e-PENGAMBILAN PDRM : Semakan Status Permohonan Polis – Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan & Larian 2.4 km Bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 dan Konstabel Polis Gred YT1 Awam (Lelaki / Wanita)
Untuk makluman sahabat-sahabat semua, sekiranya anak-anak / saudara-mara / rakan-rakan / kenalan rapat, mungkin ramai yang berminat untuk menyertai pasukan Polis, tetapi tak tahu bagaimana cara membuat permohonan jawatan di PDRM.
Permohonan jawatan biasanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.
Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.
Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama
e-Pengambilan PDRM: Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal & Ujian
PENGUMUMAN :
Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan & Larian 2.4 km Bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 dan Konstabel Polis Gred YT1 Awam (Lelaki / Wanita)
Pemohon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status permohonan :
1) Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) : Tarikh iklan pada 16 Oktober 2023 hingga 03 November 2023.
2) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki dan Wanita) : Tarikh iklan pada 14 November 2023 hingga 30 November 2023.
Semakan permohonan di laman sesawang e-Pengambilan PDRM bermula 09 Januari 2024 hingga 20 Januari 2024
Pemohon dikehendaki :
i) Log Masuk
ii) Klik ‘Semak Status Permohonan’
iii) Klik ‘Semak’
Hanya pemohon yang layak dan memenuhi syarat permohonan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan & larian 2.4 km.
Pemohon yang layak dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen seperti yang tertera dalam surat panggilan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-2266 8347/ 8348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM
Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.
- Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
- Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Sila cetak surat panggilan tersebut.
DOWNLOAD BORANG TAPISAN
Cara mendapatkan borang tapisan anda dari sistem e- Pengambilan PDRM
- Log in > klik Semak Status Permohonan > klik Semak > klik pada download Borang
Rujuk gambar yang tertera di bawah:
Login / Pendaftaran e-Pengambilan PDRM
ePengambilan PDRM ialah sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.
Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
Proses pengambilan polis PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN.
Pemohon yang berkelayakan boleh membuat semakan di laman web ePengambilan PDRM.
Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:
Berikut dikongsikan cara login, semakan status dan membuat pendaftaran online bagi jawatan Polis menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
- Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
- Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
- Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
- Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
- Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
Cara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM
- Layari pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
- Klik pada menu Permohonan Polis > Permohonan Baru.
- Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
- Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
- Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
- Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
Bagi yang pernah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara membuat semakan status.
Cara Semakan Status Permohonan
Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.
Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal bagi jawatan Sarjan Polis Gred YA5 ( Lelaki/ Wanita) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita)
Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.
- Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
- Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Sila cetak surat panggilan tersebut.
Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Semakan Jawatan
Jika terdapat kekosongan jawatan ditawarkan, anda boleh membuat semakan pada Skim Jawatan berkenaan.
Rujuk cara membuat semakan di bawah:
- Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat
kelayakan memohon. - Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
- Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
- Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
- Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang
- Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
Masuk. - Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Baca juga:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut tentang permohonan jawatan polis 2024 boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/