRM.

Permohonan jawatan biasanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.

Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.

NOTA: TIADA KEKOSONGAN JAWATAN YANG DITAWARKAN BUAT MASA INI

Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

HEBAHAN: SEMAKAN PERUBAHAN TEMPAT DAN TARIKH TEMU DUGA LISAN BAHARU BAGI JAWATAN INSPEKTOR POLIS GRED YA13 AWAM (LELAKI/ WANITA) KONTINJEN SABAH DAN SARAWAK

Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia ingin memaklumkan perubahan lokasi dan tarikh baharu untuk temuduga lisan bagi calon-calon yang telah ditetapkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada 12 September 2022 diubah ke lokasi serta tarikh baharu iaitu Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak pada 19 September 2022. Manakala lain-lain lokasi temu duga calon adalah kekal seperti dalam surat panggilan.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil, hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam surat panggilan temu duga lisan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-2266 8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.

Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Apakah e-Pengambilan PDRM?

ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.

Advertisements

Proses pengambilan PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN.

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat semakan di laman web ePengambilan PDRM.

Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online bagi jawatan Polis menerusi laman web  https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
e-pengambilan pdrm
e-pengambilan pdrm

Semakan Jawatan

Jika terdapat kekosongan jawatan ditawarkan, anda boleh membuat semakan pada Skim Jawatan berkenaan.

Rujuk cara membuat semakan di bawah:

  1. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat
    kelayakan memohon.
  2. Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
  3. Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  4. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  5. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
e-pengambilan pdrm

Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang

  1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
    Masuk.
  2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

Baca juga:

Cara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

  1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohonan Baru.
  2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
  4. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  6. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  7. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

Bagi yang pernah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara membuat semakan status.

Cara Semakan Status Permohonan

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Semakan Keputusan Ujian SPiER – PDRM & Panggilan Temu Duga Lisan

Pengumuman : Semakan Status Panggilan Eksesais Temu Duga Lisan Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/ Wanita) Awam bermula 8 Ogos hingga 22 September 2022.

Semua calon yang telah menduduki Ujian SPiER-PDRM pada tahun 2022 dikehendaki ‘Log Masuk’ di Sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan.

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan Klik di ‘Semakan Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan Temu Duga Lisan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351

Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM

Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Leave a Comment